CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 11-9-2015 02:28 PM | Show all posts
haiyakkk soli aaa cik.nana   ishh ishhh...tak pandai bwk diri betul la ye...sesedap ajinomoto je dia menggemukkan diri di situ. Bg duit tiket bas suh dia blk aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2015 09:24 AM | Show all posts
cik.nana replied at 11-9-2015 12:55 PM
Update terbaru Abg An ehhhh...

Haa... Abg An ada kat rumah Mama cik.nana sekarang. Dua hari lep ...

adeh. dah jadi mcm tu pula ye. ni bukan misteri lagi dah ni masalah sosial ni cik.nana hehe

okay2 saya setia menunngu update yg akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2015 08:16 PM | Show all posts
cik.nana...jaga2..bkn la nk bersangka buruk..tp kan dr cerita cik nana kita plak yg risau keselamatan mama ciknana...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nak cite baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
nana ooooo nana....sehat idak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2015 10:40 AM | Show all posts
adzyla replied at 6-10-2015 08:35 AM
nana ooooo nana....sehat idak?

tunggu,...bg dia rehat dulu..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2015 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
medangmru replied at 6-10-2015 10:40 AM
tunggu,...bg dia rehat dulu..........

baiklah...saya akan menunggu dan terus menunggu.. ^_^
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 12:04 PM | Show all posts
cik.nana replied at 8-9-2015 04:48 PM
Kisah 34 - 'Spiderman' Bergayut di Siling

Alkisahnya, masa aku umur dalam 7/8 tahun (tak ingat ex ...

aaaaaaa.....serammmm...aku terbayang menda tu macam smeagol dalam LOTR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2015 01:43 PM | Show all posts
cik.nana replied at 11-9-2015 02:11 PM
Mak Long tu Mama cik.nana la, yang. Rumah mak dia jauh nun di utara. Lepas tu dia kan takde duit.  ...

kalau kay jadik nana pun geram
sesuki je dia
ewah2.. macam mak long tu mama dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 01:45 AM | Show all posts
ada update rupanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2015 11:11 PM | Show all posts
cik.nana replied at 15-11-2014 06:28 PM
Ok meh kita sambung kisah Cik Ton di kala petang yg hujan ni...

===================

Assalamualaikum, baru terjumpa thread ni malam ni. Apa pun satu ja nak cakap,"huarghh seram gila cerita TT   "
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2015 10:38 PM | Show all posts
cik.nana replied at 15-12-2014 11:25 AM
cik nana agak bizi sekarang. Almaklum dah hujung-hujung tahun ni, ramai pulak orang yg cuti so kita  ...

Tadi baru nampak lalat besau gila terbang2 kat makanan yang kena buang. Sebab fed up, terus buang penapis mkanan tu kat luar
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 12:47 PM | Show all posts
rindunya nak baca kisah cik nana..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ka sambungannya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 12:32 PM | Show all posts
Kisah 35 - Staf Extra Ke??

*Tak ingat kisah ni dah cerita ke belum (alkisahnya malas nak backlog), tapi rasa macam belum sebab baru-baru jugakla jadi. Tapi kalau terulang, sila maklumkan pada tuan tanah pemalas ini. Terima kasih.*

Dah 3 malam suami aku dok balik lambat sebab server kat office dia ada masalah. Dah memang tanggungjawab suami aku pulak jaga server-server kat office dia, memang kalau ada masalah pukul 3-4 pagi pun, dia kena selesaikan jugak. Kebetulan pulak masa tu diorang baru tambah server baru dengan nak testing deploy apa benda tah (benda IT), jadi macam ganggu server lama yg ada. Paling awal suami aku balik kerja, pukul 1 pagi. Paling lewat, pukul 3 pagi. Hadap je la, dah memang kerja dia macam tu. Selalunya, yg buat kerja sampai 3 pagi ni dalam 4 ke 5 orang, sekali dengan vendor. Macam suami aku, sebab dia dah ada bini, dia balik rumah jugak walaupun lewat. Ada staf/vendor yg bujang, stay terus kat office sampai pagi.

