CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rifhana_ilham

Nabila Huda bercouple dgn Johan Asari?

  [Copy link]
Post time 27-1-2012 09:38 AM | Show all posts
ala..dia org bukan couple pon..nabila ni saje ambik kesempatan dgn johan..sbb johan nie ijau lagi..innocent..skang kat drama dia org tayang kat TV3 kol 10.30mlm tu...tu yg promo lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 09:43 AM | Show all posts
agaknyer saje je kot...tengah demam drama pelanagi kaseh...saje la bikin kontroversi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 10:05 AM | Show all posts
aku rasa. nabila ni senang kawan rapat ngan johan sebab johan leh layan anak dia
bawak pi jenjalan, leh tolong bila susah
mak johan ni pong aku tgk ok jer tweet2 psl family ngan nabila ni
klu kata cinta tuh, mcm bese jer aku tgk tweet derang
xlah luvey-duvey tahap nak muntah pong...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 10:47 AM | Show all posts
gilo apo...asal blakon bsama gosip couple.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 10:50 AM | Show all posts
berkasih dalam drama pelangi kasih jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:21 AM | Show all posts
aku rasa. nabila ni senang kawan rapat ngan johan sebab johan leh layan anak dia
bawak pi jenjalan ...
roti_planta Post at 27-1-2012 10:05



    kalu nak tgk yg tahap muntah punyer..gi tgk shilaa hamzah ngan sharnaz bangla tuh..aiiiyyoo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2012 11:23 AM | Show all posts
kalu nak tgk yg tahap muntah punyer..gi tgk shilaa hamzah ngan sharnaz bangla tuh..aiiiyyo ...
skymania Post at 27-1-2012 11:21


hahaha..sib baik aku tatau bertwitter bagai..kalau dak harus jadi macam ko neh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 11:27 AM | Show all posts
hahaha..sib baik aku tatau bertwitter bagai..kalau dak harus jadi macam ko neh.
beatgirlX Post at 27-1-2012 11:23



    muntah darah noks..trus aku unfollow..sblm aku dehydrated ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 02:10 PM | Show all posts
Tadi terbaca kat twitter c Nabila dok gigih suruh org vote BFF, lover & soulmate dia Johan Asari. So ...
rifhana_ilham Post at 21-1-2012 13:33



    nanti hadpet tajuk naa
"Kami Adalah Kawan Baik" - Johan As'ari & Nabila Huda

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

Nabila dan Johan menafikan sedang bercinta. Foto Ihsan Rotikaya.com


SHAH ALAM: Pelakon drama Pelangi Kasih, Johan As'ari dan Nabila Huda yang didakwa sedang hangat bercinta tampil menafikan dakwaan mengaitkan diri mereka berdua.
Menurut Nabila, mereka berkawan baik sejak sama-sama berlakon dalam drama bersiri tersebut dan memberitahu dirinya selesa berkawan dengan Johan.
"Kami tiada apa-apa hubungan istimewa tetapi telah menganggap Johan sebagai rakan baik kerana terdapat pelbagai persamaan antara kami dan tidak lebih dari itu," ujarnya kepada mStar Online.
Nabila berkata, dia menganggap gosip berkenaan sebagai perkara biasa kerana kebetulan mereka digandingkan di dalam drama sama memegang watak suami isteri.
Ujarnya, hubungan baik mereka tercetus apabila dia ingin menyesuaikan diri bersama pelakon gandingannya itu supaya tidak kekok semasa penggambaran.



"Johan pada asasnya adalah seorang pemalu tetapi apabila mula rapat dengannya kami sebenarnya mempunyai perangai yang sama iaitu kelam kabut tambahan pula kami mempunyai bintang sama iaitu Sagittarius," katanya.
Sementara itu, Johan berkata, Nabila adalah seorang pelakon yang cukup peramah dan merendah diri telah membuatkannya berasa selesa berkawan dengan pelakon berstatus ibu tunggal itu.

Katanya, Nabila seorang yang senang diajak berbual dan mereka saling memahami antara satu sama lain.
"Saya seorang yang pemalu malah ketika mula-mula bertemu dengan Nabila saya memanggilnya dengan gelaran 'kakak' dan dia memarahi saya memanggilnya dengan gelaran itu.

"Dia juga banyak membantu saya di lokasi penggambaran terutamanya banyak babak melibatkan kami dan nyata dia bukan seorang pelakon yang lokek ilmu," ujarnya.

