CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

     Close [Copy link]
Post time 9-2-2012 11:36 AM | Show all posts
urmm.. thanks cik es... mcm urban legend kan pempuan peluk batu nesan..... ade cerita sy dengar, dia tumpang kete org kt tgh hiway... pastu dia suh stop, tp dia tinggal balutan tu.. tuan kete igt barang ke baby camtu la, tlg amek la..nak bagi semula kt ehem2 tu..... tp tgk2 batu nesan....  sy tertanye2.. tu sebenarnye ape yea? ank dia mati ke? or dia peluk batu nesan dia sendri... huhuhuhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 12:10 PM | Show all posts
wow..rupanya current thread yer ni..aku tahu pasal ada citer ni dr adik aku
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 01:54 PM | Show all posts
wow..rupanya current thread yer ni..aku tahu pasal ada citer ni dr adik aku
sepoibahasa Post at 9-2-2012 12:10



   hai awk...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 02:42 PM | Show all posts
tolong jgn borak kosong sesama sendiri yg takde kena mengena
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 04:27 PM | Show all posts
tolong jgn borak kosong sesama sendiri yg takde kena mengena
sepaileman Post at 9-2-2012 14:42


nak tanya buleh?klu tumpang cerita yg lbh kurg sama mcm pengalaman TT buleh dok?btw,perasan jgk momod x bg tacang kat setiap update mcm dulu.knapa kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 04:32 PM | Show all posts
Thanks semua, nak reply satu2 sy kurang terdaya, tapi terima kasih banyak2. Thread ni banyak lagi sambungannya jadi harap semua bersabar. Insya Allah sy kekalkan kualiti jalan cerita yang ada. Take care!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2012 04:36 PM | Show all posts
nak tanya buleh?klu tumpang cerita yg lbh kurg sama mcm pengalaman TT buleh dok?btw,perasan jgk  ...
goldenrose Post at 9-2-2012 16:27


hoi kak, 1st time aku tengok ko muncul naaaaaa,ingatkan SR mcm biasa la td duk kerut2 dahi baca tu...haha! kakak ipar sy ni okbai!


p/s : pasal tacang tu, banyak jugak yg inbox tanya pasal tu. mana sy tahu kenapa takde tacang. sy tak kisah pon. ada tacang ke,takde tacang ke,serious sy tak kisah. niat asal hanya mahu berkongsi pengalaman dan asah bakat menulis yg akan tumpul kalau dah lama tak praktis. itu saja
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 05:51 PM | Show all posts
nak tanya buleh?klu tumpang cerita yg lbh kurg sama mcm pengalaman TT buleh dok?btw,perasan jgk momod x bg tacang kat setiap update mcm dulu.knapa kah?
goldenrose Post at 9-2-2012 16:27



kaka rose..bercerita bole.borak2 tak bole..

cerita sikit2 dpt kedit..
kalau dah byk sgt cite,..tak dpt kedit  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 06:00 PM | Show all posts
Reply 1186# goldenrose


    boleh je kalau TT tak marah...dekat topik 1st dulu pun ramai yg nyumbang cerita...bab kacang ada je nnt mod akan beri jgn risau...kekadang mod pun terlepas pandang ye la bukan 24 jam mengadap forum ada tugas lebih penting di dahulukan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2012 10:30 PM | Show all posts
Reply  goldenrose


    boleh je kalau TT tak marah...dekat topik 1st dulu pun ramai yg nyumbang ...
sepaileman Post at 9-2-2012 18:00


pengalaman yang berkaitan,boleh je,tak kisah..jangan plak kisah hantu lain tetiba keluar plak,out of topic sangat nanti wahahaha. pasal credit2 tu,seriously i don't mind. sudah ada platform untuk asah bakat menulis mcm ni dah cukup berharga, dpt banyak kawan baru kat sini pun dah rasa best gila. ok, case close.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:46 AM | Show all posts
salam cik es,

selama nih jd SR je, baru tiga hari lepas sedar pasal kewujudan thread nih, jenuh merempit dr part 1..takes me two days to finish sampai part 2...fuh..all i can say is, crita cik es ni sagtlah best!..terbaik dr ladang...keep up the good work cik es..sy sedia menanti for the latest update..

p/s; kmk ada mintak add kitak kt fb..waiting for ure approval..;)
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 12:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by bumicompany at 10-2-2012 12:09

