CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}

    [Copy link]
Post time 3-9-2013 05:55 PM | Show all posts
baru kali ni aku tau yg imam mahdi tu gagap (x lancarbercakap) and kengkang (bukan menghina ye..aku tak tau istilah lain yg sesuai)
MS ini dilahirkan pada tarikh 20-3- 1978. Umurnya sekarang 35T menurut tahun Masehi. Kalau tahun hijrah, mungkin 37 atau 38T. Dalam beberapa tahun akan datang, umurnya menjangkau 40T. Apakah istimewanya manusia MS ini.



Saya tidak mengetahui keistimewaannya sebab saya sendiri tidak pernah bertemu dengannya. Tetapi 2 mimpinya itu mengambarkan sesuatu yang kita belum jumpa..



Mari kita lihat hadis Nabi yang menceritakan tentang paha Al-Mahdi itu. Baginda SAW bersabda, “kedua paha Mahdi melebar dan saling berjauhan” (Hadis 59, Inilah Mahdi yang ditunggu-tunggu, ms 67)



Dia tak mahu menerima penyematan nama Al-Mahdi padanya kerana khuatir tak dapat memikul amanah dan tanggung jawab dari Allah SWT. Tugasan akhir zaman itu sangat berat dan rumit. Hanya pertolongan Allah yang dapat melicinkan segalanya.



Berikut ini katanya, “Jangan menyematkan gelaran(maksudnya Al-Mahdi) disisi Alloh kepada diri sendiri atau kepada orang lain , karena jikalau tidak benar adanya akan seperti ingin menjatuhkan gunung yang sangat tinggi diatas kepala sendiri atau orang lain”.

ok lah..kita anggap je lah lelaki ini mgkin bukan bakal imam mahdi... mgkin dia bakaltentera imam mahdi/ bani tamim..atau mgkin dia org yg mula2 bai'ah imam mahdidi ka'bah.. wuallahhua'alm..
rasanye sblmni kita tentu dh pnh dgr cita2 versi lain tentang jumpa lelaki yg memnuhi ciri2imam mahdi...mgkin ini salah satu cara Allah mengelirukan musuh2 imam mahdi..

Last edited by contactlens on 3-9-2013 05:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 06:00 PM | Show all posts
ok malam nanti sambung lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 06:07 PM | Show all posts
zaiha posted on 3-9-2013 05:28 PM
menarik tetiba datang rasa keinsafan....
ya Allah kuatkan imanku .....

yup.. kekadang terpikir apa akan terjadi in next few years,10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang..?
mungkin situasinya tak sama lagi seperti hari ni..
tiada lagi tersekat dalam trafic jam pagi2..
takde lagi ber FB, twitter dan mengadap lappy hari2..
takde lagi jalan2, shopping2 hujung minggu..
no more sibuk2 pasal pelaburan, turun naik saham, property investment etc..
mungkin la.. itu hanya imaginasi saya..
rumor kiamat 2012 hanyalah rumor.. tapi jangan sampai kita terleka..
dalam Quran ada banyak surah yg cerita pasal kiamat.. Al-Waqiah, Ad-Dukhan to mention a few..
Nabi saw pun banyak ingatkan kita dgn hadis2 pasal kiamat & akhir zaman..
semua tu untuk beri peringatan pada kita..
harap ramai yg lebih buka mata, sedar dan kembali ke jalan Allah..



Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 06:14 PM | Show all posts
manganini posted on 3-9-2013 06:07 PM
yup.. kekadang terpikir apa akan terjadi in next few years,10 tahun akan datang, 20 tahun akan dat ...

tula selalu berkata pada diri sendiri nak jadi umat islam yang beriman....
jadi orang baik2 tapi sekejap je bila berlaku perkara2 macam ni memang bagus
menimbulkan kesedaran n keinsafan....
semoga hamba dapat mati dalam husnul khatimah.....
tapi tak terdaya rasanya dengan persekitaran n diri sendiri yang tak kuat iman....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 06:28 PM | Show all posts
zaiha posted on 3-9-2013 06:14 PM
tula selalu berkata pada diri sendiri nak jadi umat islam yang beriman....
jadi orang baik2 tapi  ...

same laa.. saya pun.. i'm far from perfect... huhu

sekadar berpesan2 kepada kebaikan..



Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 07:11 PM | Show all posts
test video fb


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2013 07:20 PM | Show all posts
contactlens posted on 3-9-2013 07:11 PM
test video fb

ok berjaya..nanti lepas maghrib baru komen sal video ni...

sape2 yg nak paste video fb kt cari ni..

dekat embed video dekat bwh video fb (utk yg x login fb @  xde fb) right klik---->open new tab---> nati kuar pg kosong..copy  nombor yg wrna merah https://www.facebook.com/ajax/video/actions/embed/dialog/?fbid=457622527670170 paste kt icon facebook
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 02:53 AM | Show all posts
ni satu lagi..
rasanya dah ramai yg nampak ni berlegar2 dia FB dan whatsapp..
apapun saya paste aje.. benar atau tidak wallahua'lam..

MEKAH DAN MADINAH SEBENARNYA TELAH DIKEPUNG SECARA SISTEMATIK DAN TERSUSUN OLEH ZIONIS

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ.
Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;

-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 02:58 AM | Show all posts
contactlens posted on 3-9-2013 07:20 PM
ok berjaya..nanti lepas maghrib baru komen sal video ni...

sape2 yg nak paste video fb kt cari  ...

thanks paste video tu..
ada beberapa lagi video tapi dah tak ingat kat mana letaknya..
nanti la kalau jumpa saya paste di sini..

btw, muhammad tu orang indonesia ke? susah nak predict.. tapi nak kata mustahil, tak bleh juga..
Last edited by manganini on 4-9-2013 02:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 03:14 AM | Show all posts
Tambahan untuk post di atas:

Kemusnahan Kaabah di Akhir Zaman

Terdapat hadis Rasullullah SAW yang mengesahkan bahawa Kaabah akan dimusnahkan pada akhir zaman nanti.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah SAW bersabda:
"Kaabah akan dimusnahkan oleh Zu As-Suwaiqatain (lelaki yang berkaki kurus) dari Habsyah (Ethiopia) (Riwayat Bukhari)

Manakala diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seolah-olah aku dapat melihatnya,hitam dan berkaki pengkar (tempang),dia meruntuhkan batunya (Kaabah) satu demi satu." (Riwayat Bukhari)

nota kaki dari aku;
- obama berketurunan Kenya dari sebelah bapanya
- dia dilahirkan di Hawaii, USA tapi terdapat juga khabar angin mengatakan sijil lahir tersebut dipalsukan dan dia sebenarnya dilahirkan di Kenya.
- Empayar Habsyah adalah negara Ethiopia sekarang ini, tapi aku tak pasti kalau2 ia meliputi Kenya pada zaman dahulu??
- kesimpulannya, worth reading tapi jangan la percaya bulat2 semuanya.. jadikan sebagai peringatan yg berguna & take it positively..

edit:
- saya paste peta Habsyah (Ethiopia) bagi yg tak pasti kedudukannya di mana.



Last edited by manganini on 4-9-2013 03:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
manganini posted on 4-9-2013 02:58 AM
thanks paste video tu..
ada beberapa lagi video tapi dah tak ingat kat mana letaknya..
nanti la  ...

ni saje borak2 kosong je la ye..kalo brdsrkn hadis nabi..mahdi lari masa nk di bai'ah..mgkin ke sbb mahdi tu rs dia x de pglamn perang..n x prnh mghadapi situasi huru hara..tiba2 org suh dia jd panglima perang..takut la dia..