Ditanya kemungkinan hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan pada masa hadapan, Johan berkata dia menerima ketentuan itu sebagai jodohnya jika ia terjadi.

gambo tu kowang nampak tak??
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 06:19 PM | Show all posts
aku rs nabila huda ni mmg jenis friendly easygoing dgn org yg bole sekepala dgn dia.and dia jenis expressive towards almost evrything kat sekitar dia...

bnde kecik je ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:30 AM | Show all posts
Tadi terbaca kat twitter c Nabila dok gigih suruh org vote BFF, lover & soulmate dia Johan Asari. So ...
rifhana_ilham Post at 21-1-2012 13:33



    nanti hapdet tajuk naaa
MARINA SAHABUDIN
27 Januari 2012


Namanya cukup sinonim di kalangan peminat seni tempatan biarpun masih setahun jagung melibatkan diri dalam industri seni. Mempunyai pakej lengkap sebagai pelakon membuatkan anak jati Kuala Lumpur ini terus menjadi perhatian pengarah dan penerbit sehingga wajahnya tidak putus menghiasi kaca televisyen sejak kebelakangan ini.

Melonjak naik setelah memegang watak sebagai Botak menerusi drama bersiri Juvana, Johan Ariff Asari atau Johan Asari dilihat berjaya meninggalkan kesan mendalam terhadap penonton sementelah lagi berjaya membawakan wataknya yang antagonis dengan baik.

Malah cubaannya menerusi drama bersiri Cinta Elysa sebagai teraju utama juga tidak menghampakan walaupun ada yang mengatakan dia tidak mampu menjiwai watak Aril dengan baik.

Lumrah sebagai bintang, Johan tidak dapat lari dari kontroversi dan pernah dikaitkan dengan pelakon Izreen Azmida dan heroinnya menerusi Cinta Elysa, Fasha Sandha. Namun semua itu tidak membuatkannya hanyut untuk terus mencipta nama.

Menjadikan pelakon Eman Manan, Datuk Rahim Razali, Farid Kamil dan Shahiezy Sam sebagai idola, anak muda yang baru berusia 26 tahun ini mengakui tidak pernah mengejar populariti.

Menurutnya, peluang yang diberikan pengarah Faizal Ishak, menerusi Juvana, tidak akan membuatkannya lupa diri, jauh sekali mendabik dada.

“Pesannya tidak pernah saya lupakan. Kalau mahu berjaya dalam bidang ini perlu serius terhadap apa sahaja watak yang diterima. Kalau boleh jangan memilih watak yang diberikan, maksudnya tidak semestinya hanya berlakon bagi watak utama sahaja sebaliknya menerima watak sampingan juga dan ini dilihat berhasil ketika saya melakonkan watak Botak dan Aril ketika melangkah ke bidang lakonan.

“Walaupun ramai berkata saya sudah dikenali dan semakin popular, namun semua itu tidak membuatkan saya lupa diri. Masih banyak yang saya perlu pelajari dalam bidang ini. Bahkan, saya perlu memastikan lakonan saya benar-benar berhasil di mata penonton.

“Buat masa sekarang, saya pasti mutu lakonan saya masih banyak yang perlu diperbaiki lebih-lebih pengalaman saya masih kurang jika dibandingkan dengan pelakon yang telah mencipta nama dalam bidang ini,” katanya.
Paling rapat dengan emak

Bercerita mengenai kehidupan peribadinya pula, siapa sangka, Johan rupanya 'anak emak'. Menurut Johan, dia dan ibunya memang rapat jika dibandingkan dengan ahli keluarganya yang lain. Malah sikap manjanya turut diakui emaknya sendiri.

Johan berkata, jika mempunyai waktu terluang, dia lebih suka menghabiskan masa di rumah bersama emaknya, Datin Hajah Firdaus. Jika berkesempatan, dia juga sering menemani ibunya bertandang ke rumah saudara-mara mereka.

“Tidak hairanlah jika ramai mengatakan saya ini anak emak. Saya memang suka meluangkan masa dengannya. Lagi pun jika sibuk penggambaran, saya akan kekurangan masa bersama keluarga. Jadi masa yang ada perlu digunakan sebaik mungkin bersama mereka,” katanya.

Ketika ditanya bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya, Johan hanya ketawa besar.

“Saya meletakkan target antara 28 hingga 32 tahun untuk berkahwin. Saya tidak memilih jodoh sama ada di kalangan orang biasa mahupun artis, tetapi biarlah dia seorang yang taat kepada suami, hormat orang tua, pandai memasak dan bertudung,” katanya.

Menurut Johan, orang tuanya juga tidak pernah mendesaknya berkahwin. Malah tidak pula meletakkan sebarang syarat terhadap calon isterinya.


