Tak Ada Makna Saya Nak Bayar Dia – Iqram
Menerusi laporan Melodi, semalam, Iqram menolak dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa Soo Wincci sendiri yang ingin berbuat demikian. Takde makna saya nak bayar dia, cukuplah dengan apa yang dia ada kat dalam bank tu, mungkin berjuta-juta kot duit yang dia ada. Dia yang kata, i’m the one who started the game first , bagi saya tak suka nak ganggu reputasi dia, sebab saya rasa benda ni it just a small thing.
Malah, Iqram menambah, gurauan sebegitu tidak pelik buat dirinya kerana dia turut bergurau perkara yang sama dengan rakan-rakannya yang lain. Tak pelik pun sebab saya rasa diorang semua ada yang dah kahwin pun, untuk coverline tu tak kot. Saya rasa dari zaman saya berkawan dengan kawan saya yang lama pun dah ada cerita macam saya cover line untuk dia, bila saya kawan dengan Soo Winci pon ramai yang bercakap pasal saya dekat dia belakang-belakang. Nak kata saya peluk cium, tak ada pun. Sekarang ni masa saya untuk jadi diri saya sebenar, dimana saya bergurau pun, kalau orang boleh terima, terima, kalau tak boleh, saya tak boleh nak cakap apa sebab masing-masing punya pemahaman dan tafsiran.
|