Reply 1084# cik_es

cik_es minat ngan karya2 RAM eks
bumi ader sorang kawan yg minat giler ngan karya RAM
kalo RAM ader kt pesta buku memane (area Lembah Klang) jer laa
kawan bumi slalu pegi, amek gambo ngan RAM
peh tu sesaje jer send kt bumi
nk bg bumi jeles laa tu
huhuhu..
bumi nie minat bace jer
slalu pinjam dr kawan
buku baru tu "fiksyen ....."  tu kan
kate RAM buku sambungan Laksmana Sunan akan keluar bln 4 nti
tgguuuu....

sorry mod....
melalut ke laut laks kt thread nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 02:28 PM | Show all posts

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

deng,bru dpt baca citer ktk..thumb ups d^^b wat ktk..bln dpn msk sitok gik.mok nungu cita ktk btimbun2 lok..:-P:-P


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2012 10:22 PM | Show all posts
22...

Bila dah duduk semeja macam ni dan cerita balik apa yang berlaku, baru perasaan takut tu betul-betul terasa, bulu roma meremang,terasa seram sejuk. Aku asyik melihat ke jalan yang lengang berhadapan dengan tempat kami makan, tanpa aku ketahui sebabnya. Sebelum jam menghampiri pukul 1.30 pagi, kami berangkat pulang dengan seribu satu persoalan,siapakah wanita itu dan kenapa kami agak tenang menghadapinya kali ini,tak siapa tahu.

Mengenang akan peristiwa di rumah kerajaan lama yang kami teroka beberapa jam sebelumnya tadi, aku masih rasa pelik kerana perasaan takut yang tidak ada sedikitpun walaupun hakikatnya kami semua nampak wanita mengendong nisan itu. Pernah aku dengar kisah di situ kononnya satu ketika dahulu adalah tempat keras kerana kes pembunuhan seorang ibu mengandung. Sejauh mana akan kebenaran kisah itu, aku sendiri tak pasti kerana tak siapa pernah mengesahkan,semuanya dengar dari mulut-mulut orang sahaja. Persoalan itu aku berniat nak tanya pada ayah aku kerana dia seorang pesara polis,tapi serta merta aku batalkan sahaja niat itu sebab takut kena marah pulak, aku jenis yang mudah terlepas cakap, nanti terlepas pulak tentang 'pengembaraan' kami ke rumah kerajaan lama tu.

Sebelum malam semakin lewat, kami mula beredar dari situ. Seperti sebelumnya tadi, Adib memandu kereta Syaz dan Danny memandu keretanya sendiri. Kami menemani Syaz hingga ke rumahnya terus walaupun dihalang oleh Syaz sendiri dengan alasan dia tak takut pun, dia okay. Kalau jumpa hantu, tak mengapa lagi, kalau perompak, penculik ke? Kan naya. Oleh sebab itu,kami hantar Syaz hingga dia selamat masuk ke rumah tanpa ada sebarang gangguan atau anasir-anasir jahat hehehe. Disebabkan rumah aku dan Syaz memang tak berapa nak jauh, jadi perjalanan nak ke rumah aku tu tak lah mengambil masa yang lama pun.

Selepas masuk ke bahagian simpang rumah, Danny memperlahankan keretanya di kawasan tadika milik kakak Akash,sekadar meninjau. Sewaktu kami singgah minum sebelum itu, aku ada cerita pada Danny dan Adib tentang pengalamanku bersama Swati dan aku sudah berterus terang pada Akash. Akash seakan tak dapat terima, sejauh mana Akash percaya pada cerita yang aku kongsi pada dia tentang Swati, aku tidak pasti namun aku yakin, jauh di sudut hati Akash, kalau tak banyak pun, mesti sedikit dia akan percayakan kata-kata aku. Harapan aku mudahan dia memberi ruang di hatinya untuk insan lain, seperti yang Swati katakan padaku, Akash berhak bahagia, walaupun bukan bersama Swati lagi. Bahagianya Swati kerana bahagianya Akash.