mgkin selama ni israel dn sekutu mmg carik imam mahdi jugak..tp mcm kita2 kt asia ni suma anggap yg mahdi tu ada kt arab bangsa arab n lahir kt arab jd kita suma trmasuk musuh2 islam ni tak sangka yg al mahdi ni mgkin tgh d lgkpkn ilmu2 kerohanian d tmpt yg suma org x trfkir..
ini cuma andaian je la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ada lg yg nk d paste..nanti ye
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 11:11 AM | Show all posts
yg ini cita  bakal imam mahdi versi lain (di indonesia jugak) yg ni pun kes merendah diri n x klaim diri sendiri imam mahdi..pemuda ni skrg brumur 30 tahun... tarikh soaln di pos pada tahun 2008.. (mgkin bakal pemuda bani tamim agaknya)



Ada seorang hamba Allah yang mencurigai (beranggapan) kerabatnya mempunyai ciri-ciri sebagai Imam Mahdi. Tidak sengaja saya temukan pada sebuah pertanyaan di sebuah forum majelisrasulullah.org.



Berikut saya copy pastekan pertanyaannya:



Pertanyaan :
“………saya punya teman yang mirip sekali dengan ciri-ciri imam mahdi tetapi bukan dari Ahli baits. Dia tidak punya guru/kyai/pembimbing. Dan dia juga bukan dari golongan organisasi manapun dan aliran kepercayaan mana pun.

Dia mempunyai jiwa pemimpin yang besar. Dia selalu menutupi dirinya dan merahasiakanya. Jika dia berbincang dengan sesama muslim,  dia diangap gila dan masyarakat mengangapnya sesat



Dia selalu ingin bertemu dengan seorang Habib atau ulama besar yang pernah ditemui lewat mimpinya, tetapi dia tidak pernah menceritakan wajahnya. Siapakah habib itu, kami sendiripun tidak tahu


Wajahnya terkadang binggung dan resah memikirkan keadaan umat islam zaman sekarang.  Tetapi terkadang dia kelihatan sangat bercahaya seperti Wali.



Dia masih sangat muda. Umurnya baru  25tahun. Tidak ada sesiapa pun yang tahu tentang dirinya. Begitu juga tentang orang tuanya. Dia seorang muslim yang biasa, tetapi yang saya hairankan ialah jalur keturunanya terputus

Dia punya kakek buyut (ada sesiapa tahu maksud kakek buyut?) seorang alim ulama, tetapi kakeknya selalu merahasiakan silsilahnya dan dari mana dia berasal.



Kakek kandungnya pun merahasiakan erti atau maksud namanya. Setahu saya,  dari maklumat yang saya dapat dari seorangahli keluarganya,  namanya berarti "di bawah asuhan jibril".



Tetapi dia tidak percaya kepada maksud dan erti dari namanya. Ini adalah karena masa silamnya yang buruk dan orang tuanya seorang nasrani. Masyarakat hairan dari mana dia mengenal islam dan masuk islam.



Habib yang terhormat, apakah salah jika saya sedikit menyamakan teman saya itu dengan istilah Imam Mahdi. Jika saya salah, saya mohon petunjuk dan teman saya itu tidak pernah mengaku sebagai ImamMahdi atau wali Allah. Dia selalu mengangap dirinya sangat rendah dihadapanAllah…….

DIRINGKASKAN.


Saya adalah seorang pemuda  yang gemarmenyelidiki tentang kemunculan imam Mahdi.

Maaf hanya sekedar berbincang dengan anda.



Saya telah menemukan fakta baru yang insyaallah tidak diragukan lagi. Fakta tersebut ialah kakek buyut teman saya tersebut yang selama hidupnya menyembunyikan identity dirinya dan silsilahnya ternyata besar kemungkinan dari keturunan  Rasullullah.



Fakta ini saya selidiki dari  penyelidikan dan konsultasi dengan para santri (para warga pesantren/pondok) dan hati nurani,...dan kakekya pulak adalah penganut Tarekat Nakhsyahbandi.



Saya pernah bertanya kepada seorang ulama atau mursyid bahawasanya kenapa ada seorang mursyid yang mencintai seorang anak didiknya melebihi anak kandungnya sendiri. Mursyid tersebut berkata bahawasanya anak tersebut adalah kesayangan para Wali Allah


Bahawasanya saya seorang muslim belum lagi memperoleh fakta sejati dari Hadist tentang silsilah imam Mahdi. Yang umum tahu ialah namanya ialah Muhammad bin Abdullah dari keturunan Syaidana Hassan dari Syaidatina Fatimah, keturunan Rasulullah.