Alkisahnya, vendor yg ada pada 1 malam ni, Ramli (nama palsu seperti biasa) tak balik rumah sampai ke pagi dok menghadap masalah server tak mau up. Dia dok buat kerja kat data centre seorang diri. Suami aku dah balik dah masa ni, yg tinggal Si Ramli dengan sorang lagi officemate suami aku, Adi. Data centre ni, bilik dia memang sejuk gila sebab ada server kan, so tak maula nanti server tu semua overheat. Adi ni memang tak tahan sejuk, so 10 minit sekali dia akan keluar dari data center, pi jalan-jalan isap rokok ke minum air ke apa. So memang Ramli dok buat kerja sorang. Data center ni ada 2 bahagian; bahagian belakang rak server, bahagian depan ada satu meja panjang yg ada 4 komputer dan 4 kerusi office yg ada roda tu.

Ramli ni dok buat kerja kat bahagian rak server, tengah kemas kabel-kabel yg berselirat kat bahagian tu. Tengah dia dok buat kerja, dia terdengar macam ada orang tolak kerusi kat depan. Ramli ingatkan Adi dah masuk semula, tapi dia pelik la tak dengar pulak bunyi swipe kad untuk masuk. Data centre ni hanya orang ada akses je boleh masuk, kena swipe kad pekerja. Kan bila swipe, ada bunyi macam 'beep' tu. Haa... bunyi tu la Ramli tak dengar. Tapi dia anggap dia terlepas dengar la tu. Jadinya, dia pun sambung buat kerja. Dalam pada tu, sekali lagi dia dengar bunyi kerusi ditolak dua tiga kali. Bahagian server dan bahagian depan ni, dipisahkan dengan kaca, so dari bahagian server boleh nampak la kat depan. Bila Ramli jenguk ke depan, dia tak nampak pula sesiapa. Kerusi pun elok je bersusun. Ramli buat bodoh dan sambung kerja walaupun dalam hati ada sikit gundah gulana.

Tengah dia dok buat kerja, terdengar bunyi 'beep' pintu. Ramli menarik nafas lega. Akhirnya Adi kembali semula ke data centre. Tapi yg pelik tu, Adi tak masuk-masuk pun. Ramli pandang je pintu, mengharapkan Adi masuk, tapi hampa. Tiba-tiba je bulu roma Ramli meremang, rasa seram sejuk. Adi pandang jam di tangan. Hampir pukul 4.30 pagi. Dia berkira-kira nak keluar dari data centre, cari Adi. Dalam dok berpikir nak keluar tu, terdengar lagi bunyi kerusi. Kali ni kerusi berlaga sesama sendiri. Ramli terus kecut perut. Dia beranikan diri menjenguk ke depan melalui partition kaca. Macam slow motion, dia nampak salah satu kerusi berputar-putar sendiri, tak laju tak perlahan. Macam ada orang duduk lepas tu main pusing-pusing. Allah... Dalam data centre yg sejuk macam peti ais tu, Ramli berpeluh. Nak keluar, kena lalu kat meja tu. Macam mana ni...

Ramli dah tak senang duduk. Dia keluarkan phone dari poket seluar, mencari-cari nombor Adi. Nombor Adi didail. Sekali berdering, dua kali, tiga kali...

Adi: Halo
Ramli: Woi, kau ada mana?
Adi: Ada kat bawah, isap kok. Apsal?
Ramli: Apsal lama sangat kau ni? Cepatla naik.
Adi: Nak naik la ni. Kau dah kenapa?
Ramli: Jangan banyak bunyi. Cepatlah!
Adi: Ye, ye, nak naik la ni.

Ramli lega sebentar. Dia menunggu Adi sampai. Dalam 5 minit kemudian, terdengar, bunyi 'beep' pintu. Ramli pandang pintu dengan berdebar-debar. Pintu terbuka, Adi berdiri di muka pintu, tersengih-sengih macam kerang busuk. Ramli menghelas nafas penuh lega. Cepat-cepat dia berjalan ke arah pintu tanpa memandang ke arah meja bahagian depan itu. Dia dan Adi sama-sama berjalan menuju ke lif.