Sedang aku mengelamun mengenangkan Swati, aku tersentak apabila Danny menekan brek secara tiba-tiba. Perut yang masih kekenyangan membuatkan aku merasa pening dan mual kerana brek yang ditekan terlalu mengejut begitu. Nasib baiklah kereta tu memang dipandu agak perlahan kerana telah masuk ke simpang rumah tapi perasaan cuak tu tetap terasa jugak. "Oi, kau ni dah kenapa?" Adib yang juga terkejut dengan tindakan Danny tu mula bersuara. Danny langsung tak menjawab tetapi dia bergegas membuka pintu dan segera memeriksa kawasan depan kereta. Bukan itu sahaja, tapi dia turut menjenguk ke bahagian bawah kereta, Danny kelihatan agak terpinga-pinga. Fikiran aku ketika itu.. kosong. Apa dah jadi ni? Lagak gaya Danny seolah-olah dia dah langgar orang sampai mati, padahal tak ada apa pun kat depan tu, fikirku. Aku dengan Adib berpandangan sesama sendiri, agak takut untuk keluar dari kereta bila melihatkan Danny seperti tidak tentu arah. Adib membunyikan hon sikit untuk menarik perhatian Danny yang masih berdiri di luar kereta, Danny memandang ke arah Adib dan Adib memberi isyarat mengarahkan Danny masuk semula ke dalam kereta. Danny menurut sahaja.

"Kau kenapa ni Dan?" tanya Adib sebaik sahaja Danny melabuhkan diri ke dalam kereta.
"Nampak tak tadi,budak tu? Aku terlanggar dia tapi.." kata-kata itu tidak diteruskan.

Aku yang tak sedap hati,terus mengubah topik perbualan. "Danny,cepatlah. Nak balik rumah ni,dah lewat. Kang ngamuk pulak naga kat rumah tu" arahku. Danny tidak banyak bicara lagi, terus memandu menuju ke rumah yang jaraknya tidak berapa jauh lagi. Setibanya sahaja aku di rumah, aku mengucapkan terima kasih pada mereka kerana menghantar aku pulang. Aku mengarahkan mereka pergi, tapi Danny memberi isyarat bahawa dia akan pergi hanya selepas aku masuk ke dalam rumah. Ok lah, ok lah. Segera ku buka pagar dengan hati penuh debaran sebab waktu tu sudah agak lewat, aku risau kalau abang aku marah. Abang aku tu memang pendiam orangnya tapi kalau dah marah, boleh tahan jugak, dengar dia membebel pun boleh tembus telinga ni rasanya. Pagar kembali dikunci dan sekali lagi aku melambai ke arah mereka, Danny membalas lambaian itu, Adib pula sibuk dengan handphone nya tanpa menoleh ke arah aku. Aku cuma tersenyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2012 10:23 PM | Show all posts
Kunci pintu rumah segera dikeluarkan dari beg tangan, setelah kunci dibuka, aku dengan yakin sekali memulas tombol pintu tetapi..... arghhh,pintu dikunci dari dalam pulak! Hati aku sudah mula menyumpah seranah. Ini mesti kes abang aku terlupa, sebab memang sudah menjadi kebiasaan dia mengunci dan menyelak pintu dari dalam kerana memang dia yang akan pulang lewat daripada aku. Aku menoleh kembali ke arah Danny, menyuruh dia pergi dari situ. Tapi dia menggeleng, enggan pergi selagi aku tak masuk. Aku sudah menggelabah,macamana ni. Aku segera menyeluk ke dalam beg tangan untuk mencari handphone. Aku cuba menghubungi handphone abang aku untuk suruh dia buka pintu, walaupun hakikatnya aku tahu, abang aku tu kalau dah tidur, bom meletup pun dia takkan sedar kot. Setelah lebih dari 3 kali mencuba,aku mengeluh dan berputus asa. Aku pergi ke bahagian belakang rumah pulak, mana tahu mungkin pintu dapur tak dikunci ke,namun hampa. Sama jugak dikunci dari dalam.

Tiada pilihan, aku menghubungi Syaz pulak untuk minta izin tidur di rumah dia malam ni. Selepas 2 kali aku menghubungi Syaz tapi tiada response,sudah lelap kah? Masih enggan putus asa, aku cuba menghubungi nombor telefon rumahnya pulak,juga tak bersahut. Ok,kalau ni boleh sumpah seranah betul-betul. Arghhh! Kenapa la abang aku rajin sangat nak kunci pintu, atau pun mungkin abang aku ada di ruang tamu tunggu aku balik tapi akhirnya tertidur? Aku cuba menjenguk ke dalam melalui tingkap,tapi kelibat abangku tiada di situ. Hampa lagi.

