CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 0

[Borneo] Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap divaksin

[Copy link]
Post time 25-12-2021 09:54 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Sebanyak 22,831,577 individu atau 97.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam 23 Dis.

Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW memaklumkan sejumlah 98.8 peratus atau 23,132,540 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu,  menurut Bernama 87.1 peratus atau 2,742,885 individu remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 2,838,825 individu atau 90.1 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 176,463 dos vaksin telah diberikan yang melibatkan 167,684 dos penggalak dengan 5,275 lengkap dos dan 3,504 dos pertama.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 meningkat kepada 56,576,586 dengan 5,226,764 daripadanya adalah dos penggalak.


sarawakvoice.com/2021/12/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.364398 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list