CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aza

All About Kisah Seram/Misteri Di Opis/Pejabat

  [Copy link]
 Author| Post time 30-1-2013 03:05 PM | Show all posts
serram2 ceritanya. juhuhuhuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2013 10:22 PM | Show all posts
Aku nak kongsi kisah lama dulu2 zaman aku kerja kat bank negara di jalan dato onn.. sekitar hujung 80an - pertengahan 90an.. zaman aku muda remaja kekeke (skrg muda juga hati ni kekeke)

Kisah "Keluar-Masuk" Lift

Ni kisah ni masa aku mula kerja sana.. Aku ada sorang kawan ni, dia kerja kat blok C (zaman tu bank negara ada 3 blok), satu pagi aku jumpa dia duk monyok je muka waktu sarapan kat hawker center a.k.a Medan Kupang (ntah ada lagi ke idak).. Aku tanya dia kenapa.. Akhir nya dia cakap.. dia kata "kau jgn gelak kalau aku cerita".. dia pun cerita lah.. kawan aku ni masa tu dia dapat masuk TUDM sbg trainee pilot, jadi dia berhenti kerja, dan dia selalu lah ke Jabatan Personnel (zaman tu la, skrg dah panggil "Sumber Manusia" dah (fungsi lagi luas) atas urusan berhenti kerja tu.. Jabatan Personel tu kat blok B.. Bagunan Blok B dan Blok A tu adalah satu bagunan, cuma blok C je yg terasing.. jadi dia cerita, dia ingat dia keluar dari pintu Jab Personel tu masuk lift kat Blok B lah.. tapi bila keluar, dia tengok , rupanya dia keluar dari lift blok A.. aku tau dia ingat ada benda duk kacau dia..  tapi aku cakap jgn risau apa2 lah , sebab dia dah nak cabut dah lagi seminggu pun..

Itu baru permulaaan.. banyak kisah rupanya & yg aku alami pun ada kat bank negara tu.. next time cerita.. rupanya kat situ ada jin sekeluarga duduk .. masa aku kerja la.. skrg tak tau lah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 10:57 AM | Show all posts
erm... actually aku byk cite seram kat deparment lama aku tue... tp aku sendiri xde mengalaminya.. cuma penceritaan dari opismate aku la kan...

baru tu tak baru sangat... tp petengahan last year...

kakak ni baru jer bersalin.. tp tak ramai la yg tau kan.. so sorg ni aku gelarkan cik N la yer.. dia ni nak ke opis dia di level 12 tu.. pastu tersempak dengan kakak nie.. dia pun berhai hai baibai la.. tp si kakak ni diam jer katanya... cuma senyum ja.. habis disitu...

dan seorang lagik plak pada hari yg sama... Puan S pegi ke opis kakak nie.. tapi tak masuk bilik dia.. tp nampak la kakak tu tengah tekun menaip kat pc.. n cuma senyum...

dan....

dorg berdua masa tgah makan keesokan hari nya bersama2 opismates yg lain.. si Cik A ni pn bagitau la yg kakak tu dah bersalin 3 hari lepas... so dorg nk pg melawat... apalagi terkejut beruk ahh si Cik N dan CIk S ni... dorg siap ckp eh biar betul sbb baru je tesempak smalam.. how can kakak tu dah bersalin 3 hari lepas...siapakah org itu....

Dah cek cctv pn xnampak.. aku yg dengar cite pn jadi seram sejuk... siap menyerupai lagik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 03:33 PM | Show all posts
Lagi kisah zaman aku kerja kat bank negara KL (hujung 80an - mid 90an)

Kisah 2: Wanita Tanpa Muka

Kisah ni klasik la.. heboh satu bank yang ramai pompuan duk jumpa pompuan tak bermuka di dalam toilet.. boleh katakan terjadi  di banyak floor.. jadi dengar khabar, setelah makin menjadi2 dan sekian lama, pada satu hujung minggu tu, seorang pengamal perubatan tradisional dipanggil ke bnm, Harun Din katanya.. dia berdialog dgn jin yg ada kat bank tu.. dia suruh jin tu pindah, jin tu takmau sebab dah lama sangat dah dia & keluarga dia duk situ.. jin tu bagi tau yang menampakkan diri sbg wanita tanpa muka tu anak dia yg agak nakal.. ini kerana dia marah ramai wanita yg dtg haid buang "pad" kotor mereka dlm tong sampah di toilet wanita mcm tu je, jin tu marah la sebab kotor, sedangkan area tu area depa duduk... (kalau yg muslim tu basuh le kut).. Apa deal lepas tu aku tak tahu, tapi memang lepas tu wujud tong sampah khas untuk tuala wanita.