"Kenapa ni?" Danny tiba-tiba sudah berada di belakang aku,terkejut aku.
" Pintu rumah berkunci la,abang sy tahu sy balik lewat,tapi dia kunci jugak. Lupa agaknya"
"Awk tak bawa kunci sekali kenapa?"
"Sy bawak la.."
"Jadi..apa masalahnya sekarang?"
"Masalahnya sekarang ... pintu tu diselak dari dalam. Nak tak nak kena lah abang sy bukakan dari dalam"
"Cuba call dia,dapat tak?"
"Dah cuba tapi dia tak jawab. Dia tu kalau dah tidur,payah nak sedar kecuali kalau jam loceng dia bunyi"
"Erm... jom sy hantar awk balik rumah Syaz,dia okay kan kalau awk stay rumah dia untuk malam ni?"
"Dah call Syaz..tapi tak dijawab jugak. Awk cuba lah call dia, kot-kot dia nak jawab" cadangku.

Danny mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket dan cuba menghubungi Syaz. Ternyata sama sahaja,tiada jawapan.

"Apa kata kita MMS je?" kata Danny. Eh,apa punya cadangan lah,tak boleh pakai langsung. Kalau dah call pun mereka tak sedar,MMS apatah lagi.
"Haha.. tak payah mengarut la" aku tergelak.
"Takpe, sy cuba..mana tahu ada response dari pihak sana tu" kata Danny sambil tersenyum. Oh ok,rasa nak kalah dah.
"Aaa.. MMS lah" aku malas lagi nak berbalah tengah-tengah malam buta macam ni.

Danny terus berpaling ke arah lain. Eleh,kereknya. Macam lah aku nak tengok sangat apa dia tulis. "Dah ke belum?" tanyaku selepas beberapa minit. "Dah..tapi tak tau la dia dah terima ke belum. Line macam slow pulak malam ni" kata Danny tanpa menoleh ke arah aku,seolah sembunyikan sesuatu. Aku agak musykil dengan dia malam ni. Macam ada yang tak kena je. Cahaya lampu dari handphone ku sendiri menarik perhatian, MMS masuk? Ia nya masih lagi loading dan aku memegang handphone itu dengan mata yang merenung ke arah Danny. "Awk send MMS kat sy eh?" teka ku. "Entah!" katanya,mengangkat bahu. MMS itu sudah loading sepenuhnya. Ya,ternyata ia dari Danny. Gambar dirinya sendiri yang memegang sekeping kertas bertulis "Sha,syg awk" diikuti dengan gambar berbentuk love berwarna merah di penghujung penjuru kanan kertas itu. Aku agak tergamam. Apa kena mamat ni? Tak habis-habis lagi ke? Tiada kata-kata dari aku sendiri,aku cuma terdiam. Sungguh, aku tak tahu nak kata apa. Bukan aku tidak suka, cuma... aku tidak mahu lagi terlalu mudah percaya pada kata-kata insan bernama lelaki. Katakan sahaja aku prejudis, memang.

Danny mendekati aku,kali ini dengan wajah yang agak serius dari biasa. Aku bimbang kiranya dia mula mendesak lagi. Suasana sepi seketika.

"Sha..." Danny memanggil.
"Thanks.." kataku, walaupun tanpa dipinta.
"Untuk pe?"
"Untuk... MMS tu"
"You're welcome"
"Erm..." aku kehilangan kata.
"Jadi... macamana sekarang?" tanya Danny.
"Listen.. sy bukan benci sangat kat awak pun. Tapi,awak tak rasa awk terburu-buru ke? Awk tak kenal sangat pun dgn sy lagi"
"Hey...i'm not talking about that"
"Habis tu??" aku agak wajahku tika itu sudah mula merah padam.
"Sy tanya macamana sekarang.. nak pecah pintu rumah awak ke macamana ni? Habis tu awk nak stay kat mana malam ni?" tanya Danny,masih lagi dengan wajah serius.

