CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: marquez

KHAZANAH [himpunan post Marquez]

[Copy link]
Post time 13-11-2003 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by sherrina at 13-11-2003 12:24 AM:
marquez:

kenapa memilih elemen ayam? kenapa tidak kambing, itik ataupun haiwan lain? apakah ayam mengambarkan sesuatu karekter?


agak nya krn ayam nin terlalu common....semua org tau ayam tu apa...dan ibu ayam tu apa....
    yg innocent  vs     yg culprit
        (ayam)            (ibu ayam)

so, makcik tu ada niat nak jadi baik - dgn berbuat baik kpd ayam...
tapi pd masa sama mengutuk Faridah - miang...etc...
     so niat baik vs amalan tak baik

apa lagi ya...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2003 12:02 PM | Show all posts

salam..

actually walaupun cerita ayam ini amat " light"and ringan tetapi dr satu segi
ia membuat kita berfikir esp secara lateralah ..mungkin mak Limah itu hanya bermimpi ataupun menghidap acute delirium dan sebagainya.
selain memerlukan " kepandaian penulisi" ia jugak beunsur jenaka? kenapa ? sbb ade unexpected element of surprise kat situ.
Berbeza dgn cerita  yg  dibuat oleh pembuka topk about a gal and a guy yg bertemu tapi tak berjumpa, ia terlalu boring, umpama a story within a story.
itu shj.

[ Last edited by mbhcsf on 13-11-2003 at 01:20 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2003 01:12 PM | Show all posts
Saya kurang 'dapat' bahagian ini: mula-mula cerita ni Mak Limah bercerita pada Che Pora, tapi di penghujungnya secara implisit kita mengagak yang Mak Limah telah dijadikan gulai ayam... mungkin seperti kata MB menunjukkan Mak Limah hanya bermimpi? atau ada penerangan lain?

M-
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2003 01:28 PM | Show all posts

oh .

salam ..
pada hemat saya persolan itu tak timbul sama sekali kerana ia diceritakan sebagai  cerita dr pihak ke"3"? sbbnya, in reality , tak mungkin si penulis "benarkan" Pak Abu ? menyembelih Mak Limah - The Hen-
dan apakah Che Pora tidak suspicious krn ketiadaan Mak limah pada mlm kenduri itu.

Tapi dr satu segi, di para pertama , cerita ini meggambarkan suasana social kampung itu yg " pemalas dan hanya tahu tergila-gilkan Faridah" - adakah standard / image gadis  kilang  masih begitu ? di alam realiti?amat murah ?
hmm..sekadar  berfikir.
walapu apapun ini lebih baik dr cerita a tory within a story tu.

[ Last edited by mbhcsf on 13-11-2003 at 01:31 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2003 01:31 PM | Show all posts
Nantilah saya cuba cari cerita Haruki Murakami yang lebih menarik...

M-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2003 08:33 PM | Show all posts

Anak Kepala Anjing

Satu lagi cerita, kali ini dari RuhayatX...

M-

Anak Kepala Anjing

Suatu cerita dongeng oleh Ruhayat X

Gempar! Pagi tu rumah Cik Gayah gempar sungguh. Cik Tipah yang datang
nak pinjam gula semangkuk pun tumpang becok. Mak Kiah Janda rumah
sebelah dah hilang akal, mata buntang tak tentu arah. Gila! Tak
pernah dibuat orang!

Mulanya si Leman Gemuk dengan si Sidek Boroi lah. Berlari terkocoh-
kocoh. Sampai di tangga rumah Cik Gayah termengah-mengah macam babi
kena semput.

"Kak Yah, abang Ucop ada?" tanya Sidek Boroi lepas berapa lama.

"Tak ada," jawab Cik Gayah. "Pergi kedai Ah Tai. Kejap lagi balik lah
tu. Apa hal sampai kamu tercungap macam ikan patin naik darat ni?"

"Huh, huh, huh." Leman Gemuk nak sangat bercakap, tapi tak terkeluar.
Baju Pagoda Leman Gemuk lecun dengan peluh. Naik geli pulak Cik Gayah
tengok tetek Leman Gemuk tersembul celah kain jarang. Besar dari yang
Cik Gayah punya!

