CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aishah_Humaira

[Penulis] Norhayati Berahim (merged with pu3alia)

[Copy link]
Post time 11-5-2011 08:38 AM | Show all posts
Aku dah baca kesemua novel Norhayati Berahim sehingga terbitan 2010.

3 novel terbaru aje yang belum dibaca.
Aku dah beli novel Sejam RM2.50 tapi tak sempat baca lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 09:54 AM | Show all posts
Reply 1329# kaypo


   

kay, jgn ko kena lahar nnt udah ler ye...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 11:10 AM | Show all posts
Reply  kaypo


      

kay, jgn ko kena lahar nnt udah ler ye...
aprilsnow Post at 11-5-2011 09:54


kuc...lama tak kena ....tu yg rindu tu......tak per korang ada tuk back up kan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 10:16 PM | Show all posts
ada sesiapa yg dah baca karya terbaru NB...
tajuknya : sejam rm2.50...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 08:00 AM | Show all posts
PETIKAN DARI KERANA MATA 6









6


Badan Jaliha terasa sakit-sakit. Dia tahu emak kalau tidak kena gayanya, akan naik angin tiba-tiba dan boleh memukul. Bukan sekali dua Jaliha kena. Acap kali. Kadangkala Jaliha tertanya-tanya, kenapa emak benci sangat terhadap dirinya? Tetapi dia tidak boleh melakukan apa-apa. Dia mahu bertanya, tetapi pertanyaan itu selalunya tersekat di kerongkong sahaja.
“Abang tak boleh pukul emak macam tu!”
Malam itu mereka berkumpul di dalam bilik tidur beramai-ramai. Bilik yang menempatkan nenek, Jaliha dan juga Juriah. Kali ini Johari pun turut serta.
“Sakit hati, nek. Emak selalu pukul Jaliha. Johari pun ada sekali, kenapa dia tak pukul Johari?”
Nenek menelan liur. Anak ini walau baru berusia 12 tahun, tetapi hatinya amat luhur. Kasihnya terhadap si adik begitu kukuh sekali.
“Emak dah larang Jaliha main basikal, tapi Jaliha degil.”
Sedikit takut-takut Jaliha bersuara. Dia benar-benar terperanjat dengan kelakuan Johari. Bahkan dia sendiri tidak bersetuju dengan tindakan abangnya.
“Jaliha, kau kena belajar mempertahankan diri kau daripada emak.”
“Itu emak kita, bang.”
Jaliha menyapu air mata. Nenek sudah meletakkan minyak di pipi Jaliha yang ditampar oleh emak. Sepanjang malam nenek bising kerana emak memperlakukan Jaliha begitu, menyebabkan emak berkurung sahaja di dalam bilik. Tidak makan.
Nenek mahu sahaja ketawa. Ramona sudah jadi seperti budak-budak pula. Seharusnya Jaliha yang berkurung, bukannya Ramona.
“Memang! Tapi abang tak menyesal pukul emak. Emak tak boleh pukul kau sesuka hati, tau!”
Jerkah Johari geram. Entah mengapa emak naik angin sahaja kalau berjumpa Jaliha. Emak buat Jaliha macam Jaliha bukan anak emak. Johari benar-benar tidak faham. Kadangkala dia terfikir, apakah Jaliha anak angkat? Tetapi kalau anak angkat, kenapa binnya sama dengan binti Jaliha?
“Berdosa buat emak macam tu, bang. Kau kena mintak maaf dengan dia.”
Juriah meningkah. Sakit hati Johari mendengarnya. Kadangkala bagi Johari, emak tidak adil. Kalau dengan Juriah, emak jentik pun tidak pernah. Tetapi dengan Jaliha… emak selalu marah-marah dan berani memukul.
“Memang apa yang Johari buat tu salah. Betul kata Juriah, Johari kena mintak maaf dengan mak.”
“Dengar tu kata nenek, bang.”
Panjang muncung Johari mendengar cadangan nenek dan Juriah. Bagi Johari, tindakannya terhadap emak adalah demi mempertahankan adiknya.
“Emak pukul Jaliha tanpa sebab.”
“Itu jugak betul.”
Kadangkala nenek sudah tidak berdaya melakukan apa-apa lagi. Persepsi salah Ramona benar-benar membuat Jaliha terkena tempiasnya.
“Tengok Juriah, nenek cakap apa yang emak buat tu salah jugak.”
Juriah bungkam. Senyap. Tidak menjawab. Walau di hati mengatakan tindakan emak itu tidak betul, tetapi separuh hatinya pula mengatakan yang Johari tidak patut membuat emak begitu.
“Kalau kau kena sepak dengan mak, baru kau tahu betapa sakitnya. Kadangkala benci sungguh aku dengan mak tu.”
“Abang! Mana boleh cakap macam tu!”
Mata Jaliha terbeliak. Tidak sangka yang si abang sanggup bercakap sampai begitu sekali. Nenek hanya menelan ludah. Johari walaupun lelaki, tetapi agak sensitif. Dia yang menjaga Johari dan dia tahu perangai cucunya itu. Johari dari dahulu seperti tidak sebulu dengan emak sendiri, walau Ramona tampaknya lebih fokus pada anak itu.
“Syurga di bawah tapak kaki ibu?”
Johari mengejek. Jaliha sudah duduk di sebelah abangnya. Memegang tangan Johari.
“Abang, Jaliha mintak maaf.”
“Asal kau nak mintak maaf pulak?”
“Sebab Jaliha, abang marahkan mak. Nanti Jaliha tak mahu naik basikal lagi.”
Jaliha tunduk. Dia serba salah sebenarnya. Tidak suka kerana dia, Johari berdendam dengan emak. Mengeluarkan kata-kata tersebut terhadap emak.
“Hmm… nanti Hari Raya abang mintaklah maaf dengan mak.”
Usik Johari menyebabkan wajah Jaliha menjadi ceria semula.
“Abang ni teruk. Ada ke nanti Hari Raya aje nak mintak maaf dengan mak?”
“Ai? Semua orang buat macam tu, lah! Hari Raya baru mintak maaf.”
Johari seakan mengejek. Anak itu masih lagi menyimpan rasa tidak puas hati. Nenek dapat merasakan.
“Memang semua orang mintak maaf pada Hari Raya. Tapi mintak maaf sebenarnya patut dilakukan selepas kita membuat kesalahan dan telah menyinggung perasaan orang lain.”
Nenek menerangkan. Johari tersengih.
“Tapi mak jugak telah melakukan kesalahan pada Jaliha. Tak ada pun mak mintak maaf. Kalau tanya orang kat dunia ni pun, rasanya Jaliha betul. Tak ada orang kena pukul sebab main basikal kecuali Jaliha, nek.”
Nenek hilang kata-kata. Walau baru berusia 12 tahun, tetapi pemikiran Johari menjangkau orang yang berusia dua puluh tahun.
“Emak ada alasannya sendiri.”
Lemah sahaja suara nenek, tetapi di masa yang sama dia terharu. Selama ini dia risau, kalaulah dia mati awal, bagaimana keadaan Jaliha yang didendami oleh si emak sendiri? Kini baru dia sedar, Johari boleh diharapkan untuk menjaga adiknya.
“Apa pun alasannya, emak tak boleh pukul Jaliha kerana Jaliha naik basikal. Kalau emak nak pukul Jaliha, emak tak payah beli basikal ni untuk Johari dan Johari juga tak boleh naik basikallah, nek.”
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2011 07:02 PM | Show all posts
akhirnya dapat juga beli novel NB sentuhan kasih....
skrg ni nak carik novel NB yg dengan creative...iaitu
noktah
emosi
lewat musim itu
inferior
seindah derita
dendam yg terlerai