"Err.. oh.. pasal tu eh? Aaa..." aku jadi malu sendiri. Macam over pulak tadi. Melihatkan keadaan ku yang agak terkial-kial, Danny ketawa. Aku mula bengang,dia memang sengaja nak kenakan aku agaknya. Aku buntu memikirkan. Nak balik rumah ayah pun ada cuma aku risau kalau dimarahi, angin ayah aku lagi,adakalanya tak dapat nak diduga,baran jugak kadang-kadang. Danny mencadangkan agar aku bermalam sahaja di rumahnya,lagipun hari sudah lewat. Dia berjanji esok awal pagi dia akan hantar aku balik sebab 10 pagi aku kena pergi kerja pulak. Hati aku agak risau, namun aku tiada pilihan lain, aku meletakkan kepercayaan itu pada dia, aku buang semua rasa ragu-ragu itu walaupun hati terbit juga rasa cuak. Hari tu ok lah lagi sebab ayah aku ada bersama, kali ini lain. Kalau tak kerana Adib yang ada bersama, maka aku setuju, sekurang-kurangnya kami tidak berdua, walaupun masih lagi aku rasa tindakan aku salah untuk bermalam di rumah mereka tanpa kebenaran ayah.

Dengan keadaan sehelai sepinggang,aku masuk semula ke dalam kereta Danny. Adib kelihatan sudah terlena di tempat duduk hadapan. Nyenyak. Patutlah dari tadi tak kedengaran suara dia memanggil atau merungut menunggu, sudah belayar ke alam mimpi rupanya. Aku tersenyum kecil. Menurut Danny, abangnya si Adib tu memang jenis orang yang tidur awal sebenarnya. Pukul 12.30 malam memang waktu tidur dia,tak siapa boleh ganggu ataupun dia akan badmood pada keesokan harinya. Aku melihat ke arah jam pada dashboard kereta, sudah menghampiri pukul 2.30 pagi, dua jam lewat dari waktu tidur Adib yang sebenar, agak-agak dia badmood tak esok? Aku mengagak-agak sendiri. Danny senyap sahaja di awal perjalanan. Aku baru sedar akan kehadiran sebuah gitar di tempat duduk belakang, bersebelahan aku. Eh,tadi macam tak perasan pulak ada gitar kat situ.

"Ni gitar awak?" tanyaku.
"A'ah. Awk nak main?" Err..perli ke apa?
"Tak lah... sy tak reti main gitar"
"Boleh belajar.. kalau nak.. kalau minat..kalau consistent.." kata Danny. Banyak sangat kalau tu yang payah tu.
"Sy minat tengok orang main gitar,tp sy belum cuba lagi,walaupun dua orang abang sy pandai main gitar"
"Habis tu awak main instrument apa je?" tanya Danny.
"Sy main drum" jawapan aku membuat Danny tersentak.
"For real?" tanyanya kembali.
"Ya,kenapa?Dont expect a girl tak boleh jadi drummer,come on!"
"Main betul-betul ke atau main hentam je?" kata Danny menahan gelak.
"Malas lah nak cakap, bukan awk percaya pun"
"Alaa...merajuk la konon. Sy percaya la,abang awk cerita dah"
"Oh ye ke?Cerita apa je?"
"Cerita psl awak cantik.."
"Ye lah tu.."

Danny tergelak sahaja. Ya,sememangnya aku pernah belajar main drum sejak aku sekolah rendah. Sebab salah seorang abang aku memang minat sangat main drum dan dia turunkan ilmu main drum dia pada aku. Walaupun pada asalnya aku hanya main-main je hinggalah ke tahap aku buat persembahan di majlis makan malam korporat,kenduri kahwin,anniversary party dan sebagainya. Bila dah biasa dengan drum, aku diberi peluang untuk jadi vocalist pulak walaupun suara tak seberapa di halwa telinga aku nih. Hahaha. Kata Danny,selalunya kalau dah pandai main drum,memang senang je belajar gitar. Aku pun tak tau apa kena mengena entah, redah je lah. Eh,apesal macam lari topik ni? K dah,balik pada jalan cerita asal

"Nanti masuk kerja pukul 10 pagi kan?" tanya Danny.
"A'ah,nasib baik pukul 10 pagi,kalau sy morning shift yang masuk pukul 6.30 pagi tu confirm tak larat dah kot"
"Nanti sampai rumah terus tidur lah ok"
"Memang lah kot,penat dah ni.Tapi belum ngantok lagi"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2012 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by cik_es at 11-2-2012 22:28

Perbualan terhenti hingga setakat itu sahaja hinggalah tiba ke perkarangan rumah Danny. Aku bantu bukakan pagar. Melihat Adib yang sangat nyenyak tu, macam tak sampai hati pulak nak bangunkan dia dari tidur.