Di bnm memang jin tu rajin ambik tahu & baca dokumen2 di merata2 department.. selalu la org jumpa org duk berdiri tunduk kat meja senyap je kat dlm office ...setahu aku, kawasan simpanan emas + wang bawah tanah kat bnm tu pun di "jaga".. dan aku rasa memang gabenor bnm semua tau benda tu wujud di dlm building bnm KL...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 06:31 PM | Show all posts
Lagi kisah zaman aku kerja kat bank negara KL (hujung 80an - mid 90an)

Kisah 3:  "duplicate" secretary Penasihat

Kat tingkat 17 zaman tu ialah tingkat bagi para Penasihat Gabenor.. zaman tu Penasihat 4 orang je.. tak ramai mcm sekarang.. jadi masing2 ada bilik dan ada secretary .. secretary pun ada bilik la, tapi ada cermin besar, boleh tengok lah apa secretary tu buat kerja ke tidak dari luar.. jadi floor ni, sentiasa ada security.. security bertukar setiap 30 minit kut... jadi .. satu awal pagi sekitar jam 6:30am kut, tukar syif security yg mengawal tingkat ni.. dia tengok ada sorang secretary ni duk dalam bilik duk buat kerja.. dia terfikir "rajin betul akak ni awal pagi buta dah sampai"...apabila syif dia tamat jam 7am++, dia turun la lift tu.. lift utk tingkat tu memang khas , terus naik-turun Ground Floor dgn tingkat 17 , 18 , & 19 jer, pakai special pass... Apabila dia sampai kat ground floor, lift bukak,dia tengok akak secretary tu nak masuk lift.. dia pun tanya "bila masa akak turun, saya tak nampak pun?", sebab security duk mengawal di pintu masuk tingkat 17 tu dan ianya juga ruang lift... akak tu jawab "eh.. saya baru sampai ni, baru nak naik pejabat"... pucat lesi le security tu...

bagi aku.. mengetahui ada jin di bnm tu, aku rasa jin2 tu rajin betul duk check document2 kerajaan semua... jgn dia jadi ejen negara asing dah ler...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
zaida posted on 19-4-2006 03:26 PM
ni cerita dr sorang kakak kat opis gue... citer ni jd kat dalam toilet.. kebetulan masa tu opis gue  ...

tergelak awok bace...haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2013 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pengalaman awok...masuk bulan kedue ade la peristiwe..boss suro awok in chrge monitor cctv..so..awok pon,b4 balik kene off..n masuk keje kene on la kaedahnye..
so awwok ni nk balik keje tu..off la..nak jd cite esokny..ter on lak monitor tu..tanye staff lain..harem tak tahu..diam je la..esok ny lak..mujur tade pape..tp..ptg tu..boss cam tegur.."tak on cctv eh?" awok cam mati-matian siap jegil mate kate awok da on...sebb awok ni klu da on..mesti main lambai2..tu yg igt tu..boss tros cam trdiam..

..itu je la pengalaman nye..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 12:21 AM | Show all posts
tentu korang masih ingat banjir besar yg mlanda negeri2 utara terutama kedah dan perlis tahun 2010...

masa tu, aku baru 2minggu masuk opis baru kat satu daerah kat kedah. hujan turun tak berenti 3 hari. tak lebat, xjugak renyai. aku memang suka hujan2 sebab sejuk dan rumah aku, Alhamdulillah, xpernah naik air la walaupun tahun 2005 dulu ada banjir besar jugak.

ok, berbalik pada story, memandangkan banjir besar, hubungan antara daerah di negeri kedah terputus. untuk pengetahuan korang, dalam pejabat tu, aku sorang je duduk kat daerah tu. staff yang lain duduk kat daerah lain. diorang cuma datang keje kat opis tu je. aku ni kira mcm keje, tinggal, skolah...semua kat daerah tu la.

so bila banjir cmtu, diisyhtiharkan darurat kat daerah aku. so, xpayah g keje. aku merasa la cuti sehari sebab hari kedua tu, air dah surut. tapi staff pejabat yang lain memang xboleh datang la sebab ada daerah penghubung naik air. so hubungan jalanraya memang out la.

