CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 608|Reply: 0

[Borneo] Jauhi sungai, pantai walaupun tidak hujan – Polis

[Copy link]
Post time 19-12-2021 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Polis Terengganu menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan pantai dan sungai walaupun keadaan cuaca baik serta tidak hujan.

Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, sepanjang musim tengkujuh ini arus air lebih deras di samping ombak kuat berbanding kebiasaan sekali gus berisiko meragut nyawa jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Setiap tahun, ada sahaja yang menjadi mangsa banjir, jadi kita minta ibu bapa mengawasi pergerakan ahli keluarga termasuk mengelakkan riadah atau jalan-jalan di sungai atau pantai.

“Walaupun kawasan itu sudah biasa dikunjungi, namun tetap berbahaya untuk sebarang aktiviti terutama pada musim tengkujuh,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Tamat Latihan & Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.

Seramai 328 pelajar UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun menerima sijil lantikan masing-masing selepas berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang.

Dalam perkembangan sama, menurut Rohaimi, seramai 997 pegawai dan anggotanya terlibat dalam penugasan banjir kali ini bagi membantu penduduk yang terjejas di seluruh negeri.

Malah katanya, pelbagai aset milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk 39 bot dan 215 kenderaan darat sedia digerakkan dalam bencana itu.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
SAMPAI BERCENDAWAN AKU DOK TUNGGU HANG
tokchikSAMPAI BERCENDAWAN AKU DOK TUNGGU HANG
Views : 6262 Replies : 37
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5116 Replies : 47
Cara Untuk Balik Kampung Merentasi Negeri
XimCara Untuk Balik Kampung Merentasi Neger
Views : 5452 Replies : 34
TAK SANGGUP NAK MARAH
KurexTAK SANGGUP NAK MARAH
Views : 6127 Replies : 40
Eh salah!
akuchentaEh salah!
Views : 2232 Replies : 16
PETUA ORANG TUA2... JANGAN TAK PERCAYA
tokchikPETUA ORANG TUA2... JANGAN TAK PERCAYA
Views : 5898 Replies : 36
Bila dah lapar jadi gini pulak
riena3321Bila dah lapar jadi gini pulak
Views : 10344 Replies : 65
Resepi apam balik
JENABREJAM89Resepi apam balik
Views : 4303 Replies : 22
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5527 Replies : 27
Komplot Kopi
InezkhalidiKomplot Kopi
Views : 8315 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.058150 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list