CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hamyhaireen

[Pelbagai] CARI (e)BOOK CLUB: sila jawab KUIZ

[Copy link]
Post time 10-3-2007 10:06 AM | Show all posts

Reply #1440 Hamyhaireen's post

me too bz......baca link bawah tu...nanti leh u siap gown gi majlis awardnya...

http://forum.cari.com.my/viewthr ... age%3D1#pid14240030
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2007 01:57 PM | Show all posts
keh keh keh......malu wooo......thanks btw,,,ingat gak kat I ni...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2007 06:17 PM | Show all posts
wah semua bz bz ni... den tgh bz nak tunggu time bersalin lak ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2007 10:57 PM | Show all posts
masa g haji hari tu tgh berbadan dua lah ye......
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 09:30 AM | Show all posts
tu la...hebat2...mak buyung sorang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2007 07:02 PM | Show all posts
hamy n cik seri,

lambat lagi tau nak hit the big 30 ... kalau muda cam saya ni bolehla nak buat haji time tgh bunting... to and fro the mosque daily.. dalam 4 km jugak la satu hari... kalau tak kuat semangat (ada gak time letih), mmg tak terdaya yoo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2007 06:11 AM | Show all posts
jom cuti2 Mesia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 12/3/07 06:11 AM
jom cuti2 Mesia...


awal pagi bangun buat posting
sungguh berdedikasi chief mod kita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2007 09:29 PM | Show all posts

Reply #1448 limau_nipis's post

  cuti udah abih...sedihnyerr...



back to the grind...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2007 09:44 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 5-3-2007 07:52 PM
Tak pernah pegi lagi any Popular Sales rasanyerr...think would like to xperience
one...my taste more tu buku lama, rather than new one...esp. lit.

Managed to go the one in JB...got a couple of books...jenuh menahan diri...
kalau tak habis semua diborong
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 07:55 AM | Show all posts

Reply #1450 seribulan's post

hah copek list down buku hok dibeli
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2007 04:26 PM | Show all posts

Reply #1451 limau_nipis's post

fiction ajer...nih satu...

LEARN FROM SUCCESSFUL ENTREPENEURS

kale rajin nanti update
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2007 10:50 PM | Show all posts
wah sunyi sepi skrg ni ye.....

ni tengah baca buku biz online....he he tak cukup duit gaji  kenalah buat biz online....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 05:50 PM | Show all posts
Biz apa tu? Partners-in-crime udah bersalin. Sopi ajo larr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2007 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 10-4-2007 05:50 PM
Biz apa tu? Partners-in-crime udah bersalin. Sopi ajo larr...


ingat nak supply barang2 craft..tapi tengoklah dulu kalau ada demand...kalau takde kenalah cari idea lain
He he so cute baby limau nipis.......

So home alone? ..dont worry I still here....

Rak buku kat rumah dah nak runtuh sebab magazine ManU dan komik pedang setiawan orang rumah nih...
ish....need to find new cabinet.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 01:25 PM | Show all posts
Campak ajerr Magazine ManU kat saya. Gerenti tak runtuh rak tu.

Barang-barang craft? Promo la kat sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2007 08:25 AM | Show all posts
keh keh...pi minta izin kat man of the house tu....... hari tu I nak lelong camnilah muka dia :@

barang2 still belum cukup lagi...more about sharing then profit making sebab hobi....

barang2 scrapbook dan card making...............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 08:29 AM | Show all posts
new article....

Menghidupkan semula Kampung Buku Langkawi
Oleh MOHAMAD ABDULLAH

KAMPUNG Buku pertama di negara ini dibuka di Lubuk Semilang, Langkawi pada 3 Disember 1997 oleh Perdana Menteri, ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penubuhannya adalah dari buah fikiran seorang yang terkenal sebagai ulat buku di negara ini, Tan Sri Sanusi Junid, ketika itu Menteri Besar Kedah.

Ia adalah hasil lawatannya ke beberapa buah Kampung dan Bandar Buku, antaranya Hay-on-Wyne di Wales United Kingdom, yang terkenal dan terawal ditubuhkan oleh Richard Booth pada tahun 1961 dan Redu di Belgium, Bredevoort, Netherlands yang bermula pada 1993.