bila aku p opis, yang ada cuma big boss aku, 2nd boss dan seorang peg lagi. diorang ni pon sebab duduk dalam kuarters. so, xde alasan la nak cuti. aku lega sikit. sekurang-kurangnya bukan aku sorang je yang ada kan? tapi yang tak bestnya, bilik diorang kat luar dari kawasan pejabat. bilik aku pulak dalam pejabat. nak tak nak aku masuk jugakla bilik aku. takkanlah aku nak ajak or lepak bilik boss dengan alasan aku takut? mau orang tua tu gelak kat aku.

nak mencantikkan story, masa ni student cuti pulak. bila student cuti, kafeteria pun memang tak beroperasi la. memang sunyi sepi la dunia opis aku. cantik punya timing kan?

korang bayangkanlah opis yang berkapasiti untuk 30 orang, tetibe engkau sorang je yang ada. aduhhh...masa tu aku dah terbayang mesin fotostat berbunyi sendiri, bunyi ketuk2 ramadhan la...kecut beb. tapi bila memikirkan aku kena siapkan jugak report dan data tu cuma ada dalam system, aku gagahkan jugak hati aku.

aku on komputer. bukak lagu dalam pc walaupun aku bukan jenis pasang lagu sambil kerja. sebab sunyi sangat weh...blind panel tingkap kat belakang aku pun aku tak bukak. seram kot. cukuplah aku kena buat kerja mengadap meja-meja kosong depan mata aku. dan nasib baik aircond bilik aku tu tak dicentralised. kalau tak, mahu masak aku hari tu...huhuhu

sepanjang hari tu, memang aku buat report je. sesekali aku angkat jugak muka walaupun takut tp aku tak nak tunjuk aku takut sangat. boss pun xde plak nak menjenguk. hampeh...saya orang baru, mai la berkenalan...atleast saya tak mati kejung kat cni...huhuhu

4.00 ptg. lagi sejam nak balik. aku ke meja pembantu aku untuk semak beberapa dokumen. tetiba aku dapat call dari kawan aku. aku jawab call sambil mata dok kat skrin pc pembantu aku. aku tak kisah bila suara aku je dok dengar dalam opis tu.

then, aku baru perasan. sepanjang aku bercakap dengan kawan aku tu, aku dok dengar bunyi gugusan kunci-kunci dari luar pejabat aku. makin aku bercakap, makin kuat bunyinya. aku sempat kerling jam di monitor. 4.25 ptg. adeh, dah lama ke dia bunyi. mungkin pegawai tu baca something kat notice board kot? pegawai ni pegawai hal ehwal student. kadang2 dia boring kat ofis dia, dia akan jalan-jalan regangkan otot.

aku putuskan talian dengan kawan aku. takut betul tekaan aku, pegawai tu datang utk berborak. nanti dia tengok aku bergayut, dia tak jadi pulak nak bersembang. elok je aku putuskan talian, bunyi gemerincing kunci tu pun takde. idea positif aku masih di level yang baik masa tu. aku tunggu kalau ada sapa-sapa nak masuk opis, sebab bunyi tu memang dekat sangat ngan opis aku.(nak masuk opis aku ada 2 pintu besar.campur pintu bilik aku, ada 3)...aku tengok jam. 4.30 ptg. aku masuk bilik aku semula.

idea positif aku mula runtuh sikit-sikit. aku dah rasa itu bukan bunyi biasa (aku tahu opis aku memang angker, pusat pengajian biasalah kan? walaupun staff aku tak pernah citer detail tapi memang diorang bagitahu yang opis ni memang angker la). aku gagahkan jugak membilang minit-minit kecederaan aku masa tu. sabar, kemas barang cket2. jangan nampak kau takut. sat g dia mai wat iklan syampu plak...nauzubillah.

bila aku nampak pegawai dan 2nd boss aku dah keluar tunggu mesin punch card, aku pon keluar sambil senyum manis (mau xmanis, aku nak balikkkk!!!!)

aku lupa camna aku tanya kat pegawai tu untuk mengesahkan yang bunyi kunci tu berpunca dari dia tapi bila dia jawab yang dia tak keluar lansung dari bilik dia, aku diam je. amboi, nasib baik dia 'orientasi' dengan aku waktu nak balik dah...kalau tak, harus aku cabut lagi awal.