**kalau ada sesiapa yg dah baca sila kasi komen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2011 02:05 PM | Show all posts
akhirnya dapat juga beli novel NB sentuhan kasih....
skrg ni nak carik novel NB yg dengan creative. ...
mijot Post at 3-7-2011 19:02



Reply 1350# mijot

Aku suke dendam terlerai ni...seperti biasa NB bercerita kisah wanita yg cekal dalam mengharungi kehidupan.

Ni aku amik dari blog adinda komrade Rinn....
"Bisakah kukutip kasih sayang yang terbuang?"
Ceritanya padat dan terasa rugi kalau ada muka surat yang terlangkau.

Kisah Hani Asyikin-Danish-Nik amir, Pn Zakiah-Datuk Nik Hamidi-Tengku Maria. Dua set tiga serangkai ni mempunyai konflik masing2 yang berpunca dari salah faham.

Hani yang tersiksa waktu kecilnya melarikan diri demi mengejar cita-citanya. Insan asing menjadi ibu sejati buatnya. Puan Zakiah menumpahkan kasih ibu seikhlas mungkin buat Hani dan gadis itu akhirnya berjaya bergelar peguam.

Kisah cinta sedihnya dengan Nik Amir berkubur kerana hinaan dan cercaan Tengku Mariam yang tidak mahu anaknya yang tidak tentu keturunan. Anak angkat pulak tu. Nik Amir kecewa, walaupun menerima pilihan hati ibunya, dia menderita hingga menghidap penyakit kronik.