Soal bendera hitam,  teman saya tersebut memang suka warna hitam. Setiap kali ke masjid, pengajian atau istiqasah, dia selalu berbaju hitam. ,Bahkan dalam mimpinya pun, dia selalu berbaju hitam



Dia pernah bercerita kepada saya, bahawa bendera-bendera di dunia ini tidak jelas asalnya dan maksudnya, hanya akan menimbulkan perpecahan umat dan kekuasaan antara kaum dan suku.


Dia berkata, seharusnya bendera di dunia ini hanya ada satu sahaja yaitu.... LAILLALAIILALLAH MUHAMADURASULLULAH......., saya sempat tercengang melihat dia berkata itu. Pernah dia mengambarkan bendera hitam yang bertuliskan Lailalaillallah Muhamadurassullulah.


Dia juga pernah berkata : saya (maksudnya dia)dari kecil sampai dewasa, belum mengerti tentang diri saya. Rasanya ada yang aneh dalam diri saya. Jika saya bercermin atau bermimpi, rasanya bukan melihat diri saya yang sebenarnya. Siapakah saya ini?

Maaf teman-teman majelis yang terpelajar, bukan maksud saya ingin macam-macam tetapi saya hanya ingin berbagi aspirasi kepada kalian semua,..soal kebenarannya ada pada Allah semata-mata.

Semoga kelak jika kita bertemu dengan Al Mahdi,  kita akan jadi pengikutnya. Amin.
Wasallamualaikum.wr.wb.



Persoalan di atas kemudiannya dijawab oleh HabibAl-Munzir, seorang ulamak muda Indonesia dari keturunan Rasulullah.



Lebih kurang begini jawapannya. “ Ia boleh jadijuga Imam Mahdi. Tetapi kita tidak boleh mengistiyharkan dia sebagai Imam Mahdi sebelum saatnya”.


Last edited by contactlens on 4-9-2013 11:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 11:28 AM | Show all posts
KALAM ABU HURAIRAH
Kata beliau, Al-Mahdi akan keluar sekitar tahun1420H atau 1430H.

Saya pun telah membuat perincian tentang julat kemunculan nya. Dengan mengambil purata antara 1420 dan 1430, maka saya mendapati puratanya = 1425.

Dengan itu, saya menganggap bahawa julatnya berkurang atau bertambah sebanyak 5 tahun sahaja. Maksud saya, Al-Mahdi akan keluar di antara tempoh 1415H dan 1435H sahaja.

Kita sekarang sudah berada pada tahun 1434H, bermakna Cuma ada baki 1 tahun sahaja lagi untuk sampai kepada tahun 1435H. Maksudnya, penantian kita akan sampai kepada kemunculan Al-Mahdi kepada saat musim haji 1435H.

MUSIM HAJI

Maksudnya, penantian kita hanya berkisar dalam tempoh (lebih kurang) 2 tahun daripada sekarang sahaja. Musim-musim haji yang saya maksudkan itu ialah pada tahun 1434H dan 1435H.

Kalau Muhammad itu muncul pada musim Haji tahun ini (1434H), umurnya sekitar 36.13 tahun Hijrah. Kalau tahun depan (1435H), maka umurnya akan menjadi 37.16 tahun Hijrah.


Saya tak menjangka dia keluar pada musim haji 1436H dan seterusnya. Ada 2 sebab.

[1]Agak janggal kalau di padankan dengan kata-kata Abu Hurairah bahawa Al-Mahdi akan keluar sekitar 1420H atau 1430H.

