CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 741|Reply: 3

[Borneo] Orang ramai perlu divaksin setiap tahun -CEO Pfizer

[Copy link]
Post time 7-12-2021 12:31 AM | Show all posts |Read mode


Orang ramai berkemungkinan besar memerlukan suntikan vaksin Covid-19 secara tahunan selama bertahun-tahun pada masa akan datang, kata ketua firma farmaseutikal Pfizer kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini,

Dr Albert Bourla berkata, beliau berpendapat suntikan berkala tersebut perlu untuk mengekalkan ‘perlindungan tahap tinggi’ daripada jangkitan koronavirus.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer itu bercakap kepada BBC sebelum kemunculan varian Omicron yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan dan juga menjelang pengumuman London bahawa Britain telah menandatangani kontrak untuk membeli 54 juta dos tambahan vaksin Pfizer-BioNTech serta 60 juta dos Moderna pada tahun 2022 dan 2023.

Bourla berkata, Pfizer telah pun menghasilkan vaksin dinaik taraf bagi menangani varian Beta yang juga pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan Delta yang julung kalinya ditemui di India namun, kedua-dua vaksin itu tidak diperlukan.

Pfizer, katanya, kini berusaha untuk menghasilkan vaksin diperbaharui bagi menangani varian Omicron dengan dos tersebut dijangka siap dalam masa 100 hari.

Sementara itu, beberapa yayasan kesihatan global mendakwa bahawa Pfizer, BioNTech dan Moderna telah mengaut keuntungan daripada pandemik dan ia adalah perbuatan tidak bermoral.

Pfizer menjana pendapatan sekurang-kurangnya AS$35 bilion (RM148 bilion) hasil daripada jualan vaksin pada tahun ini yang turut menyaksikan harga sahamnya melonjak tinggi

Bourla bagaimanapun menganggap isu syarikatnya mengaut keuntungan sebagai perkara biasa.

“Apa yang penting adalah berjuta-juta nyawa dapat diselamatkan,” katanya.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2021 12:32 AM | Show all posts
Tiap tahun ...?  




Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2021 07:59 AM | Show all posts
enjoy yourself final fantasy
gudluck
tuntung dili tuntung muaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2021 08:01 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 7-12-2021 07:59 AM
enjoy yourself final fantasy
gudluck
tuntung dili tuntung muaaaa
booster pun lom ...






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.089522 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list