CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Heliza ajak pi usrah

[Copy link]
Post time 8-11-2012 01:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2012 02:59 AM | Show all posts
TT dah boleh tukar tajuk benang!



Heliza mahu terus nikah

SEJAK menyertai rancangan Akademi Fantasia 5 (AF 5) pada tahun 2007, ternyata penyanyi, pelakon dan pengacara Nur Heliza Helmi atau Heliza antara yang masih mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Dengan statusnya sebagai seorang artis wanita bertudung sejak awal kemunculannya, Heliza juga jarang dikaitkan dengan gosip-gosip hangat terutamanya membabitkan hubungan dengan lelaki.

Bagaimanapun, lumrah menempuhi kehidupan sebagai seorang artis yang cantik dan menjadi perhatian umum, ternyata Heliza tidak mampu mengelak daripada dikaitkan dengan kisah kontroversi.

Antara yang menarik perhatian ramai apabila dirinya dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang VIP bergelar Datuk sehingga ditaja untuk menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Heliza Helmi Production.

Tidak mahu orang ramai terutamanya peminat terus-menerus memberikan sebarang persepsi yang negatif, Heliza dengan tegas menyatakan individu yang dimaksudkan itu sekadar rakan niaga dan tidak pernah menaja syarikatnya itu.

"Saya sedar selama ini ramai yang salah sangka dan ada yang menganggap saya telah ditaja oleh individu yang dimaksudkan itu. Pada hakikatnya ia tidak benar dan individu tersebut salah seorang rakan niaga. Dia tidak terlibat dengan syarikat saya terutamanya memberi tajaan.

"Justeru dengan penjelasan ini, saya berharap cerita sebegini tidak lagi ditimbulkan oleh mana-mana pihak," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran Festival Hijab 2012 di Kelana Jaya baru-baru ini.

Menurut Heliza, sehingga kini syarikat yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu masih lagi berfungsi dan menjalankan perniagaan membekal barang-barang dan pengubahsuaian bangunan.

"Ketika mula-mula syarikat ini ditubuhkan saya ada merancang untuk menghasilkan filem, namun perancangan tersebut ditangguhkan dahulu. Saya lebih suka memberikan tumpuan kepada perniagaan yang dijalankan sekarang.

"Tidak dinafikan jadual saya memang padat setiap hari, kerana selain menguruskan syarikat saya juga terbabit dengan pelbagai aktiviti lain seperti menjadi penceramah motivasi dan pengacara televisyen. Mungkin disebabkan itu saya masih lagi tidak mempunyai kekasih," ujarnya berseloroh.

Bercerita lebih lanjut mengenai statusnya sekarang, Heliza mengaku bahawa sehingga kini dia masih lagi tidak mempunyai teman lelaki dan selesa dengan kehidupan sekarang.

Ditanya sama ada dia teringin untuk berumah tangga memandangkan usianya yang kini sudah mencecah 26 tahun, artis kelahiran Kuala Terengganu itu menyatakan dia memang mahu berumah tangga dan mengakui sudah bersedia bergelar isteri.
"Siapa yang tidak mahu berkahwin, apatah lagi melihat ramai kawan-kawan saya yang sudah berumah tangga. Bagaimanapun, saya anggap semuanya itu terserah kepada jodoh.

"Cuma saya tidak mahu menjadi seperti kebanyakan yang dilakukan golongan muda sekarang iaitu bercinta sebelum berumah tangga. Kalau saya mahu serius dengan seseorang lelaki, saya akan terus kahwin dan kemudian bercinta selepas itu," jelasnya.

Berkenaan dengan lelaki pilihannya pula, Heliza meletakkan agama sebagai keutamaan dan seorang suami yang akan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 09:51 AM | Show all posts




mata dia sgt besar kannn
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:00 AM | Show all posts
ini bukan salah heliza tapi aku nak komen program dia, rasa halal kat astro oasis tu.jadah pegi jauh2 hadap gak makanan kat malaysia hall tu.bodo ke??takde benda lain nak tunjuk?ini mesti kes malas nak buat research
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2012 10:02 AM | Show all posts
RatuDunia94 posted on 8-11-2012 02:59 AM
TT dah boleh tukar tajuk benang!

xnk la..x menarik pn cite tuh ingtkan mmg nak kawin dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2012 10:19 AM | Show all posts
alesandra posted on 8-11-2012 10:00 AM
ini bukan salah heliza tapi aku nak komen program dia, rasa halal kat astro oasis tu.jadah pegi jauh ...