Adi: Weh, sat, aku nak terkencing la!

Dan Adi terus berlari menuju ke tandas. Tercengang Ramli dibuatnya ditinggalkan bersendirian. Terus rasa takut menerpa kembali. Kebetulan, mereka berdua berhenti di hadapan surau office ketika Adi nak terkencing. Tanpa berfikir panjang, Ramli terus masuk ke dalam surau. Dan... jeng jeng jeng...

Mahu terkeluar biji mata Ramli melihat Adi terlentang di bahagian sudut surau dalam keadaan lena siap berdengkur. Menggigil kaki Ramli tengok Adi ada di situ sambil dok terpikir mana satu Adi yg betul ni. Baru kejap tadi Adi berlari ke tandas. Ni Adi mana dok tidur dalam surau ni? Adi mana yg jawab telefon tadi? Berpeluh-peluh dah Ramli dok pikir. Lepas tu baru la dia terpikir, selalu kalau nak ke tandas di malam hari, Adi akan ajak dia teman sama sebab kawasan tandas yg suram tu agak menyeramkan. Ni 'Adi' tadi selamba je berlari seorang diri ke tandas. Alamak aih... Tergopoh-gopoh Ramli pergi pada Adi yg sedang tidur.

Ramli: Adi, Adi, woi, bangun, bangun!
Adi: Hah... hah... nape? Network problem ke? Jap, jap.

Adi macam meracau sambil terus duduk gosok-gosok mata.

Ramli: Kau ni Adi betul ke bukan?

Sempat lagi Ramli tanya. Adi pandang Ramli dengan muka pelik.

Adi: Gila ke? Aku lelap kejap sebab ngantok gila gila gila gila tadi.
Ramli: Pukul berapa kau lelap?
Adi: Yg pukul 3.30 aku keluar tadi la. Aku pi isap rokok kat bawah pastu naik tu aku rasa mengantuk sangat. Aku lelap la kejap.

Ramli terduduk di sebelah Adi. Sah, dia dah terkena. Ramli lantas mengajak Adi turun ke lobi. Tengah dok tunggu lif tu, baik punya tetiba terdengar suara mengilai. Tak sempat tunggu lif, dua-dua sekali lari turun ikut tangga. Esok paginya masa sarapan baru Ramli cerita pengalaman dia pada suami aku dan orang lain. Ramli kena usik la dengan geng-geng suami aku ni. Diorang ni memang dah sedia maklum office tu ada staf tambahan tapi memang tak diceritakan pada orang luar macam Ramli sebab takut satgi tak jadi kerja. Adi pulak memang dah tahu, tapi itu pertama kali dia dengar suara mengilai. Selalu kena kacau sikit-sikit je. Tapi macam mana pun, diorang masih kena buat kerja malam hari bawak ke pagi. Keshian...

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 12:59 PM | Show all posts
seraammmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-10-2015 01:22 PM | Show all posts
Edited by cik.nana at 23-10-2015 01:30 PM

Edisi Khas: Abang An

Sebelum korang tanya pasal Abg An, meh sini nak cerita dulu. Weekend tu aku pi rumah Mama, jumpa la Abg An. Mak aih, kurus kering macam taik pit! Dengan misai janggut berserabut. Suami aku kata bila dia tepuk belakang Abg An pun, rasa macam kosong, silap-silap terbang kena tiup angin Abg An tu. Masa kat rumah Mama, Mama suruh aku ajak Abg An balik rumah aku, just untuk weekend. Sebab rumah Mama mana ada orang lelaki. Acu adik lelaki aku tu pun dah start kerja kat JB. Kadang-kadang weekend je balik. Jadinya, aku pun ajak je la. Abg An duduk rumah Mama pun tak buat apa. Makan, tidur, tengok TV. Ulang. Mama kata Abg An makan banyak. Kejap-kejap makan, kejap-kejap makan. Biskut kering pun habis sebalang. Amboi, badan sekepin pun kuat makan!