datang opis pagi esok, ada sorang staff datang. lega aku. jangan risau, memang manusia sebab dia pun duduk kuarters cuma kelmarin dia xdatang sebab dia ada urusan. minggu depannya, opis dah kembali riuh walaupun tak semua datang. ye la, ada yang nak cuci rumah sebab penuh selut/lumpur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2013 05:30 PM | Show all posts
nak story lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 05:40 PM | Show all posts
ultra78 posted on 3-5-2006 10:10 PM
Kejadian ini berlaku kat opis aku kira-kira 2 tahun lepas.Aku pelik juga sebab opis aku dulu tu bang ...

alahai ape yg canggih nye..lampu tu dia pasng timer je..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2013 12:06 AM | Show all posts
Ok disebabkan malam masih muda meh aku nak citer time aku muda2 dulu.Masa tu aku keje satu company ni company yang beroperasi 24jam.Masa tu kalau shift malam memang derang bayar lebih la so aku apa lagi terus melekap la keje shift malam je masa tu.Office aku ni kat Plaza Pantai.Masa memula kerja memang ok je aku tak rasa angker pun walaupun kekadang kul 1 pagi kitorg turun g beli burger kat bomba belakang tuh.

Ada sekali ni tiba2 dak shift siang citer kata dia nampak kelibat perempuan baju putih waktu siang hokkeeyyy kat toilet.Kitorang dak2 shift malam ni macam seram2 cagu la gitu sebab benda tu jadi siang so macam percaya tak percaya jela kan (padahal malam pas dengar citer tu memasing siap tulis la hafal la ayat qursi)

Toilet kitorang ni memang jauh sikit dari office.Toilet kat area luar tapi sama floor.So dalam pukul 3 pagi tu tetiba ada sorang ni nak terkencing.Adui memasing memang nak terkucil sebab tahan dari pukul 7 tapi takut so bila sorang bersuara time tu gak semua cakap "AKU NAK IKUTTTTT" .So berjemaah la kitorang pergi toilet.Yang lelaki pun penakut hokkeyy time ni.Siap ada dak cina sorang aku ingat lagi.Masa pergi tu kitorang dah rasa seram2 dah jalan pun rapat2.Buang hajat pun aku bajet semua cepat2 sebab nak masuk dalam opis balik (opis kitorang memang terang benderang, jalan nak gi toilet tu lampu ala2 suram gitu)

Masa nak balik memasaing da tunggu depan pintu toilet and masa tu sapa ntah aku tak ingat cadangkan kitorang jalan beratur macam keretapi kekdahnya sebab kononnya memasing takkan tertinggal.Tengah2 berjalan macam dak sekolah beratur tu tiba2 dak paling depan sekali sound kitorang2 kat belakang "WOI KORANG JANGAN GELAK2 SANGAT".Masing2 muka dah pucat terkedu sebab sumpah kitorang semua senyap takde yang gelak.Tengah aku muka terpinga2 tu aku dengar suara manja2 gitu gelak "KIKIKIKIKIKIKI" sebijik macam tu la bunyinya .Terang dan jelas bunyi gelak tu sampai bergaung.Masa ni semua dengar aku rasa sebab terus memasing CABUTTT berterabur lari masuk opis.

Masuk2 je opis memasing kelam kabut baca ayat Qursi tapi semua baca berterabur siap yang tak hafal baca pun dah jadi macam baca muqadam Takut gila masa tu sebab bukan khayalan dah kalau masing2 dengar.Kiranya budak yg beratur paling depan la dengar dulu .Gamaknya pas dia tegur tu terus la "sesuatu" tu suka sebab orang perasan dia "ada" kat situ.Nasib baik tak nampak wehhhh kalau tak mau aku la first pengsan.