setuju sgt! kalo setakat nak mkn makanan msia baik buat kat sini je...i gigih la tgk rancangan tu kot2 bg info pasal makanan halal negara tu bkn makanan msia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2012 10:27 AM | Show all posts
maxim posted on 8-11-2012 10:02 AM
xnk la..x menarik pn cite tuh  ingtkan mmg nak kawin dah

rasanye lambat lg cik heliza ni kawen...
tgk cara dia mcm family comes first...
2nd baru dia pk pasal diri dia..sbb tu dia solo lg kot

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2012 06:14 PM | Show all posts
bagus lar ader usrah utk artis..jempotlar artis no 1 negara join..tentu meletop..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2012 06:32 PM | Show all posts
Jumpa Heliza sekali di KLCC, mula-mula tgk, rasa mcm kenal, pastu baru perasan Heliza rupanya..mekap nipis je..cantik orangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 05:06 AM | Show all posts
Edited by burque at 14-7-2015 03:53 PM
kucen posted on 30-10-2012 03:45 PM
putihnya die

haruslah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 09:29 AM | Show all posts
pada 23-25hb ni ada festival hijab di Anggerik Mall.. heliza di jadikan sbg ikon...
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 09:39 AM | Show all posts
apa komen artis2 urban?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 09:46 AM | Show all posts
putehkundor posted on 30-10-2012 06:08 PM
tapi fesyen baju dia kat atas tu ala2 fesyen kelawaq yg mak teh suka pakai masa tidoq

cuma t ...

pompuan sekarang dh banyak jadi mangsa fesennn.. bukan ikhlas nk menutup aurat ponnnnnnnnn... fesen mcm beruang pakai tudung je sekor2...sakit mata tgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:00 AM | Show all posts
put3reen posted on 16-11-2012 09:46 AM
pompuan sekarang dh banyak jadi mangsa fesennn.. bukan ikhlas nk menutup aurat ponnnnnnnnn... fese ...

hakhakhak..xleh blah beruang pakai tudung
iols tgk mcm pokok krimas pakai tudung.
hahaha. samala dgn heliza ni pun, hri tuh tgk kat mana ntah, pakai tudung sampai nk tutup mata
tapi baju tudung kaler warna warni tak ingat.
nsb baik comel.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:13 AM | Show all posts
nuhanis posted on 16-11-2012 10:00 AM
hakhakhak..xleh blah beruang pakai tudung
iols tgk mcm pokok krimas pakai tudung.
hahaha. samala ...

yerla noks..beruang besar so perlukan berlapis2 kain nk tutup aurat khenn..uols amek 2,3 helai kain warna warni.. kalau nk lagi chantekkk amek hijau,kuning n merah..mcm warne trffc light gitueeeee...selempangkan kat kepala..buatlah mcm2 mana pun asal xnmpak aurat...org xkn kutok uols sbb itu ada fesyen ok!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 10:25 AM | Show all posts
put3reen posted on 16-11-2012 10:13 AM
yerla noks..beruang besar so perlukan berlapis2 kain nk tutup aurat khenn..uols amek 2,3 helai kai ...

kahkahkahk. ok2
maybe la dulu org akan kata org gila
tapi klu skang pakai mcm tu (beruang)
mesti ai disanjung dipuja. makin serabai makin stylo huptodate okeh.
yes nak gi beli baju, kasut, tudung warna warni.
err tak lupa jugak nak beli celak kajal, nk pakai tebal2. yes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2012 02:03 PM | Show all posts
nuhanis posted on 16-11-2012 10:25 AM
kahkahkahk. ok2
maybe la dulu org akan kata org gila
tapi klu skang pakai mcm tu (beruang)

xpayah beli noks tudung...kain langsir or alas peti pun boleh dijadikan langsir..mcm remaja zaman sekrg
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2012 04:03 PM | Show all posts
aku nih cuba sedaya upaya nk minat ke atau suka Helijah nih...tapi tak boleh laaa
Tang suara out...berlakon hancus...jd pengacara pon under par...
ada pon tak kisah...tak de pon lagi bagus...
Harap muka nak tolak bakat yg ala2 tu...baik bg peluang org yang lagi bagus...
lagi satu maybe aku rasa dia ni fake sikit...ontah laaa my 2 cents
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 11:30 AM | Show all posts


Cantik die mlm td kat AIM..

Kredit : FB Heliza
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2012 11:39 AM | Show all posts
makcik tak suka intonasi suara dia dlm Rasa Halal - sgt annoying
Farah dulu lagi natural n best
tp heliza lagi beruntung sbb dapat melawat bnyk negara  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066623 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list