Abg An setuju ikut aku balik rumah. Aku tanya dia, ada baju kotor tak, bawakla sekali kalau nak basuh. Aku faham kat rumah Mama dia segan sebab adik-beradik aku yg lain perempuan belaka. Kang nampak spender dia ke kan. Aku tanya pulak, berus gigi apa semua ada tak. Rupanya Mama dah bagi berus gigi baru kat dia. Tuala pun Mama bagi. Balik rumah aku tu, dia macam banyak mendiamkan diri. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Last-last jadi aku dengan suami je dok bersembang pung pang pung pang. Mama cakap jangan tanya Abg An pasal anak bini, pasal family dia, pasal kerja dia, pasal kisah hidup dia. Sembang merapu sudah, kata Mama. Yeler, kang buatnya jiwa kacau dok mai mengamuk pukul orang naya je.

Sepanjang duduk rumah aku, Abg An nampak ok je. Dia start sembang-sembang dengan kami berdua. Buat lawak. Tapi aku perasan something, kadang-kadang dia bercakap macam termelencong ke lain, macam tetiba dia cakap suami aku Superman. Lepas tu japgi dia kata Ultraman atas rumah aku. Aku anggap dia melawak je la, senang cerita. Jangan tetiba dia berdiri atas kerusi nyanyi lagu 'Negaraku' sudah la. Kami bawak Abg An pi berjalan, gi rumah Pak Ngah, gi rumah Acik. Abg An nampak happy, nampak ok. Lepas tu Ahad, aku hantar Abg An ke rumah Mama semula. Yela, nanti aku ngan suami pi kerja, Abg An duduk sorang kat rumah lagi bahaya.

Masa on the way balik rumah Mama, Abg An tiba-tiba membebel pasal mak dia. Dia cakap mak dia tu penipu la, pencuri la. Aku dan suami dengar je, tak cakap apa. Lepas tu dia cakap la dia nak anak dia. Aku pun sound la kat dia, "Abg An diri sendiri pun tak terurus, macam mana nak jaga anak?" Dia merengus lepas tu terus diam. Kejap lagi dia ulang cerita mak dia jahat la, mak dia kuat berlakon la... macam-macam. Lepas tu dia cerita dia nampak hantu raya kat rumah dia lepas tu dia maki hantu raya tu sebab kacau dia. Sepanjang aku kenal Abg An ni la, kami sepupu sepapat memang sedia maklum dah yg Abg An ni penakut orangnya. Dah besar panjang pun nak pi toilet dia ajak adik dia teman. Tetiba boleh kata dia maki hantu raya. Sesuatu sangat.

Mula-mula tu ok je, tapi hari Selasa malam tu, Mama whatsapp aku.

Mama: Dah mai dah gila Si An ni
Aku: Ngapenya?
Mama: Dia dok kata harta dia berjuta-juta kat Xxxxx, ada dalam laut. Nak kena pi korek
Aku: Amboih. Tanya dia kalau harta berjuta awat yg dia mai merempat rumah kita ni
Mama: Dia kata Najib mintak sikit harta dia, dia tak mau bagi
Aku: Hahahahahaha! Cuba Mama pulak mintak tengok, dia nak bagi dak
Mama: Dia nak kerajaan negeri iktiraf dia ni keturunan blablabla tu, dia kata nama dia ada dalam wasiat kat istana negeri. Harta dia berjuta, 7 keturunan pun tak habis
Aku: Suruh dia pi balik amek harta dia la, beli banglo sebijik
Mama: Dia kata mak abah dia nak rampas harta dia, tu dia marah tu
Aku: Adoi la... parah dah dia ni. Mama toksah dok layan sangat la

Lepas tu cerita tu stop situ. Aku ingat dah takde la episod meroyan tu. Hari Khamis malam Jumaat sekali lagi Mama whatsapp.