"Weh...awak la bangunkan dia,apasal sy pulak kena bangunkan?" kataku,padahal dah cuak nak bangunkan si panas baran tu.
"Ye lah...suara perempuan bangunkan,cepat lagi la bangun kot" Danny terkekeh-kekeh. "Oi,tak lawak lah.Tak nak ah kejut dia" aku terus berlalu dari situ dan menunggu di muka pintu masuk. Ketika itu,aku terdengar satu suara asing. "Kakak..dah balik?" aku memerhati sekeliling,mencari siapa gerangan empunya suara,tapi..tiada siapa di situ. Suasana seram kembali terasa. Aku mesti kuat,aku tak boleh fikir banyak pasal tu, kuat Sha kuat... aku mengingatkan diri sendiri. Suara yang hanya sekali kedengaran tu,tiada lagi. Lega. Tanpa menyedari bahawa lega itu,hanya seketika.

Malam itu,kami bertiga tidur di ruang tamu,tapi mata aku seolah enggan lelap,sedangkan badan sudah kepenatan,tapi mata masih lagi segar. Aku belek semula handphone, buang rasa bosan. MMS gambar Danny memegang sehelai kertas bertulis namaku, di buka semula. Di save di dalam folder yang lain, beberapa kali aku view semula gambar itu. Rasa agak tersentuh, belum pernah aku jumpa lagi lelaki yang penuh rasa cinta macam dia, tapi, akalku masih lagi mengingatkan diri sendiri, lelaki ni kalau belum dapat,macam tu lah.. kalau dah dapat? Sekali lagi,prejudice. Ah,untuk kebaikan diri sendiri,takkan nak 'jual murah' pada lelaki, kita jual mahal sikit walaupun Danny agak kacak orangnya,eh? Leka menatap gambar itu, tanpa ku sedari rupanya Danny juga belum melelapkan mata malah memerhatikan sahaja kerenah aku. Terkejut bukan kepalang aku bila handphone aku berbunyi tanda sms masuk, urut dada, nasib baik takde sakit jantung.

"Tidurlah.. apa yg ditatap sgt gmbr tu" sms Danny. Kantoi eh? Malunya wahahaha!! Tapi jangan tunjuk!! Kita maintain selamba ok, walaupunnn... Perlahan aku menoleh ke belakang kerana aku baring membelakangkan dia. Dia ternyata tenang saja duduk di situ,berpura-pura membelek handphone sendiri. Walaupun jarak kami hanya dipisahkan dengan sebuah meja ruang tamu sahaja, kami mula berbalas sms.

"Nape x tdo lg" sms ku pd Danny.
"Tgu awk lelap"
" Perlu ke?"
" Perlu "
"Knapa plak perlu?"
"Sbb kte syg awk "
"Serious?"
"X serious..muahaha"
"Mengada la tu :p"
"Sha.. in mood x klau sy ajar 1 lagu?"
"Lagu apa?"
"Sheila on 7"
"Tajuk?"
"Dan"
"Eleh,mentang2 org panggil awk Dan"
"Nak x?Jom,tgk sini"


Selepas menerima sms itu,aku menoleh ke arah Danny. Dia memberi isyarat untuk mengikutnya keluar. Aku menurut sahaja. Mula terasa bodoh pulak bila baca balik sms itu semua, dah la pendek je,padahal jarak tak sampai 3 kaki pun, masih nak ber sms jugak. Danny membawa sekali laptop dan gitar,aku pula sempat ke dapur mengambil segelas air. Orang bujang ni bukan nak hidangkan aku air pulak,haus tau. Terpaksa ambik sendiri,aku merungut sendiri. Tak sedar di untung,dah bagus-bagus orang bagi tumpang.

Sebelum aku meninggalkan dapur dengan segelas air di tangan,kedengaran satu suara menyapa.

"Kak...dah nak balik?"

Aku tersentak. Suara itu kedengaran begitu dekat sekali,namun untuk menoleh ke belakang,aku tak punya keberanian. Seolah-olah ada seorang kanak-kanak kecil sedang berdiri di belakang ku, aku dapat rasakan itu. Aku berhenti,selangkah pun aku tidak mampu berjalan lagi. Langkah seolah terhenti. "Kak...dah nak balik?" suara itu semakin jelas. Suara kanak-kanak. Setahu aku, hanya Danny dan Adib yang tinggal di rumah itu, tak ada kanak-kanak. Kalau ada,sudah pasti Danny maklumkan terlebih awal. Kalau aku tak dimaklumkan pun,mustahil Danny memilih untuk meninggalkan kanak-kanak di rumah sedangkan dia sendiri balik lewat.