"Anak!" akhirnya terpacul dari mulut Leman Gemuk.

Cik Gayah berkerut kening. "Anak?"

"Anak kepala anjing!" kata Sidek Boroi. "Anak kepala anjing, Kak Yah!
Bini si Ah Tai tu beranak budak kepala anjing!"

"Hah?!" Cik Gayah jadi sawan. Terjerit-jerit, meraung-raung. Macam
tak percaya. Tersilat kejap Cik Tipah yang baru sampai tepi tangga
dibuatnya. Mangkuk putih ditangan sujud makan debu atas tanah. Cik
Tipah melatah-latah, mencarut-carut. Sidek Boroi tengok tersengih.

Dengar heboh macam bukit nak runtuh tu, Mak Kiah Janda pulak keluar
rumah. Lepas Cik Gayah cakap, Mak Kiah Janda terduduk melopong. "Anak
kepala anjing?"

"Mana engkau tahu ni, Sidek? Leman?" tanya Aki Alang. Aki Alang duduk
selamba atas kepala tangga dengan singlet berlubang dan kain pelikat
usang. Rokok daun berapi di jari digentel-gentel.

"Budak Dogol tu lah yang beritahu mulanya," kata Sidek.

"Allah, budak main je tu," sahut Aki Alang. Rokok daun berkepul asap
di celah senyum sinis.

"Mula aku pun tak percaya, Aki," jawab Sidek. "Tapi lepas tu berlari
tiga empat budak lain, terjerit-jerit. Takkan semua menipu kut?"

"Belum tengok jangan menuduh," kata Aki Alang. Asap putih pekat
keluar dari celah gigi kuning kering. "Itu dah jadi fitnah dah tu."

"Ahhhh!" Leman Gemuk mendengus. "Aki, saya hormat Aki sebagai orang
tua. Tapi kalau Aki tak tahu, usah masuk campur! Ini kampung kami!
Cina estet bangsat tu bawak dosa ke kampung ni. Aku tak nak nanti
bumi terbuka telan kita semua."

Elok-elok masa tu Abang Ucop sampai dengan motor kapcai berselebet
debu. Bakul karat didepan - yang berpaut pada handle separuh semangat
macam orang yang belum tentu lagi nak bunuh diri ke tak tu - berisi
dengan sayur dan ikan. Tak dan Abang Ucop mati enjin Sidek Boroi dah
terkam.

"Apahal ramai ni?" tanya Abang Ucop. "Yang engkau ni, Leman, jatuh
sungai ke, habis lecun ni?"

"Abang pergi kedai Ah Tai tadi tu, tak heboh ke?" tanya Sidek Boroi.

"Eh, heboh apa pulak?" tanya Abang Ucop balik. "Heboh pasal hutang
aku dah sekerat tahun tak bayar tu adalah. Cina. Kalau sua tengkuk,
mahu dikeratnya leher kita ni!"

"Ah Tai tu dah bawak bala ke kampung kita ni, Abang Ucop," sampuk
Sidek Boroi.

Aki Alang tergelak berkekeh. Sidek Boroi jeling tajam. Aki Alang buat
tak peduli, ketawanya berderai.

Sidek Boroi belum habis cerita lagi, Abang Ucop dah mendengus.
Tangkai nafsu amarah Abang Ucop dah terpetik. Dalam kepala otaknya
Abang Ucop sekarang macam kerbau balau naik minyak.

"Cheh! Aku dah agak dah!" suara Abang Ucop keras. "Aku dah agak, Cina
estet babi tu mesti bawa celaka punya!"

Abang Ucop tak cakap panjang, terus capai cangkul. Sidek Boroi, Leman
Gemuk, Cik Gayah, Mak Kiah Janda, Cik Tipah dan orang lain yang mula
berkumpul, semua pakat ikut dari belakang. Langkah mereka laksana
tentera Nazi nak masuk Perancis, lebar dan dengan ketentuan yang
pasti.

Tengah jalan terserempak lebai Harun baru balik mandi sungai. Lebai
Harun bagi salam Abang Ucop buat tak reti. Kerbau balau tengah
mengamuk gila dalam otak Abang Ucop. Kerbau balau nak randuk anak
pisang, jangan tahan-tahan lagi, nanti maut!