Mama: An mintak duit kat mak dia
Aku: Laaa... kata harta berjuta awat minta duit kat mak dia?
Mama: Kan harta dia tertanam di nun haa... kena pi korek
Aku: Sembang kencang
Mama: Mak dia tanya dia ada mana, dia takmau jawab. Siap dok marah mak dia pulak, lepas tu off phone
Aku: Kan dia dok sakit hati dengan mak dia
Mama: Tak reti la Mama dengan anak beranak ni. Letih

Dan sekali lagi aku minta Mama jangan layan. Duit pun jangan bagi pada Abg An. Aku pun cerita la pasal Abg An meroyan pasal harta kat suami aku. Lama suami aku diam. Lepas tu dia bersuara...

Suami: Kita bawak An pi berubat nak Sabtu ni?
Aku: Dia kan kata dia tak sakit...
Suami: Kita bawak jumpa kawan abg tu, suruh sembang-sembang je dulu tengok macam mana pergi
Aku: Ok jugak tu.

Tapi aku tak cakapla kat Mama kami nak bawa Abg An jumpa kawan suami aku yg boleh merawat orang tu. Aku cuma kata nanti weekend aku ajak Abg An datang rumah lagi. Tup tup keesokan harinya dalam pukul 2 lebih, Mama whatsapp aku.

Mama: An tiba-tiba je nak balik
Aku: Hah? Apa kes?
Mama: Tak tau dia. Tetiba je berkeras nak balik kampung

Aku dah pelik. Aih, dia ni tau ke aku nak bawak dia pi jumpa orang ni? Aku minta tolong Mama delaykan sikit Abg An, suruh dia balik hari Ahad ke. Mama kata Abg An tak nak. Nak balik kampung masa tu jugak. Tak boleh nak buat apa la macam tu. Jadinya Mama pun hantar dia ke stesen bas. Abg An pun balik kampung. Lepas tu Mama ada try contact makcik aku, tanya keadaan Abg An. Makcik aku ambil masa lama nak reply. Dia cakap dia takleh nak contact Mama sebab Abg An pegang phone dia 24 jam. Dan macam biasa, aku cakap kat Mama, lantakkan aje lah. Kan ke makcik aku dah bayar bomoh nak sembuhkan Abg An. Hari tu eksyen, cakap Abg An dah ok kan. Sekarang silala hadap perangai anak kau tu.

Last aku dengar, Abg An mengamuk baling handphone mak dia sampai pecah berderai sebab mak dia kata nak pi umrah. Lepas tu, aku dah tak ambil kisah. Mama pun dah tak ambil tahu.


Kesian. Eh, sekian.

Nota tambahan: Ada sekali makcik aku call, dia membebel kat Mama. Camni bunyinya...

"Bertuah punya anak. Ada dia kata aku ni nampak hodoh dan tua macam nenek kebayan! Dia suruh aku pi duduk dengan hang. Dia kata Mak Long tu nampak cantik, muda ja walaupun anak ramai. Dia suruh aku belajaq dengan hang macam mana nak jaga diri. Jebon sungguh!"

Hahahahahahahahaha! Tergelak besar kami dibuatnya. Okey dah bye!
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 01:51 PM | Show all posts
park dulu
nk follow page berape last tertinggal .

haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 02:50 PM | Show all posts
Kisah 36 - Main Kasar

Masih lagi pasal office suami aku. Hal server masih belum selesai. Bawak sampai ke hari minggu. Hari Sabtu tu, aku ngan suami plan nak pergi dating sebenarnya. Kami dah bersiap pun nak keluar dalam pukul 11 tu. Tak sempat nak sarung kasut, Adi dah call suami aku, minta datang ke office dengan segera sebab ada server down. Maka dengan aku sekali la kena heret masuk office dia. Sampai-sampai tu, terus masuk data centre. Adi, Ramli dengan sorang lagi, Raj, ada dalam data centre. Diorang semua dok tengok problem kat bahagian rak server. Aku pun dudukla kat kerusi kat bahagian depan tu sambil main Candy Crush. Lampu kat bahagian meja ni diorang tak on, apsal entah. So bahagian depan agak suram la sikit. Kat bahagian server je ada lampu, terang macam i-City.