Tidak mahu dibayangi Botak

Walaupun dikenali dengan gelaran Botak Juvana, anak muda ini sebenarnya tidak mahu terus dibayangi watak antagonis itu. Ujarnya, biarpun ramai suka melihatnya dalam lakonan sebegitu, namun dia tetap cuba mahu memvariasikan lakonannya dengan pelbagai watak.

“Kita sedia maklum lakonan yang pelbagai mampu membuktikan kebolehan pelakon itu. Saya mahu dikenali sebagai pelakon yang versatil seperti idola saya dalam bidang ini. Sekurang-kurangnya, ia membuka lebih tawaran kepada saya lebih-lebih lagi jika saya berjaya membuktikan kemampuan sebagai pelakon di mata pengarah dan penerbit.

“Pun begitu, saya tidak pernah memilih, sebaliknya menerima tawaran yang diberikan. Cuma saya mahu berlakon pelbagai watak yang berbeza. Itu sahaja,” katanya.

Ingin melakonkan watak Islamik, Johan berkata, menerusi watak sedemikian ia dapat menguji tahap lakonannya.

“Saya rasa dalam industri ini agak sukar untuk mencari watak sebegini, jika ada pun ia tidak terlalu berat dan mencabar,” katanya yang kini muncul dengan drama bersiri Pelangi Kasih di samping Nabila Huda dan Beto Kusyairi, menerusi TV3.


Ingin jadi kaunselor

Walaupun telah bergelar pelakon, tetapi Johan tidak pernah melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang kaunselor. Bahkan pemegang Diploma Kaunseling Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) ini berkata, pendidikan yang ada dalam dirinya sedikit sebanyak membantu dia lebih bijak berhadapan dengan khalayak ramai.

"Saya akui terpaksa melupakan bidang pendidikan buat seketika kerana perlu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap bidang lakonan. Pun begitu, impian untuk menjadi kaunselor sentiasa tertanam di dalam hati. Insya-Allah, jika tiada aral melintang pasti ia akan dicapai," kata pelakon yang pernah mendapat pendidikan tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia ini.

Dalam pada itu, Johan juga turut bercita-cita menjadi penerbit selain mengukuhkan kedudukannya dalam bidang ini.

“Kini, saya sedang menguruskan sebuah produksi iaitu Kaleidoskop yang diuruskan bersama kakak. Untuk menjadi penerbit mungkin lebih mudah berbanding pengarah kerana banyak ilmu yang perlu saya gali jika mahu menjadi pengarah yang berkaliber,” katanya lagi.

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:30 AM | Show all posts
nanti hapdet tajuk naaa
MARINA SAHABUDIN
27 Januari 2012


Namanya cukup sinonim di ...
samshik Post at 1-2-2012 09:30



    dan lagiii
Oleh HARYATI KARIM






AKTOR muda Johan Ariff As'ari, 26, yang makin popular nampaknya tidak kering dengan gosip-gosip hangat. Setiap kali berlakon dalam drama, namanya pasti dikaitkan dengan heroin drama tersebut.
Selepas berpatah arang dengan aktres Izreen Aminda dan gosip kononnya bercinta dengan Fasha Sandha ketika berlakon dalam drama Cinta Elysa, terbaru Johan dikatakan intim dengan dengan aktres gandingan dalam drama yang sedang hangat ditayangkan kini, Pelangi Kasih iaitu Nabila Huda, 27.
Ketika Kosmo! bertemu dengan mereka pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini terlihat jelas kemesraan dan keakraban mereka. Johan yang kini tampil dengan imej Botak kerana penggambaran filem Juvana tenang menjawab segala persoalan skandal cintanya, begitu juga dengan Nabila.
Kosmo!: Benarkah Johan kini sedang bercinta dengan Nabila?
JOHAN: Bercinta itu tidak tetapi bersahabat itu ya. Kami memang rapat sejak berlakon sebagai pasangan suami isteri dalam drama Pelangi Kasih.
Apa yang membuatkan Johan suka bersama dengan Nabila?
Kebetulan kami lahir pada bulan yang sama dan bernaung di bawah bintang yang sama iaitu Sagittarius, saya lahir pada 3 Disember, manakala dia 2 Disember, jadi perangai kami agak sama terutamanya, kelam-kabut. Dia macam saya, dan saya macam dia, cuma beza saya lelaki dan dia perempuan. Bila perangai sama, semua benda jadi mudah dan serasi. Dia sangat peramah dan selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar pada saya. Setakat ini, dia antara kawan perempuan yang rapat dengan saya.
Setiap kali berlakon drama sudah menjadi tradisi Johan akan rapat dan mempunyai skandal dengan aktres yang digandingkan. Sengaja bikin skandal untuk gimik menaikkan rating drama atau memang benar bersahabat dengan Nabila?
Saya lebih selesa orang menilai saya kerana bakat lakonan bukannya gosip, tetapi perkara seperti ini di luar kawalan saya. Cinta dan berkawan tidak boleh dipaksa, apa yang mampu saya buat adalah berlaku jujur dan memang saya bersahabat dengan Nabila, itu bukan satu gimik. Saya rasa saya tidak salah untuk berkawan dengannya.
Jika ditakdirkan, bercinta dengan Nabila bagaimana?
Saya serah jodoh di tangan Allah, saya terima siapa sahaja yang ditentukan sebagai jodoh saya.

