CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

Gossip Artis era 60-an hingga 70-an

[Copy link]
Post time 20-5-2013 12:29 PM | Show all posts
voiletiris posted on 19-5-2013 09:23 PM
apek yg nak bunuh diri dlm ceta madu 3 tu pun serasi beganding dgn aini..






idup susah, mati pun susah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 12:55 PM | Show all posts
dr.R posted on 20-5-2013 11:02 AM
Ahmad Nisfu dan Odu Omar adalah pelakon kegemaran P Ramle, banyak filem-filem arahan P Ramle watak ...

eh, dialog "angkat jemuran" tu dlm filem pendekar bujang lapok lakonan pendekar mustar

udo omar wataknya haji bakhil dlm labu labi

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 12:57 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 18-5-2013 03:33 PM
jins samsuddin out... ahmad mahmud atau dr ismadi lagi hensem dari pak jins...

setuju...ahmad mahmud mmg hensem, sgt manis orgnya
lakonan plak, berkarisma
tp aku sakit hati tgk scene die hina bujang lapok dlm seniman bujang lapok
rase betul dialog yg die ckp tu

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 01:06 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 20-5-2013 12:57 PM
setuju...ahmad mahmud mmg hensem, sgt manis orgnya
lakonan plak, berkarisma
tp aku sakit hati t ...

a ahkan...cara dia bawak dialog tu mmg mcm ada makna dia bg...mungkin dia nk tunjuk..zaman dulu2...orng2 yg berpelajaran mmg tk suka geng2 seniman ni kot...loyar buruk mcm tu ada pelajaran..mcm skarang la gak senarionya... anak orng kaya diskriminate anak orng miskin cam aku ni...huuu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 01:14 PM | Show all posts
tepisket.. posted on 19-5-2013 11:50 PM
ni sparuh dr artikel y aku post kat page 2,
ni citer dr mak nani.. tak taulah btul ke idak..
tp  ...

kan...sesuatu sgt part tu

tp tak tau lah kan, waktu ajal datang, i don't think so akn nmpk cantik
tp pelik, tak mention plak suruh mengucap

anyway, banyak pengajaran kt situ

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 01:16 PM | Show all posts
reddots posted on 19-5-2013 03:13 PM
korang jgn tatau.. *eh mmg korang tatau pun kan* plakon dulu2 pun ada yg gayah.. ni aku terbaca ...

siapakah itew???

yg slalu nmpk buat gaya² gayah, pak ajis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2013 01:19 PM | Show all posts
MarryPottet posted on 20-5-2013 01:52 AM
nama sebenar apek tu ialah alias congo
masa kecik dulu mati mati aku ingat apek tu pure chinese
...

bang ali...watak die dlm ibu mertuaku

"bilik, katei, meja sektbod"

mmg pure loghat penang/utara

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 01:22 PM | Show all posts
hawaq posted on 20-5-2013 11:39 AM
yup M Zain...

urat dawai tulang besi

dialog tu s. samsudin ulang balik dlm nasib labu labi, scene timbang berat bdn sblm 'fight' antara p ramlee & m zain
cuma diterbalikkan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 01:42 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 20-5-2013 12:55 PM
eh, dialog "angkat jemuran" tu dlm filem pendekar bujang lapok lakonan pendekar mustar

udo omar ...

Iya tapi P Ramle dapat idea tu selepas mengarah filem sebelum-sebelum ni berlakon bersama Udo Omar, si Udo Omar ini ada masalah menghafal skrip dan selalu skripnya bercelaru. Nanti aku cari info ni, bukan setakat ayat tunggang langgang Udo Omar di jadikan inspirasi tapi banyak lagi.



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 01:44 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 20-5-2013 12:55 PM
eh, dialog "angkat jemuran" tu dlm filem pendekar bujang lapok lakonan pendekar mustar

udo omar ...

Ni ada artikel lama, tapi ni berkaitan Kassim Masdor.