Leman Gemuk cerita pada Lebai Harun. Beristighfar orang tua tu
dibuatnya. Lebai Harun tak ada akaun Bank Bumiputra, jadi Lebai Harun
tak percaya, tapi Lebai Harun singsing kain basan masuk barisan juga,
mana tahu nanti dicangkulnya si Usop leher tokey kedai tu, siapa nak
jawab?

Tak lama ketumbukan Abang Ucop sampai depan kedai Ah Tai. Cina kurus
kering tu, dengan seluar pendek belang dan singlet putih dia,
terkerenying nampak Abang Ucop. Tapi lepas dia nampak tentera bermuka
lusam belakang Abang Ucop, muka Ah Tai jadi pucat. Tiba-tiba air liur
Ah Tai rasa macam batu kering.

"Eh, Ucop ah," tegur Ah Tai. "Ada tinggal barang ka?"

"Ey, babi," jawab Abang Ucop. "Engkau jangan nak bermanis-manis
dengan aku pulak! Cina haram! Kafir laknat! Engkau ingat apa, ini
kampung engkau punya jamban ke?"

"Eh, Ucop," sambut Ah Tai. "Jangan itu macam la. Kita sudah lama
kenal. Apa saya sudah buat sama lu?"

"Oi, kapir!" jerit Sidek Boroi. "Wah, wah, wah. Engkau hisap darah
kami, ambik semua duit kami, minum semua susu getah kami, ini engkau
nak palit tahi pulak kat muka kami ya!"
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2003 08:33 PM | Show all posts
Ah Tai mula naik takut. Dia intai cangkul pada tangan Abang Ucop dan
batang buluh pada beberapa orang lain. Dalam kepala Ah Tai dah mintak
tolong pada Tuhan, tolong lindung dia dengan bini dia, dengan anak
dia yang baru lahir. Tujuh tahun Ah Tai dengan Mei Wah gersang, baru
tiga hari lepas dapat zuriat. Lelaki pula tu. Ah Tai suka bukan main.
Tokong merah tepi pokok asam berlimpah limau hari tu.

"Eh, jangan itu macam lah," kata Ah Tai, cuba merayu pada simpati
Abang Ucop. "Kita duduk ini satu kampung, mesti baik-baik. Saya bukan
tipu sama awak semua. Awak ambil barang tak ada lui, saya kasi sama
awak angkat dulu. Awak lagi tak ada lui, saya kasi angkat juga."

Pang!

Mata Ah Tai berpinar. Penampar Abang Ucop macam kilat menyambar.
Berpusing kepala Ah Tai dibuatnya. Tersungkur ke simen Cina kering
itu. Seluar pendek Ah Tai tersingkap, nampak spender putih berlubang-
lubang.

"Hoi, babi!" tengking Abang Ucop. "Kita tak ada hutang budi sama lu
lah! Kita angkat barang sini kedai, siapa untung? Lu untung ka kita
untung?"

Abang Ucop ludah pada Ah Tai.

"Sejak lu punya bapak datang sini dulu ah, kita punya kampung pun
sudah jadi kelam-kabut, tahu? Dulu, belum Cina masuk, ini kampung
okay, tahu? Tak ada rogol-rogol, tak ada romen-romen. Lepas lu orang
Cina anak beranak masuk, macam-macam sudah jadi. Berapa orang budak
perempuan sudah keluar anak luar nikah? Berapa orang kita punya budak
sudah masuk lokap ambil dadah? Baru minggu lepas anak Leman baru kena
serkup dengan Tijah Nyoknyek. Sebab lu..." Abang Ucop punya marah
sampai kena berhenti kejap, "Sebab lu lah ini kampung Tuhan sudah
laknat, tahu!"

Ah Tai tersedu atas tanah. Belakang tangannya mengesat bibir yang
berdarah. Lebai Harun dengan Makcik Limah nak pergi tolong, tapi
jelingan tajam Sidek Boroi buat mereka terhenti.

"Biar dia situ," herdik Sidek Boroi. "Jangan tolong kafir laknat.
Bukan Quran pun dah kata ke, Abang Leman? Nanti lagi teruk jadinya
kita!"