Takdir menemukan semula Hani dengan ayahnya yg sudah terlantar koma. Di situ dia berkenalan dgn Dr. Danish. Danish jatuh hati pada Hani yg setia melawat ayahnya yg pernah menderanya suatu masa dahulu. Walaupun begitu, dia nekad membawa balik ayahnya dan akan menjaganya hingga hembusan nafas terakhir. Di alam perantara ayah Hani menyesali perbuatannya dulu. Hani ni memang baik hati lah dan mudah memaafkan. Bukan saja ayah nya dimaafkan, mak tiri yang pernah membantah dia menyambung pelajaran pun dia bawak duduk sekali dengan dia.

Hani makin tertawan dgn Danish tetapi dia jatuh kasihan pada Nik Amir yg muncul semula. Dengan niat utk menjaga kesihatan Nik Amir, Hani menerima Nik Amir sbg suami dan Danish kecewa frust menonggeng. Namun jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Tak sangka pulak .xxxx tu anak kandung Pn. Zakiah seronok lah dia bila anak angkat kesayangan jadi menantu.

sure fine whatever
rinn
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 03:05 PM | Show all posts
Reply 1350# mijot

mijot..
bg aku..
novel NB sblm zaman NBKara..semuanyer menarik...
ader jln cerita tersendiri...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2011 03:22 PM | Show all posts
novel NB ni ana prefer dari CESB dan alaf 21.kalu dengan NBkara rasa sama je jalan cite.tebal pun tebal
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2011 08:32 PM | Show all posts
lepas dapat beli novel NB sentuhan kasih, tu yg rasa nak carik balik novel2 NB dgn CESB...tu yg tanya korang..thanks...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2011 09:35 AM | Show all posts
Reply 1353# chit_ana

ana...
mungkin zaman ni.. ader editor segala..
tu pasal buku nyer jd kurang tebal tp padat & menarik
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2011 08:16 AM | Show all posts
Novel Aku Bukan Billy Milligan, baru jerk habis khatam....mmg best..tk rugi beli...boleh tersengeh2  ...
dzaraa Post at 7-7-2010 10:52


haaaaaaaaaaa..ku pon br bc buku nieeeeeeee.....mmg seriyes best n asik nk tsenyum sowang2 mbayangkan watak2 dlm ini cerita tau....so selamberrr jerrr watak si laura tuuu kan....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 10:18 AM | Show all posts
salam,

nk mintak pandangan uolls..ni antara novel nb yg reen x penah ada lg
so buku yg mana reen patut beli lau ikut ranking uolls...thanks yer

Dendam yang terlerai
chinta
kemballikan cintaku
hati yang luka
Cinta pertama
Hati yang tercalar
Biarkan Aku Menangis
harum chempaka
setiap jumaat
sakitnyer sayang
Murni kasih
seindah derita
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 09:28 PM | Show all posts
Reply 1357# reenz013


reen, ni yg ai dah baca dan ada di rak disimpan sebagai koleksi:

hati yang luka (sgt direkeman beli dan baca tapi kena sedia tisu byk2)
cinta pertama
chinta
setiap jumaat

harap dapat membantu uolls dalam membuat keputusan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 09:39 AM | Show all posts
Reply 1358# mijot

yeker...ok..thanks mijot..sgt membantu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 03:42 PM | Show all posts
aku suker buku2 NB walopon kadang2 nampak cam klise. layan jeee
tp adik aku dah buhsan ngan cara NB. taste masing2 la kan....
dah banyak buku dia jd koleksi... tp siyes lupa!
skang tgh baca "... dan hujan pun menari..." ye ke tajuk dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2011 10:42 PM | Show all posts
aku dh baca hati yg luka..tp napa cam x bape nk sedihje aku rasa...hehehe

la ni baca chinta lak
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2011 11:58 PM | Show all posts
Reply 1361# reenz013


agaknya bukan taste ko reen...
aku novel ni nagis tak hengat duniya terutama masa widad keguguran jatuh tangga, pengsan kendian dia drive sendiri gi sepital...patu dia leh cakap kt raof yg baby tu pun tahu bapanya tak suka kt dia...huhu sedihnya...
part ni mesti nagis setiap kali baca...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2011 12:05 AM | Show all posts
Reply 1362# mijot

mula2 aku igt widad tu laki..sebab nama dia cmtu..hehehe

yelah kot..lgpun dorang bahasakan namalak tu..mybe tu yg x bape nk touching
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2011 02:25 PM | Show all posts
Reply 1363# reenz013


    sye mmg suka hati yg luka... sedey sgt esp taim widad keguguran tuh... menangis tersedu2   
   satu lagi sye suka cinta pertama... yg nih santai2 jek...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.326349 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list