Kassim Masdor 38 tahun menduda

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto RIDUAN RIZAL


KOMPOSER veteran yang berkecimpung dalam industri muzik Singapura selama setengah abad, Kassim Masdor mengakui bahawa dia selesa tinggal berseorangan di Kota Singa tanpa peneman atau isteri.

Tanpa disedari sudah 38 tahun dia menjalani kehidupan sebagai bapa tunggal.

“Sunyi memang sunyi sebab saya bercerai sejak tahun 1973. Ada juga yang suruh saya kahwin lain, tapi saya tak mahu. Macam-macam perkara yang kena difikirkan kalau beristeri lagi. Jadi lebih baik bersendirian sebegini. Lima orang anak dan cucu-cucu sentiasa menjenguk saya di rumah Toa Payoh, Singapura.

“Lagi pun saya sibuk dengan kegiatan harian seperti mencipta lagu dan menjadi tenaga pengajar di sebuah kolej swasta di Singapura. Jadi tak terfikir pun soal mahu berkahwin lagi,” katanya jujur.

Dalam pada itu, Kassim juga mengakui tidak dapat melupakan satu ‘peristiwa’ melibatkan perangai istimewa allahyarham P. Ramlee yang dianggap sebagai abang kandungnya itu.

Tatkala itu, Kassim sedang sibuk menyiapkan skor lagu untuk filem arahannya iaitu Pancha Delima, dia dapat mengesan sesuatu kurang elok bakal terjadi.

Melihat angin tidak baik P. Ramlee yang datang ke set lokasi penggambaran dengan muka ‘ketat’, membuatkan tenaga kerja pembuatan filem yang diterbitkan di Malaysia pada 7 Julai 1957, kecut perut.

Natijahnya, tiada siapa yang bercakap sehingga ada satu episod yang telah menguraikan wajah masam P. Ramlee ketika itu.

“Arwah Udo Omar atau lebih dikenali dengan Haji Bakhil menerusi filem Labu dan Labi telah mengembalikan wajah ceria P. Ramlee. Tanpa sengaja telah membaca dialog secara terbalik dalam filem itu.

“ Udo sepatutnya menyebut ‘wahai ular, janganlah makan aku’ bertukar menjadi ‘wahai aku, janganlah makan ular’. Mata P. Ramlee yang sepet ketika itu juga berubah menjadi besar. Lucu sangat dengan kesilapan Udo,” imbasnya tersenyum sambil termenung jauh.

Pemuzik yang mahir bermain gitar, piano dan zilofon ini juga tidak menyangka P. Ramlee kemudiannya menggunakan idea kesilapan Udo itu sebagai bahan jenaka dalam filem komedi arahan seterusnya, Pendekar Bujang Lapok.


Apabila ada salah satu episod melibatkan Pendekar Mustar, lakonan Mustarjo menyebut dialog “Ani angkat kain hujan, jemuran dah turun” yang sepatutnya “Ani angkat kain jemuran, hujan dah turun”.

Lelaki yang berusia 73 tahun ini mengakui bahawa rutin hariannya sentiasa diisi dengan mengimbas kenangan sewaktu menjadi penjaga konti untuk filem P. Ramlee.

Selain Kassim, penjaga konti paling rapat dengan seniman itu adalah S. Sudarmaji, Mustafa Yassin, Osman Ahmad dan Yusuf B. Masing-masing punya agihan tugas tersendiri dan kebolehan itu memudahkan kerja P. Ramlee.

“Dia selalu memaksa saya bekerja hingga lewat malam untuk menyiapkan kerjanya. Memang memenatkan tetapi satu pengalaman yang begitu berharga,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang lain, pencipta lebih 400 lagu malar segar termasuk Sapu Tangan Tanda Mata dendangan Saloma, Bahtera Merdeka (Ahmad Jais) dan Selamat Hari Raya (allahyarham Fazidah Joned) ini meminta agar generasi baru tidak mengubah irama asal lagu andai mahu menyanyikan semula lagunya.

