CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 579|Reply: 1

[Borneo] [ Luar BORNEO ] PRN Melaka : 41 pelajar, guru positif Covid-19

[Copy link]
Post time 6-12-2021 11:34 PM | Show all posts |Read mode
Satu kluster membabitkan dua madrasah dikesan tercetus daripada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kluster terbabit adalah Kluster Pulau Gadong di daerah Melaka Tengah.

Katanya, kes dikesan apabila seorang tenaga pengajar yang positif COVID-19 bertugas sebagai jentera parti ketika kempen pilihan raya berkenaan berlangsung.

Hasil siasatan dan saringan bersasar yang dilakukan terhadap 185 pelajar dan kakitangan madrasah kemudian mendapati kes indeks itu telah menjangkiti 41 pelajar serta tenaga pengajar yang lain.

“Bermula daripada 21 Nov, 11 tenaga pengajar ni telah menujukkan simptom tetapi tenaga pengajar ini telah mengajar di dua madrasah berkenaan pada 22 dan 23 Nov, dan indeks juga telah disahkan positif berdasarkan ujian RT-PCR pada 25 Nov,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Jasin, Melaka hari ini.

Tambah Dr Muhamad Akmal, kluster berkaitan PRN itu dikesan pada 21 November lalu dan guru agama terbabit kini dikuarantin manakala madrasah tersebut ditutup sementara operasinya sehingga 18 Disember ini.

Sementara itu, katanya, dalam tempoh dua minggu ini juga kemasukan pesakit COVID-19 di semua hospital kerajaan menurun sebanyak 0.6 peratus.

Ujarnya, penggunaan katil hospital turut mencatatkan penurunan sebanyak 4.8 peratus dalam tempoh berkenaan.

Jelasnya, kadar kesembuhan dalam tempoh itu pula menunjukkan kenaikan ekoran kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan pesakit COVID-19.

Dalam pada itu katanya, tiada pengundi dikesan dijangkiti COVID-19 ketika mengundi di semua 28 pusat pengundian seluruh Melaka pada 20 November lalu.

Beliau yakin prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan sepanjang PRN Melaka lalu boleh dijadikan model kepada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan datang.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2021 11:37 PM | Show all posts
Tolak tepi pasal jadi jentera parti ke apa ...


Kenapa ... Mengapa ... dah ada simptom pun masih nak pergi mengajar ...?

Bermula daripada 21 Nov, 11 tenaga pengajar ni telah menujukkan simptom tetapi tenaga pengajar ini telah mengajar di dua madrasah berkenaan pada 22 dan 23 Nov, dan indeks juga telah disahkan positif berdasarkan ujian RT-PCR pada 25 Nov




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SAMPAI BERCENDAWAN AKU DOK TUNGGU HANG
tokchikSAMPAI BERCENDAWAN AKU DOK TUNGGU HANG
Views : 6262 Replies : 37
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5116 Replies : 47
Cara Untuk Balik Kampung Merentasi Negeri
XimCara Untuk Balik Kampung Merentasi Neger
Views : 5452 Replies : 34
TAK SANGGUP NAK MARAH
KurexTAK SANGGUP NAK MARAH
Views : 6127 Replies : 40
Eh salah!
akuchentaEh salah!
Views : 2232 Replies : 16
PETUA ORANG TUA2... JANGAN TAK PERCAYA
tokchikPETUA ORANG TUA2... JANGAN TAK PERCAYA
Views : 5898 Replies : 36
Bila dah lapar jadi gini pulak
riena3321Bila dah lapar jadi gini pulak
Views : 10344 Replies : 65
Resepi apam balik
JENABREJAM89Resepi apam balik
Views : 4303 Replies : 22
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5527 Replies : 27
Komplot Kopi
InezkhalidiKomplot Kopi
Views : 8315 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.078507 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list