Gossip from Rotikaya
Jehan Miskin Akur Isteri Belum Bersedia Untuk Timang Anak
Oleh RotiKaya Staff pada 27 June 2014, 1:06AM
Semenjak mendirikan rumahtangga tahun lalu, jarang rasanya kita mendengar cerita tentang Jehan Miskin dan isterinya yang berasal dari Korea Selatan, Julie Camelia Rhee. Juga pastinya ada antara anda yang bertanya bilakah pasangan ini akan menimang cahaya mata & bercakap kepada mStar Online semalam, Jehan Miskin memaklumkan yang isterinya masih belum bersedia untuk memiliki anak dan mahu berbulan madu sepuasnya dahulu. Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu & saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu. Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama, ujarnya. Jehan Miskin menambah yang beliau semakin bahagia sejak berkahwin sekitar May 2013 yang lalu dan kini lebih memahami budaya Korea melalui isterinya. Suka kami tengok pasangan yang low profile dan tanpa kontroversi begini. Heh. (rtky/m)
Read more http://www.rotikaya.com/jehan-mi ... -sedia-timang-anak/
Jehan dan Julie bersama Datuk dan Nenek
Jehan dan Julie bersama saudara mara di Seoul
Happy Anniversary celebration
Last edited by NHolmes on 27-6-2014 09:47 AM
|