"Kak...cakap pada papa,maafkan Nani"
"Kenapa dia tak suka Nani kak..?"
"Kenapa dia buang Nani kak.."
"Kenapa Nani tak boleh jadi macam orang lain kak?"
"Kenapa kak..?"
"Kak...dah nak balik?"

Kata-kata budak itu seolah bergema,peluh sejuk sudah mula mengalir. Apa erti semua ni? Aku dihambat rasa takut yang bukan kepalang tapi aku masih lagi memilih untuk menoleh ke belakang. Aku kuatkan hati. Sepantas kilat,aku memusingkan badanku belakang. Serentak dengan itu, Danny memetik suis lampu dan suasana kembali menjadi terang benderang. Tiada apa di situ. Tiada siapa melainkan aku dan Danny. Tiada kanak-kanak itu. Tiada. Kami berpandangan sesama sendiri.

"Ok ke?Cari pe?Lapar eh?Kalau nak,kita boleh masakkan nasi goreng" tanya Danny. Aku menggeleng. Bukan tadi dah makan mi ke,motif lapar lagi? Aku terus mengajaknya keluar dan aku cuma menganggap semua itu mungkin akibat aku penat,mungkin gangguan perasaan sahaja. Aku dan Danny duduk di halaman luar, bersama sebuah laptop dan sebuah gitar. Aku kira gitar itu mungkin agak baru, macam berkilat je aku tengok body gitar tu. Baru dipetik dari ladang kot,hihi.

Dengan bantuan broadband,Danny cuba mencari lirik lagu bertajuk Dan di Youtube, dendangan asal kumpulan Sheila On 7.



Button 'play' mula ditekan dan aku terus "Ohhhhhh... lagu ni. Sy tahu! Tapi,sy tak tahu pulak tajuk dia Dan" kami mula mendengar lagu itu sama-sama dan Danny pula mula memainkan lagu itu dengan cara akustik. Ternyata, nampak senang je. Bila selesai, aku meminta Danny untuk mengulang semula,dia menurut sahaja. Aku agak kagum dengan suaranya menyanyi, suara yang agak husky.

"Nak try? Sy ajar sikit main gitar lagu ni nak?" kata Danny.
"Ishh...tak reti lah" aku cuba menolak.
"Awk kan dah pandai main drum, senang awak nak main gitar,trust me. I can show u step by step" Danny menyerahkan gitar itu pada aku. Atas rasa keinginan untuk mencuba, aku ambil. "Awak kidal kan?" tanya Danny. Aku mengangguk. "Sama la,sy pun kidal so gitar ni memang sesuai la untuk awak" kata Danny.

Lebih kurang satu jam lebih, kami asyik bermain gitar dan tengok video-video lagu akustik yang terdapat di youtube. Setelah beberapa lama di luar, aku menguap tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Danny yang menyedari, terus mengajak aku masuk balik dalam rumah untuk masuk tidur je. Mata ku mulai berat, dah mula rasa mengantuk yang tak dapat dibendung lagi.

Sebaik sahaja aku ingin melelapkan mata, kedengaran lagi ayat yang serupa.

"Kak...cakap pada papa,maafkan Nani"
"Kenapa dia tak suka Nani kak..?"
"Kenapa dia buang Nani kak.."
"Kenapa Nani tak boleh jadi macam orang lain kak?"
"Kenapa kak..?"
"Kak...dah nak balik?"

Suara itu jelas kedengaran,kerana Danny pun turut memandang ke arah aku,tanda dia mendengar.

Tetapi suara itu ternyata bukan suara orang lain..tetapi suara Adib..

Adakah..?

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 10:49 PM | Show all posts
Wahhhhh thanx sha tepat seperti yang dijanjikan sha update citer mlm nih..maka bleh la tido ngan lena malam ni hehehen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2012 10:55 PM | Show all posts
Wahhhhh thanx sha tepat seperti yang dijanjikan sha update citer mlm nih..maka bleh la tido ngan len ...
afira Post at 11-2-2012 22:49


sapa2 yang ada dalam friend list sha kat facebook,mmg selalu dpt reminder mcm tu,ok kan? ekekeke.. selamat malam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 10:58 PM | Show all posts
Hah?apekah yg berlaku?suspennyer kak sha...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 11:55 PM | Show all posts
serammmmmm baca malam2 gini sha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.580284 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list