BAGI Johan, Nabila adalah merupakan versi perempuan dirinya.



SEMENTARA itu, Nabila yang duduk di sebelah Johan juga mengakui dia memang sedang berkawan rapat dengan Johan dan tidak menolak andai suatu hari nanti mereka ditakdirkan jatuh cinta.
Kosmo!: Johan kini kawan lelaki paling rapat Nabila?
NABILA: Ya, sepanjang berlakon belum pernah rapat dengan pelakon lelaki sepertinya, ini kali pertama saya jumpa orang seperti Johan dan saya bersyukur kerana dia menjadi kawan saya.
Bagaimana boleh rapat dengan Johan?
Kami berlakon sama dalam drama Pelangi Kasih, pada mulanya dia seorang yang pendiam dan sangat pemalu. Saya bimbang, jika kami tidak serasi di luar set penggambaran, nanti nampak kekok apabila berlakon. Jadi, saya yang mula menegurnya dan akhirnya kami rapat sehingga hari ini.
Kenapa suka berkawan dengan Johan?
Perangai kami sama, apabila kami berjumpa kami jadi diri sendiri, mungkin sebab itu kami senang berkawan. Dia kawan yang baik dan setakat hari ini tidak pernah ada kawan lelaki lain yang cukup rapat dengan saya selain Johan.
Johan di mata Nabila?
Dia seorang yang kelakar dan baik. Walaupun perangai kami sama tetapi ada banyak perkara yang terlalu bertentangan dengan saya seperti cara hidup kami yang berbeza. Saya sudah lama dalam bidang seni dan dia masih baru, ada perkara yang dia tahu dan saya tidak tahu, jadi kami banyak belajar antara satu sama lain.
Kalau kalian ditakdir bercinta dan ditemukan jodoh?
Apa yang saya tahu setakat hari ini hubungan kami tidak sampai tahap bercinta tetapi saya tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. Saya tidak boleh halang jika perasaan itu timbul. Jodoh di tangan Allah, saya terima jika itu yang berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 03:51 PM | Show all posts
ala..dia org bukan couple pon..nabila ni saje ambik kesempatan dgn johan..sbb johan nie ijau lagi..i ...
ratuiphone Post at 27-1-2012 09:38



    gambo nie dah ader?

Bukan main mesra lagi anak Amy Search, Nabila Huda dengan Johan As’ari ketika disergah oleh wartawan dari portal GUA, bertempat di salah satu panggung wayang untuk menonton filem 'Bujang Terlajak'. Mereka berdua ni membintangi drama bersiri ‘Pelangi Kasih’ di TV3, dan juga sering tampil di mana-mana majlis bersama-sama. Kalau bercinta, baguslah, kami juga tumpang gembira, jangan buat penafian jerk, kami juga rasa bosan. Hehe.
  



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 04:00 PM | Show all posts
ok je jah kalau diaorg kapel. tgk skrg sejak rapat dgn johan, pakaian nabila agak sopan sikit. boleh ler johan tunjuk ajar mana yg pak & mak si abil ni tak ajar. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 05:05 PM | Show all posts
nabila nie bgambar mesra dgn laki biasa je bagi aku..sbb dia mmg cam tu..perkara biasa je bagi dia peluk laki yg bukan boipren ke...tapi kalau johan nie dok ngendeng dgn pompuan..sesuatu nie..haihh.johan johannn....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 05:57 PM | Show all posts
nabila nie bgambar mesra dgn laki biasa je bagi aku..sbb dia mmg cam tu..perkara biasa je bagi dia p ...
ratuiphone Post at 9-2-2012 17:05



    die seronok kena poluk2 ngan si sendat dulu.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 08:06 PM | Show all posts
si johan ni stiap ngn actress dia brlakon
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 04:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 04:56 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 04:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070949 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list