Masa ni aku tak teringat langsung la pasal cerita Ramli dalam data centre tu. Aku sibuk dok kejar level Candy Crush, dah 1000 lebih oi. Tengah aku dok ralit main game tu, tetiba je aku rasa kaki kanan aku dipegang oleh tangan yg teramat la sejuk. Lagi sejuk dari air batu. Aku punya terkejut, aku pun termelatah dengan agak kuat "Oh mak kau!" Aku siap jenguk bawah meja, siapa pegang kaki aku. Kot la suami aku nak melawak ke kan. Takde apa.

Suami: Kenapa, yang?

Suami aku bergegas ke depan bila dengar aku melatah. Adi, Ramli dengan Raj pun dah pandang-pandang aku. Tersipu-sipu aku dibuatnya. Tak cover langsung melatah.

Aku: Takde apa, nak terjatuh tadi.

Aku tak cakap pasal kaki aku kena pegang tu. Kang tinggal berdua aku ceritala. Ni ada kawan-kawan dia yg stayback kat office, takut pulak kang. Suami aku pun masuk balik kat rak server. Aku tolak kerusi jauh sikit dari meja sambil tengok-tengok bawah meja. Aku dah tau dah tak mungkin la orang yg pegang kaki aku kan, tapi aku punya rasa ingin tahu tu menebal. Siang-siang pun kacau orang ye, aku cakap dalam hati. Baik-baik aku cakap macam tu, lampu dalam data centre padam keseluruhannya. Aku TERmenjerit. Aku dengar suara-suara lelaki jugak TERmenjerit dan termelatah . Tapi masa tu jugakla sekali lagi kaki aku macam disentuh tangan yg sejuk gila. Automatik bulu roma aku meremang. Aku tendang-tendang kaki aku. Tendang angin je la tapi. Dan lampu data centre menyala kembali.

Suami: Dah, yang, jom keluar.

Lelaki-lelaki semua dah serbu pintu, macam tak menyempat-nyempat nak keluar. Amboi laju bebenor diorang ni. Kami berlima ke office unit suami aku. Dalam agak suram sebab lampu tak buka. Cahaya hanya datang dari luar melalui tingkap. Masa ni la aku dengar kawan-kawan suami aku bercakap.

Adi: Siot, meremang bulu roma aku!
Ramli: Kau rasa ke?
Adi: Gila kau tak rasa? Tengok, bulu roma pun berdiri tegak lagi.
Raj: What's that, hah? So cold.

Semua terdiam. Aku tertanya-tanya la apa terjadi pada diorang ni sebenarnya. Suami aku pulak kata takpe, kita settle dulu perkara yg lebih penting. Diorang pun sambung buat kerja, dok menghadap PC. Aku yg duduk kat sofa ni mula la rasa bosan. Kejap bukak YouTube, main game. Lama-lama jadi bosan. Dan mengantuk. Mulala aku tersengguk-sengguk. Nak baring atas sofa, malu pulak kat kawan-kawan suami aku. Last-last aku bersandar bagi selesa. Belum sempat nak hanyut, suami aku datang duduk sebelah.

Suami: Yang, ngantok ke?
Aku: Ngantok lew. Lama lagi ke?
Suami: Dalam sejam lebih kot. Tidur la dulu.
Aku: Takyah suruh pun memang nak lelap dah.
Suami: Abg nak kena masuk data centre semula ni. Nak ikut tak?
Aku: Terima kasih ajelah.