Hari ini terdapat lebih 40 buah Kampung dan Bandar Buku di dunia yang berkembang pesat dengan keupayaan menarik jutaan peminat buku dari seluruh dunia. Ia dihubungkan pula melalui sebuah organisasi yang dikenali sebagai International Organisation of Book Towns (IOB). Bandar Buku terkenal di dunia termasuklah di Montereggio, Itali, Sedberg England, Fjaerland dan Tvedestrand Norway, Wigtown Scotland dan Wunsdorf, Jerman.

Bezanya ialah kebanyakan Kampung Buku atau Bandar Buku ini terletak di kawasan yang didiami penduduk dengan kemudahan-kemudahan yang dapat dinikmati bersama. Manakala di Langkawi istimewa kerana Kampung Buku dibina di kawasan berlatarbelakangkan alam yang sungguh tenang, pokok-pokok dan air terjun terkenal sebagai kawasan riadah dan rekreasi.

Ia terletak di kawasan seluas kira-kira 202 hektar dengan tumpuan kepada kira-kira 14 hektar di Hulu Melaka, Langkawi. Ia menempatkan pada awalnya enam buah bangunan kemudiannya dibina sembilan lagi rumah yang dirancang sebagai galeri seni, kedai buku dan kafeteria.

Misinya amat murni iaitu untuk memupuk budaya Iqra
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 08:30 AM | Show all posts
Malaysia melancarkan kempen membaca
Oleh DATUK MUHAMMAD ALIAS

BARU-baru ini sekali lagi Malaysia melancarkan kempen membaca. Harapan semoga semakin ramai rakyat Malaysia cintakan buku. Industri percetakan semakin berkembang. Bahkan ia boleh menggalakkan semakin ramai rakyat berkecimpung dalam penulisan.

Tak salah penulis beberapa tahun lalu kempen seumpama ini telah pun dilancarkan. Tetapi tidak tahu apa hasilnya. Tidak pernah terbaca tentang hasil kajian di akhir kempen.

Tetapi pihak media sering menyiarkan teguran berbagai pihak mengenai rakyat yang dikatakan tidak suka membaca. Lantaran itu disarankan supaya rakyat dari berbagai lapisan membaca buku, majalah dan apa saja untuk kebaikan minda.

Agak pelik kenapa rakyat Malaysia khususnya generasi muda tidak suka membaca. Sedangkan ketika di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) para pelajar membaca berbagai-bagai jenis buku daripada yang nipis hingga paling tebal. Mereka membaca untuk menjawab soalan peperiksaan, membuat tesis atau membuat kertas projek.

Persoalannya apakah kerajinan membaca ketika di sekolah dan IPT kerana terpaksa. Mungkin juga betul. Lazimnya kalau sesuatu benda dibuat kerana terpaksa ia tidak kekal lama. Umpama kahwin paksa.

Teguran beberapa pihak mungkin ada benarnya. Lihat sahaja di sekeliling kita. Tidak ramai rakyat Malaysia yang membaca di dalam bas, teksi, kereta api, LRT atau di dalam kapal terbang. Begitu juga dengan yang mengunjungi kedai buku. Tidak syak lagi kedai buku merupakan gedung perniagaan yang paling sunyi. Kalau meriah pun cuma di awal tahun kerana membeli buku sekolah.

Sebenarnya ada beberapa faktor penting kenapa rakyat Malaysia tidak gemar atau tidak mempunyai masa untuk membaca. Mungkin faktor masa. Mungkin juga harga buku yang mahal, keadaan alam sekeliling atau budaya orang-orang Malaysia khususnya Melayu.

Biasanya apabila pulang kerja hari telah hampir senja. Badan letih. Nafsu membaca tidak ada. Lagi pula tekan sahaja punat televisyen macam-macam cerita boleh dilihat. Ketika ini terdapat bermacam-macam filem dan drama di televisyen. Tidak kurang sepuluh filem dan drama dari berbagai rangkaian televisyen setiap hari. Sampai tengah malam. Dari dalam negara hingga ke Mexico.

Jadi kenapa mesti buang masa baca buku Jepun, Korea, Indonesia, Cina, Mexico, Melayu, Inggeris atau India. Menonton adalah lebih mudah. Sambil menonton boleh tidur kalau badan terlalu letih.