"Ah Tai, sebab kita sudah kenal lama, lu punya bapak pun dulu ada
kawan sama saya punya arwah bapak, saya kasi lu last warning," kata
Abang Ucop dengan kaki terkangkang melewati kaki Ah Tai yang
keding. "Lu, sama lu punya bini, sama lu punya anak terkutuk tu,
mesti pergi dari ini kampung ini hari juga!"

Lebai Leman berani diri tolong papah Ah Tai bangun. Ah Tai masuk
dalam rumah. Sunyi sepi sekejap. Cuma cengkerik bersahut-sahut dalam
belukar. imabelas minit kemudian Ah Tai keluar dengan tangan kiri
memaut peti kayu atas bahu. Tangan kanan menjenjeng buntil kain.
Kepala Ah tai tunduk, tak berani tengok keliling.

Belakang Ah Tai keluar Mei Wah dengan baju merah lusuh. Mata Mei Wah
mengimbas orang banyak di depan kedai suaminya, mencari-cari. Raut
wajah Mei Wah bertanya, kenapa? Tapi tak ada yang nak menjawab. Mata
Mei Wah terpaku pada muka Makcik Limah. Makcik Limah cepat-cepat lari
mata tempat lain. Begitu juga Kak Tijah, dan Kak Kiah, dan Along
Siah, yang selalu juga datang mengomel tepi tingkap Mei Wah. Mei Wah
sedar, sekarang dah tak ada kawan lagi baginya di kampung ini.
Sekarang masa untuk Mei Wah pergi.

Mei Wah jinjing bakul hijau plastik berisi barang budak. Tangan
kirinya menggendung anaknya yang baru lahir, bertutup kain batik yang
Kak Kiah bagi dulu. Semua orang nampak gendung bayi Mei Wah. Masa Mei
Wah lalu depan mereka, semua orang pakat mengintai nak tengok,
macamana rupa anak kepala anjing.

Angin berhembus. Daun getah berkerisik. Lambaian pohon getah mengubah-
ubah bilah matahari yang menerbus ke tanah. Bayi kecil dalam
gendungan kain batik itu terkena cahaya matahari yang baru naik. Anak
tu merengek kecil sebelum menangis.

Tangisannya macam anak orang yang baru lahir tiga hari. Dan keluar
dari mulut satu kepala yang ternyata manusia juga.

Orang jadi terkedu. Mana ada anak Ah Tai berkepala anjing? Orang jadi
bingung, tak tahu nak buat apa. Cuma Abang Ucop dan Sidek Boroi masih
belum puas. Tak payah kata, muka berang mereka cerita semua.
Cengkerik dan daun getah berbicara dalam kelam yang tak menentu.

Lepas Ah Tai membawa keluarganya pergi naik Nissan Vanette kuning air
berselebek tanah merah, terdengar bunyi menguis dari belakang kedai.
Orang semua berjalan macam rombongan menghantar jenazah nak tengok
apa dia. Bunyi datang dari belakang tempayan air tepi dinding. Di
sisi rumah kain baju masih berkibar-kibar disidaian.

Sidek Boroi letak dua tangan pada mulut tempayan kemudian humban
skuat kederat ke tepi. Bersembur air ke tanah keras. Mercik ke baju
yang bersidai.

Belakang tempayan ada anjing coklat bulu lebat tengah baring.
Diperutnya empat ekor benda coklat kecil saling tak tumpah macam
ibunya tergigil-gigil menyusu. Anak anjing Ah Tai. Dan semuanya
berkepala anjing, macam ibunya juga.

Abang Ucop mendengus. Cina estet, anjing! Lepas ni apa lagi?

Abang Ucop melangkah rapat ke ibu anjing. Anjing coklat perati saja
Abang Ucop dengan mata yang separuh kuyu.

Benda yang terakhir yang dilihat ibu anjing itu ialah lembaga Abang
Ucop menghayun cangkul tinggi-tinggi di atas kepala.