“Saya seronok kalau orang muda menghargai lagu saya, tapi jangan sampai merosakkan terus melodi asal. Saya yang mendengar lagu itu cukup terasa seolah-olah tidak menghormati pencipta asalnya,” sesal Kassim di hujung perbualan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 2.htm#ixzz2ToCuGETg
© Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:18 PM | Show all posts
ahmad nisfu ni lakonan dia best...tp ujung-ujung idop dia kesian sangat....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 02:30 PM | Show all posts
kikuri posted on 20-5-2013 02:18 PM
ahmad nisfu ni lakonan dia best...tp ujung-ujung idop dia kesian sangat....

Apsal?

Ada apa-apa ke?

cer citer..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:50 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 20-5-2013 02:30 PM
Apsal?

Ada apa-apa ke?

baca kat forum ni jugak...katanya lepas studio jalan ampas tutup arwah ilang punca rezeki...idop atas ehsan orang lain..dah la sebatang kara..meninggal sorang2 kat (pillbox) kubu jepun




pillbox yg jadi tmpat tinggal arwah ahmad nispu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 02:59 PM | Show all posts
Yg masuk thread ni semua baya pakcik2 makcik2 aku ke..??
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:31 PM | Show all posts
kikuri posted on 20-5-2013 02:50 PM
baca kat forum ni jugak...katanya lepas studio jalan ampas tutup arwah ilang punca rezeki...idop a ...

Aku tak tahu betul ke tidak mengenai kisah menyayat hati di hari-hari akhir beliau tu, tapi mengikut pakcik aku orang Singapura sendiri bercerita yang Ahmad Nisfu ini selepas tutupnya Studio Jalan Ampas bekerja sebagai jaga di tapak Fun Fair. Bukan pekerja tetap di funfair sebab itu funfair bergerak, jadi jaga di pintu depan funfair tersebut. Boleh di katakan bukan beliau saja yang pengakhiran hidupnya trajis tapi ramai lagi orang seni yang tak dapat pekerjaan selepas Studio di tutup, Allahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:47 PM | Show all posts
kikuri posted on 20-5-2013 02:50 PM
baca kat forum ni jugak...katanya lepas studio jalan ampas tutup arwah ilang punca rezeki...idop a ...

ni ke bentuk pillbox tu?
kesiannya
tingat nasib kassim selamat dlm ibu mertuaku lps dpt telegram sabariah meninggal
sedih sgt

ye la klu die pindah kl pon, ade ke production house nk ambik dia sbb faktor usia
p ramlee sndiri pon pindah kl pon mcm terumbang ambing gak


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 03:49 PM | Show all posts
voiletiris posted on 18-5-2013 10:14 PM
yg paling cantek kat mata aku latifah omar.sarimah.zaitun lelaki lak.mustafa mahrof.kuswadinata(hand ...

MIL aku pn cakap saloma x cun sgt.....cuma suara jeh best......
yg tercun dulu MIL aku cakap sarimah&latifah omar.....

yang jejan plak yang ansem mustapa maarofmil aku ckp penah zaman dlu2 impian nak jadi penyanyi(sbb mil aku ni suka nyanyi)
last2 bapaknye dh uruskan jodohnye(PIL aku) utk berkahwin x tercapai la hajat nak jadi retis,katanyer
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:50 PM | Show all posts
Syd posted on 20-5-2013 12:29 PM
idup susah, mati pun susah...

apek ni gak ke yg nyanyi dgn sarimah dalam cite ali baba ...
yg nyanyi camni...''haiyaa cik siti..perempuan manyak cantik...''
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 03:52 PM | Show all posts
SulurBidar posted on 19-5-2013 06:02 PM
Berendut..

Brendut.. ko tak tau ke?

ala...korang ni...iolss memang tak thu sgt..
plez la..jgn pakai bahasa kiasan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 04:15 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 20-5-2013 03:47 PM
ni ke bentuk pillbox tu?
kesiannya
tingat nasib kassim selamat dlm ibu mertuaku lps dpt telegram ...

mcm nilah bentuknya....tp pillbox tu taktaw la pillbox tmpat tinggal arwah atau contoh je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071170 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list