Tak nak aku masuk balik dalam bilik tu. Tak memasal je kena pegang lagi kang. Suami aku dan geng dia pun berlalu. Tinggal la aku sorang dalam office tu. Aku pun start la hanyut nak melelapkan mata. Selesa betul sofa kat opis ni. Bila aku dah separuh hanyut tu, tetiba aku rasa ada angin bayu membawa diriku sepintas lalu menghembus lembut ke muka aku. Sepantas kilat aku buka mata, tengok kiri kanan. Memang confirm la takde apa kan. Adoi... kuat mengusik hari ni ye, aku mengomel sorang dalam hati. Tak semena-mena terdengar tawa halus menyapa telinga aku. Macam 'dia' dengar je apa aku cakap dalam hati. Terbantut mood aku nak tidur. Aku pun capai phone, whatsapp suami aku tanya dia kat mana. Dia still kat data centre. Aku pun biar ajela. Aku nak kata takut sangat tu, takdela. Tapi takla seberani mana. Aku cuma harap dia tak tunjuk rupa je. Aku pun start la baca ayat Kursi dan apa-apa yg patut.

Tapi aku rasa makin lama makin mengantuk. Mata aku rasa berat gila. Dan tak lama lepas tu aku mula terlelap. Tapi aku masih dalam keadaan separa sedar sebenarnya. Dalam keadaan separa sedar tu la aku dengar suara macam menyanyi perlahan. Bukanla menyanyi, tapi macam humming. Menggumam, kalau BM nya. Macam dalam cerita Harum Sundal Malam tu, yg Maya Karin dok humming lagu tu. Lebih kurang macam tu la bunyi dia.

"Mmmmhmmhmm..." walaupun perlahan, aku dengar dengan jelas humming tu. Macam betul-betul depan muka aku. Aku nak bukak mata tapi aku rasa mata aku teramatla beratnya, macam ada beban 50kg kat mata aku. Aku jadi macam antara sedar dengan tak je. Aku dengar je humming tu, makin lama makin sayu. Walaupun takde ayat, takde lirik, tapi aku rasa bunyi humming tu macam sedih sangat. Terbawak-bawak aku dibuatnya. Tau-tau je bahu aku digoncang kuat. Dengan susah payah aku buka mata. Aku tengok suami aku dah duduk bertinggung depan aku.

Suami: Yang, kenapa ni?
Aku: Apa? Kenapa? Kenapa?

Aku macam blur-blur.

Suami: Kenapa menangis dalam tidur ni? Mimpi apa yg sedih sangat?

Aku pegang pipi. Eh eh, betulla basah dah pipi aku dengan air mata (bukan air liur basi okek!). Aku macam terdiam kejap, still blur.

Suami: Kenapa, yang?
Aku: Dah siap ke kerja?
Suami: Dah. Nak pi lunch dengan diorang ni. Jom. Syg mimpi apa?
Aku: Nantilah syg cerita. Jom...

Masa lunch tu barula aku tau, masa lampu data centre terpadam kejap tu, diorang semua rasa angin sejuk melintas depan muka. Itu yg kelam-kabut semua nak berlari keluar tu. Tapi aku tak cerita la kisah kaki aku kena sentuh tu. Balik rumah baru aku cerita kat suami aku apa yg jadi kat office dia. Terdiam suami aku dibuatnya. Tapi dia tak komen apa-apa. Lepas tu khabarnya rajin office suami aku buat bacaan Yassin, doa selamat apa bagai. Boleh kata tiap-tiap minggu la. Tapi yela, office dia tu dah macam tempat tinggal 'benda' tu, nak buat macam mana. Kalau ada 'rezeki', terkenala. Macam suami aku, dia selalu dengar bunyi orang petik-petik keyboard kat bahagian orang lain walaupun orang tu memang takde. Benda tu jadi biasa. Siapa yg pernah tidur office, semua pernah merasa diusik. Antara teruk dengan tak je la.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2015 03:04 PM | Show all posts
Jagendas replied at 23-10-2015 01:51 PM
park dulu
nk follow page berape last tertinggal .

Lama tak nampak nooo...

Apa pun, takziah kat Jagendas atas pemergian bonda tercinta.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.114483 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list