Tetiber tingat Ella......
mamapip Post at 15-8-2011 14:14
hahaha... aku jadikan Ella ni contoh kat students, kalau ckp Melayu jangan gedik nak slang-slang omputih. Cakap omputih pun lintang pukang, ada hati nak berslang bagai cakap Melayu
Untuk adik2 & pondan2 baru nak naik...
Ni akak nak perkenalkan sorang penyanyi Cina yg boleh dianggap raja lagu asli Melayu
Rasanya the only bukan melayu yg seumpamanya
Andre Goh penyanyi joget bukan Melayu
Credit: Jiwang RG
TAHUKAH anda, Andre Goh atau nama asalnya Goh Eng Boon adalah satu-satunya penggiat dan penyanyi lagu irama tradisional dan joget bukan Melayu yang cukup berjaya dan terkemuka di tanah air. Berasal dari Kampung Sialang, Tangkak, Johor, Andre mengakui menjadi satu-satunya keluarga Cina di tengah perkampungan Melayu secara tidak langsung menjadikan keluarganya terikut dengan budaya orang Melayu.
Darah keturunan Baba Melaka menjadikan semua adat dan budaya orang Melayu sedikit sebanyak diamalkan keluarganya. Justeru, latar kehidupannya itu, menjadikan Andre begitu fasih berbahasa Melayu. Malah, dia mahir mendendangkan lagu berirama Asli. Apa yang menarik, bukan dia saja yang boleh menyanyikan lagu Melayu dengan baik tetapi bapanya, Goh Tiam Leong juga mahir mendendangkan lagu dondang sayang. Malah, ibunya, Wee Teck Neo pula, walaupun tidak pernah bersekolah namun mahir berpantun. Rumah mereka sering menjadi tempat perhimpunan orang kampung untuk belajar menyanyi lagu langgam, dondang sayang atau asli.
Anak keenam daripada 15 beradik itu sering menyertai perjumpaan tersebut dan dari situ, Andre mampu menguasai lagu Melayu. Jangan terkejut kerana ketika giat menyertai pertandingan nyanyian sejak sekolah rendah, dia lebih senang menyanyikan lagu Inggeris dendangan Cliff Richard, Elvis Presley dan The Shadows.
Dia mula menyertai pertandingan nyanyian secara serius ketika bekerja dengan Jabatan Telekom Malaysia di Brickfields, rakan sebiliknya Michael Leong yang bekerja di Jabatan Penerangan mendorong dirinya menyertai Bakat TV pada 1972. Meskipun tidak muncul sebagai juara, Andre mendapat perhatian ramai kerana kebolehannya mendendangkan lagu Asli. Selepas pertandingan, dia mendapat tawaran mengendali program TV berjudul Andre sebanyak 20 episod yang disiarkan setiap Ahad.
Selain program TV, Andre turut merakam album (bentuk EP) pertama pada 1973 berjudul Halimun Malam. Album lain termasuk Harapan Kecewa, Samudera Sunyi, Fatwa Pujangga, Impian (1976) dan Nostalgia Aidil Fitri Bersama Artis Lagenda (1998).
Sepanjang kerjayanya,Andre yang masih aktif hingga kini pernah menerima anugerah Ahli Mangku Negara (1982) daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KekkWa) pada 2006.
sherson lian ni hensem bangat .....mesti mix kan...
tgk rancangan dia memasak semata2 nak tgk dia sajok... xde kaitan dgn masakan langsung... suka dgr dia ckp fasih melayu...
thanks freekay buka thread ni... baru ku tahu nama pakwe hensem ni
susan lankester
Penah blakun & rakam album melayu
"Orang putih ka.. org hitam kaa.. org biru kaa.. kita rakyat Msia kan?"
Iklan Sinar FM amik daei filem Mekanik