[2] Konflik Syria sudah berlangsung agak lama (sekitar 2 tahun) dan lebih janggal untuk mengatakan ia bakal berterusan selama 2 tahun lagi. <---------- * x leh nk komen lbih2, kita x tau perancangan Allah)

Last edited by contactlens on 4-9-2013 11:33 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 11:36 AM | Show all posts
tentang komet ison


Pada saat dia datang pada jarak paling dekat, C/2012 S1 akan berada pada jarak lebih kurang 0.0724 AU (10,830,000 km; 6,730,000 mil) dari pada planet Marikh pada 1 October2013, dan akan berada pada jarak 0.429 AU (64,200,000 km;39,900,000 mil) dari pada bumi pada tarikh 26 December 2013.

Saya mendapati tarikh 26 December 2013 itu bersamaan dengan 22 Safar 1435H. Dan tarikh 22 Safar itu tidak mempunyai apa-apa makna di dalam Islam.

Walau bagaimana anda mungkin terkejut bila melihat satu tarikh hijrah bila mana bumi berada berdekatan dengan orbit komet ISON ini.

Adakah anda tahu bahawa tarikh 14 January 2014 itu bersamaan dengan tarikh 12 Rabiul Awal 1435H?

Ia seolah-olah satu isyarat tentang kelahiran / kezahiran manusia agung. Kalau itu tarikh kelahiran Rasulullah SAW, apakah itu juga ada kaitan dengan kelahiran/kezahiran Muhamad Kedua (ImamMahdi) yang akan keluar nanti?

Last edited by contactlens on 4-9-2013 11:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 12:07 PM | Show all posts
ade sesape kat sini yg mengalami perkara pelik @ misteri sepanjang tahun ni??atau dapat mimpi yg seolah2 macam petunjuk??(ini bukan ttg ganguan mistik/sihir..tp sesuatu yg mcm petunjuk)kalo ade sesape yg mangalami mohon syer..

mcm sy..tahun ni sy mengalami peristiwa misteri...sy x tau mcm mana nk huraikan..apa yg pasti..hidup sy n family n adik badik seolah2 sdg di susun @ di atur..utk mbuat 1 persiapan n persediaan..seolah2nya kami mcm berpakat walhal kami adik badik n parent x pnh bncng pun...paham tak ape yg sy nk smpaikan?? tak paham sudah..sy pun x paham ape yg sy cuba terangkan

b
erikut pengalaman seorg pembaca blog abah z (penulis blog)..x pasti kesahihan cerita mimpi beliau

  • [url=]Reply[/url]



  • MIddkA130 August 2013 11:28
    Mashaa Allah... Bulan Ramadhan yg lepas sy ada termimpi di perlihatkan wajah Imam Mahdi yg sgt indah rupanya. Sy terkejut dgn komentar dari Anon 12:58 perihal bicara Abah mengenai Imam Mahdi yg berambut merah. Sy turut bermimpi beliau (imam mahdi) berambut merah, berhidung mancung. Agak kurus sedikit, dan kelibatnya seperti seorang pemudia biasa. Janggutnya tidaklah lebat, nipis. Di dlm mimpi itu sy sempat bertanyakan, "Siapa pemuda ini? Gayanya seperti orang2 dari Bani Israel." Kemudian ada suatu suara memberitahu sy, itulah rupa Imam Mahdi. Pada masa kejadian mimpi itu, sy berada disebuah tasik. Susuk tubuh Imam Mahdi yg sy lihat seperti seorang gergasi yg merenung dlm ke sebuah tasik yg semakin kering. Manakala sy seperti semut yg tersangatlah kecil jika mahu dibandingkan dgn beliau. Wallahu'alam.
    [url=]Reply[/url]


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2013 12:26 PM | Show all posts
bagi sesape yg nak mengetahui lebih banyak tentang kajian abah z tentang kemunculan imam mahdi dan juga cita2 yg lbh detail tentang Muhammad (yg mimpi peluk nabi masa umur 13 tahun) boleh pegi blog beliau..x kuasa nak kopi paste and susun cita dia yg berterabur kt sini...

oh ye..terbaru..muhammad ade mimpi dia n suma kuarga dia berada kat mekah...mereka sekeluarga di larang berckap sembarangan..

