CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2760|Reply: 3

Kerajaan Menganak Tirikan Kakitangan Swasta

[Copy link]
Post time 3-9-2006 02:09 AM | Show all posts |Read mode
aku nak mintak pandangan dari semua yg cerdik pandai kat dlm ni.... korang setuju tak kalau aku katakan kerajaan pada hari ini seperti menganak emaskan kakitangan awam tetapi pada masa sama jugak kerajaan telah menganak tirikan kakitangan swasta....

aku tgk saban tahun apabila bajet di bentangkan oleh Perdana Menteri... mesti ada bonus tambahan dan pelbagai elaun yg di berikan utk kakitangan awam  yg adakalanya di cemburui oleh pekerja-pekerja di sektor swasta...

aku terpikir jugak...kenapa lah kakitangan kerajaan ni begitu di beri keistimewaan oleh kerajaan? adakah kerana mereka bekerja dgn kerajaan dan dgn itu dorang telah membuat jasa pada kerajaan??? kalau nak cakap pasal jasa.. aku rasa sektor swasta juga tidak kurang hebatnya..bah kan aku berani katakan sektor swasta lah yg telah byk memberi pembangunan kepada negara....

cuba korang pikir dari mana datangnya pakar-pakar IT... daripada mana datangnya pakar-pakar perubatan, pakar-pakar jurutera dan pakar-pakar dari berbagai bidang lagi... kesemuanya datang dari sektor swasta....

dan cuba korang tgk sektor mana yg lebih cergas dan cerdas menjalankan kerja dan tugasan harian.. semuanya datang dari sektor swasta... jadi aku tak faham kenapa kakitangan sektor awam di beri keutamaan oleh kerajaan tetapi tidak pada kakitangan sektor swasta....

tak boleh ker bahagi keistimewaan itu pada kadar yg sama rata atau pada skala yg di rasakan wajar??? tapi dgn cara macam mana yek....



sekiranya kerajaan terus menganak emaskan kakitangan sektor awam tetapi menganak tirikan kakitangan sektor swasta...aku rasa kerajaan tidak patut berkempen secara besar-besaran apabila tiba musim pilihan raya....

kerajaan kan sudah ada kakitangan awam yg menikmati pelbagai kemudahan... suruh sajalah dorang tu turun padang utk gantung poster dan pangkah undi....

yg bekerja di sektor swasta ni pulak...aku rasa tak payah la kot menyibukkan diri menggantung poster dan beratur di tengah panas utk memangkah undi... sebab mana-mana kerajaan yg naik pun... kakitangan sektor swasta tetap takde perubahan jugakkan....:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2006 02:21 PM | Show all posts
thread yg sama dah dipost kat board current issues..http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=1 dgn ayat2 yg sama juga.  aku pun dah bg pendapat kat sana. rasanya better discuss kat board current issues jer.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 07:54 AM | Show all posts
dia tak puas ati ler tuh... hihihi
Reply

Use magic Report

reds78 This user has been deleted
Post time 14-9-2006 03:36 PM | Show all posts
ntah.. mintak la company dia naik gaji.. kenapa kerajaan nak naik kan gaji dia lak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 1.627533 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list