Lepas kejadian tu masing2 kalau nak gi toilet memang berteman la kurang2 pun 3 orang sebab takut punya pasal.Choiii btol bila dengar suara hantu bagai ni.Sambil taip ni pun bulu tengkuk aku berdiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 04:51 PM | Show all posts
tetibe aku nk up kan tred ni....
sebab juz happen kt opis aku ni...tapi xdelah seram cume misteri ajer

opis aku ni kecik jer...2 lot opis 3 tingkat. tapi yg ade org nye cume tingkat 1 & 2 jer. tingkat 3, jarang sgt ade org. surau kt tingkat 2. syer laki pompuan, gilir2 ar semayang. section surau tu pun jarang ade orang. despatch jer dok situ. kalo despatch tu xde, mmg gelap je lah area tu.

so alkisah kejadiannye, sebelum2 ni mase aku semayang aku penahlah dengar macam bunyi org berdengkur. aku ingatkan kotlah despatch tu yg tido. pastu sudah semayang, saje aku check mmg xde org kt area tu. adelah 2x mase yg berlainan, aku dgr bunyi dengkuran tu. aku x lah citer kt org pun. sbab mungkin perasaan aku jer.

tetibe pagi ni, ade sorang member opis masuk keje, die yg memule bukak opis terus terdengar bunyi org berdengkur. so, die x jadi masuk opis. tggu member2 yg lain dtg dlu. die lepak kt kedai makan dulu. pastu aku lak yg masuk opis, xde org kt opis. aku pun wat je lah keje aku. x lame tuh, si despatch lak masuk. die terus gi kt section die, x lame tuh die lak dengar bunyi dengkuran tuh berterusan. so die cari2 lah kot ade org tido. tapi xde org pun. kebetulan die tgh cari2 tuh, aku baru kluar toilet. so die tanye lah aku ade dgr tak. aku ckap xde pun. dlam pada tgh cakap2 tuh, aku pun terdengar sekali. terus aku cakap bunyi burung jer tu kot.  

tapinye, dah 2-3 org dengar bende yg same. jadi curious jugaklah, ape kah itu???


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2013 04:35 PM | Show all posts
Cerita terbaru dr pejabat aku...

Ada sorang kerani kewangan ni suka ambil2 gambar diri sendiri pakai hphone. Kalau dia dtg awal sblm pukul 8.00 pg, itulah hobinya.

Dlm minggu lepas, dia ambil2 gmbr seperti biasa dan kemudian dia terperasan sesuatu yg pelik. Bhg mata dia mcm hitam sikit? Telek punya telek...wah...ada makhluk lain, yang pastinya ada bersebelahan dia. Dia tunjuk gambar tu pd kerani kewangan yg senior dan dok satu bilik dgn dia.

Kak tu kata, awat mata hang hitam? Lepas tu dia jawab...cuba kak tengok betul2. Kak tu pun dah suspen bila dengar mcm tu. Bila kak tgk sekali lagi, gambar tu dh xde. Terus hilang without a trace. Padahal, siapa pun x padam gmbr tu.....  Esoknya tu ada sambungan lagi kisah ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:42 PM | Show all posts
zaida posted on 19-4-2006 01:03 AM
kat opis aku ni selalu kena... selalu sgt... aku kejer gomen kat jalan semarak... building beso... m ...

ffuuuhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:53 PM | Show all posts
aza posted on 19-4-2006 03:42 AM
kau tak pernah tendang ker time dia tarik2 kain kau tu? huuhhuu kalau berani laa...

ad ...


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 12:59 PM | Show all posts
aturcara posted on 20-4-2006 12:25 AM
kat opis kita pun ade...kita dah citer kat topik yang di sticky kat atas tu ....pengalaman berjumpa  ...

macam mana boleh terkunci?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2013 01:51 PM | Show all posts
Anden posted on 20-4-2006 08:32 AM
Aku nak continue..

Kemudian kat kilang aku kecoh kes histeria pulak...Brpunca dari satu budak pom ...

kira bomoh2 tu hebak aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 02:08 PM | Show all posts
ultra78 posted on 3-5-2006 02:10 PM
Kejadian ini berlaku kat opis aku kira-kira 2 tahun lepas.Aku pelik juga sebab opis aku dulu tu bang ...

kenapa duk sengsorang? officemate lain takleh teman ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 02:36 PM | Show all posts
Queeny posted on 24-6-2006 03:22 AM
sori guys.. Q bz sangat ler..

k, klu kat opis Q tu, selalu la Q rasa mcm ada sumting yg perati b ...

memang kena tidur office ke? genderowo tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 02:40 PM | Show all posts
tempat kerja baru aku ni alhamdulillah tak ada apa2 lagi. aku pun tak berani nak tanya dengan bangla2 kat sini.

tadi tengah explain dengan chinese colleague aku psl hantu raya & qarin, tetiba je meremang.
hampeh. pantang orang tengah cerita. ade je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.084266 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list