ni blog beliau..jgn lupa baca bahagian komen..kdg2 ade info lain dr pembaca

dia yang tersembunyi http://syeikh2013.blogspot.com/2013_08_01_archive.html

mencari damai di langit mu http://banggolpetaicom.blogspot.com/


sila baca dengan lapang dada and cuba bersikap rasional...x perlu terima 100% dan x payah la tolak semua..sila guna akal dan pertimbangan..jangan cepat menghukum...dan jgn terlalu taksub..biar sederhana...
Last edited by contactlens on 4-9-2013 12:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 02:19 PM | Show all posts
rasanya suma org mungkin dah tau tentang istana dajjal yg dh siap kat jabal habshi kat madinah..skang tggal tggu kemunculan dajjal je utk menduduki istana tu...











JABAL HABSHI
Dari Abdullah ibn Shafeeq, daripada Muhjin ibn Adraa, Rasulullah SAW bersabda kepada orang ramai; "Hari Pembebasan, Hari pembebasan, Hari Pembebasan!" dan mengulanginya tiga kali. Baginda SAW ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah Hari Pembebasan?"
Baginda SAW menjawab: "Dajjal (penipu pada akhir zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya; Adakah anda melihat Istana Putih itu? itu lah Masjid Muhammad. Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalalangnya dengan pedang dan Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem. Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal, ini adalah hari pembersihan"
(Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al 'Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496)

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 02:37 PM | Show all posts
Pemuda bakal dibunuh Dajjal sudah lahir?

Dalam satu wawancara di youtube, dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan dibunuh oleh Dajjal. Kemudian tidak ada lagi orang lain yang akan dapat dibunuh oleh Dajjal. Benarkah itu bayi dan bakal pemuda yang dibunuh Dajjal?


Dalam hadis agak panjang tentang Dajjal, diceritakan Dajjal itu akan menemui ramai orang, mengajak semua orang menurutinya, dari satu negeri ke satu negeri. Dalam riwayat Bukhari dan beberapa riwayat lain (Fath al-Bari jilid 13 ms 145 dan selepasnya, no hadis 7132), …


apabila Dajjal hampir sampai ke Madinah dan terus hendak masuk, tiba-tiba didapatinya Malaikat menunggu di pintu masuk/terowong dengan pedang terhunus.

Dajjal berhenti di luar Madinah dan keluar kepadanya seorang lelaki pada hari itu dari Madinah. Lelaki itu adalah sebaik-baik lelaki dan sehabis-habis soleh dan bertaqwa kepada Allah.


Apabila ia melihat Dajjal di luar Madinah, ia berkata kepada Dajjal itu: ‘Hei Dajjal! Aku naik saksi bahawa engkau itu Dajjal yang diceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW.’

Dajjal berkata: ‘Hei laki-laki! Kamu mesti taatkan aku atau aku belah engkau menjadi dua.’ Lelaki itu berkata: ‘Wahai sekalian manusia! Inilah dia Dajjal yang pembohong.

Bila didengar oleh Dajjal perkataan itu, ia berkata kepada orangnya: ‘Apa pendapat kamu jika aku bunuh orang yang membantah aku ini, kemudian aku hidupkan dia balik, adakah kamu syak tentang dakwaan bahawa aku adalah tuhan?’

Jawab pengikut Dajjal: ‘Kami tidak syak, bahkan kami makin yakin.’
Dajjal membunuh lelaki itu, kemudian dihidupkannya kembali.

Inilah yang disabdakan oleh Nabi SAW: ‘…Kemudian Dajjal itu menyeru seorang lelaki yang sangat muda. Disuruh lelaki itu mengaku Dajjal bahawa dia adalah tuhan. Ia enggan, lalu dipancung dengan pedang, dipotong dua hingga mati.

Diserunya lelaki yang mati itu supaya bangkit, lalu hidup ketika itu juga. Dipanggilnya datang kepadanya. Maka orang muda itupun datang dengan berseri-seri wajahnya.

Dajjal itu berkata kepada lelaki itu: ‘Hei laki-laki! Adakah engkau percayakan aku?’ Jawab lelaki itu. Demi Allah! Tidaklah engkau terlebih pandai dari aku pada hari ini.’