SEKIAN
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2003 09:14 AM | Show all posts

salam

tanak wat citer maca "CHICKEN RUN"?

plot dia pun bagus gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2003 01:59 AM | Show all posts
Originally posted by marquez at 2003-11-10 04:30 PM:
Aku ambik pedoman dari Al-Baqarh, kisah tentang sapi tuh... yang diaorang tak habis-habis nak bertanya jenis sapi samapai punyalah susah nak cari... sama gaklah dengan cerita ni... dah datang rahmat ...


adakah u refer rahmat tu pd,,pertemuan kembali mrk secara berselisih tu? :re:..bule mintak tlg huraikan.. tq!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2003 10:35 AM | Show all posts
Rahmat tu pada saya merujuk pada pertemuan pertama mereka... bukan mudah untuk bertemu dengan orang yang betul-betul sesuai/sempurna untuk kita... jadi kenapa masih nak uji lagi hati... saya lihat cerpen ini sebagai menggambarkan sifat pesimis manusia - dah dapat rahmat pun tak boleh nak terima sepenuh hati...masih ada rasa syak wasangka... macam cerita anjing ngan bayang-bayang...

Tapi cerita ni boleh dilihat dari pelbagai segi...

M-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2003 11:24 AM | Show all posts
Kita juga boleh melihat cerita ni sebagai membuktikan yang sebenarnya tiada siapa yang 100% sempurna untuk kita... pertemuan kedua itu sudah membuktikan... terserahlah untuk kita menafsirkan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2003 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 16-11-2003 09:14 AM:
tanak wat citer maca "CHICKEN RUN"?
plot dia pun bagus gak...



chicken run.?... my doter kata tak best...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2003 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by gorgonz at 2003-11-19 02:24 PM:
chicken run.?... my doter kata tak best...


Aku rasa Chicken Run bukan filem untuk kanak-kanak jadi tidak hairan bila your doter kata cerita tu tak best.... (your daughter masih kanak-kanak I assume). Chicken Run ialah versi satira untuk menggambarkan zaman Holocaust ketika pemerintahan Nazi yang menangkap semua orang Yahudi dan memenjarakan mereka sebelum di hantar ke kem pembunuhan.

Ayam-ayam itu ialah Yahudi dan kem pembunuhan ialah mesin membuat pai ayam.

Pasal cerpen Mak Limah bertukar jadi ayam tu, aku tak tahu kenapa Mak Limah boleh bertukar menjadi ayam. Tapi aku dah jeran dengan senario cliche yang menggambarkan pompuan kampung suka mengumpat, orang2 tua kampung suka main dam, pekerja kilang adalah miang dan biasa sangat kita jumpa dan baca. Tapi orang bertukar jadi ayam ialah sesuatu yang fresh, very extraordinary
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2003 12:27 AM | Show all posts
Take lah extraordinary sangat - sebab sastera moden dah ada tradisi ni, Metamorphosis, yang ditulis oleh Kafka (protagonis jadi kumbang): mungkin penulis terpengaruh ngan Kafka dan cuba menggunapakai idea (tapi satiranya x nth degree) ini dalam konteks stereotaip Melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2003 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by menshOrihon at 19-11-2003 04:22 PM:
Aku rasa Chicken Run bukan filem untuk kanak-kanak jadi tidak hairan bila your doter kata cerita tu tak best.... (your daughter masih kanak-kanak I assume). Chicken Run ialah versi  ...



oooo ya ke... nampak animation...ingat utk toddler...cam finding neemo...
anyway...tnx for that info.... nanti gorg nak cuba tengok...ppas raya nin...

btw my doter is going 2B 4 this Feb.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2003 12:20 AM | Show all posts
marquez:
terjemahannya bagus sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2003 02:14 PM | Show all posts
erkkkkkkkkk...

malunya.... menyerang tanpa fakta yg tepat....

cynical...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2003 04:13 PM | Show all posts
Dah berakhir rupanya riwayat Siasah nih. Pernahlah beli, cuma tak regular jer. Macam kes penonton filem jugak. Mostly lebih ramai yang nak menonton filem ringan, komedi atau romantik berbanding filem heavy drama. Macam tu jugak dengan majalah, lebih ramai yang beli majalah gosip atau hiburan ringan daripada beli majalah bacaan berat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2003 11:29 PM | Show all posts
揔amu silap,
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2003 09:24 AM | Show all posts
fuhhh...dasat. terkesima membacanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.073617 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list