Tidak dapat dinafikan harga buku termasuk terbitan dalam negara adalah terlalu mahal. Hitung panjang buku-buku yang dikira berkualiti tinggi terbitan dalam negara antara RM60 hingga melebihi RM200. Ia dianggap mahal meskipun di kalangan pegawai-pegawai eksekutif muda dalam sektor awam dan swasta. Terutama sekali yang telah berkeluarga.

Buku-buku tersebut mungkin terpaksa dijual dengan harga sebegitu rupa kerana kos percetakan yang tinggi. Bahan-bahan percetakan termasuk kertas terpaksa diimport. Tetapi khabarnya Malaysia mempunyai kilang kertas sendiri. Tidakkah ini dapat mengurangkan kos percetakan?

Mahu tidak mahu kita terpaksa membandingkan dengan buku-buku di luar negara. Bukan pula bermakna nak memuji-muji negara luar. Tetapi mana yang baik elok dijadikan teladan.

Harga buku di luar negara rata-rata murah. Meskipun buku tersebut ditulis oleh orang-orang terkenal. Bekas presiden atau perdana menteri. Ada buku yang ditulis oleh seorang bekas presiden Amerika harganya cuma AS$17.50. Harga ini tidak sampai tiga jam gaji minimum rakyat Amerika.

Biasanya kedai-kedai buku seperti Barnes and Noble atau Borders akan menurunkan harga buku ke paras yang cukup minimum setelah buku-buku tersebut di pasaran buat beberapa tahun. Ada antara buku berkualiti tinggi hanya dijual dengan harga AS$5 senaskhah.

Selain daripada itu kedua-dua kedai buku ini membenarkan pembaca membaca tanpa membeli. Kedai-kedai buku sentiasa sesak dengan pembeli dan pembaca percuma. Ada antara pembaca yang mengulangi kedai buku setiap hari semata-mata hendak menghabiskan buku yang dibaca.

Kadang-kadang hairan juga bagaimana kedai-kedai ini boleh terus bertahan sedangkan ramai yang membaca percuma. Cuma yang boleh membuat sedikit wang ialah kedai-kedai kopi seperti Starbuck yang berkongsi sudut kedai buku. Jadi sambil membaca sambil minum kopi.

Sementara, di Malaysia pula banyak buku yang disaluti plastik bertujuan mengelak daripada membaca percuma. Mungkin juga benar. Kalau dah baca percuma siapa pula yang nak beli.

Buku-buku yang dijual juga amat terhad koleksinya. Ada buku terbitan luar negara yang terlalu mahal dan di luar kemampuan rakyat biasa. Buku-buku ini menjadi hiasan rak buku sejak bertahun-tahun (berdasarkan tahun terbitannya).

Seperti mana perniagaan lain kedai buku juga banyak risikonya. Cara mudah ialah menjual buku-buku teks dan majalah-majalah ringan muda-mudi.

Penjualan buku-buku yang lembap menyebabkan ramai kurang berminat menulis buku. Lebih baik daftar jadi kontraktor kelas F. Kalau kena dengan gaya dan bahasanya dapat satu kontrak pasti hidup lumayan.

Selain daripada kedai buku, perpustakaan merupakan sumber membaca atau meminjam buku. Dewasa ini setiap bandar kecil atau besar khabarnya disediakan perpustakaan awam. Bagaimanapun, waktu operasinya hendaklah dilanjutkan hingga ke malam bagi memudahkan orang-orang bekerja meminjam buku. Koleksi buku hendaklah juga luas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 01:01 PM | Show all posts
kongsi la pengalaman buat tu kat sini. Book juga tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199723 Replies : 4690
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5516 Replies : 23
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11862 Replies : 11
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 11408 Replies : 10
Jangan Melangkawi Batas
riena3321Jangan Melangkawi Batas
Views : 19021 Replies : 56
Mohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka ada di mana2 ????????
chaconMohon hati2 ye adik2 PLKN nnti.. Mereka
Views : 2851 Replies : 10
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5041 Replies : 9
Baju Pengantin kembang Setaman
FARRAZOOLBaju Pengantin kembang Setaman
Views : 10822 Replies : 57
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3631 Replies : 27
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21549 Replies : 62

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099361 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list