Kemudian dia berkata: ‘Tidak ada lagi seorang pun yang akan terbunuh selepas ku ini. Wahai sekalian mnausia! Inilah Dajjal yang pembohong itu. Sesiapa yang taatkannya, maka ia berkekalan di dalam api neraka, dan sesiapa yang tidak menurutinya, maka ia tinggal berkekalan di dalam syurga.’


Dajjal meninggalkan lelaki itu, dan kemudian ia masuk ke Syam, dalam keadaan Dajjal menyeru manusia menurutinya, ketika itulah Nabi Isa turun…hingga akhir hadis (Bahr al-Mazi j15 ms 196)


Komentar:


1. Lelaki yang dikatakan dibunuh oleh Dajjal sebagai lelaki terakhir itu keluar dari Madinah, bukannya Palestin. Adakah ini  bermakna bayi yang baru lahir ini sampai masanya ia akan tinggal atau berada di Madinah? Madinah pula dikatakan sudah mempunyai 7 terowong sebagai jalan masuk seperti dalam beberapa riwayat hadis. Inikah terowong-terowongnya yang disebut hadis itu?


2. Lelaki yang bakal dibunuh Dajjal ini bukan Imam Mahdi. Seingat saya ketika mempelajari hadis akhir zaman daripada arwah Dr Walid al-Aani, pakar hadis berasal dari Iraq yang pernah mengajar di Universiti Yarmouk, Jordan sebelum kematiannya mengatakan Imam Mahdi muncul di Mekah. Orang ramai akan berbaiah kepadanya ketika musim haji.


3. Jika benar bayi yang dikatakan bercakap itu lelaki tersebut, bererti kemunculan Dajjal juga begitu hampir. Menurut beberapa riwayat, Dajjal sudah ada di sebuah pulau seperti hadis Tamim ad-Dari semenjak zaman Nabi SAW. Cuma dalam beberapa riwayat Dajjal akan muncul di Isfahan, Iran atau Khurasan. Pengikutnya yang paling ramai pula di kalangan orang Yahudi.


Kata arwah guru saya itu: ‘Orang Yahudi akan beramai-ramai pada akhir zaman nanti berkumpul di Isfahan, Iran.’ Soalnya, polisi luar negeri Iran sekarang cukup anti-Yahudi. Bilakah sebenarnya peristiwa ini, dan benarkah tentang bayi ini?

Wallahua’lam bissawab.


Last edited by contactlens on 4-9-2013 02:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 02:54 PM | Show all posts
ada riwayat (sumber) lain..
pemuda yang bakal di belah dua (kemudian hidup setelah di sambung) tu adalah Nabi Khidir A.S..

Nabi Khidir kenal betul siapa Dajjal..
sebab beliau dah ada sebelum Dajjal di lahirkan (zaman sebelum Nabi Musa)..

sedangkan Nabi Khidir (sahabat Iskandar Zulkarnain), sudah ada pada zaman Nabi Ibrahim..

jika Dajjal manusia immortal, memegang segala ilmu teknologi dan sains..
Nabi Khidir (tok guru Nabi Musa) juga manusia immortal..
memegang segala ilmu "dalaman" & "luaran" (antara 2 lautan)..

kisah Dajjal membelah manusia dan bercantum kembali..
kemudian si pemuda melawan dan kantoikan si Dajjal.. memang menarik..
pada aku, ini adalah sebuah kisah "pertembungan"..
pasti kedua2 nya bukan manusia biasa..

yang kisah Mekah & Kaabah di musnahkan..
my personal opinion, itu semua berlaku selepas kematian Nabi Isa dan Imam Mahdi..
yang mana manusia jadi rosak kembali..
yg mukmin (w'pun iman cuma setipis kulit bawang) semuanya akan mati..
bila datang suatu "angin" dari arah Yaman, mencabut nyawa org mukmin..
so ketika Kaabah di runtuhkan (dan kemudian kiamat besar), dunia cuma tinggal org2 yg jahat..

wallahualam..
Last edited by capiloton on 4-9-2013 03:18 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.706634 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list