CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Borneo] Vaksinasi dos penggalak secara jumpa terus di semua PPV mulai hari ini

[Copy link]
Post time 29-1-2022 09:28 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menawarkan perkhidmatan vaksinasi dos penggalak COVID-19 secara jumpa terus kepada golongan berusia 18 tahun ke atas, di semua pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara mulai hari ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (gambar) berkata bagi PPV pengamal perubatan swasta (GP) pula, individu dimohon menghubungi klinik swasta terlibat bagi menentukan masa yang sesuai, untuk mendapatkan janji temu vaksinasi dos penggalak itu.

“Ini bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi pada setiap masa, kerana mengambil kira ruang yang terhad di klinik swasta,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Khairy berkata individu yang ingin hadir secara jumpa terus, perlu mempunyai sijil vaksinasi digital lengkap dalam aplikasi MySejahtera, bagi melancarkan proses vaksinasi.

“Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai sijil vaksinasi digital kerana tiada telefon pintar, maka dikehendaki membawa kad vaksinasi fizikal ke PPV,” katanya sambil menambah jenis vaksin diberikan adalah terhad kepada bekalan yang ada di setiap PPV.

Beliau berkata senarai PPV GP serta ‘Offsite’ boleh disemak melalui laman sesawang ‘ProtectHealth’ iaitu www.protecthealth.com.my dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

“KKM menjangkakan mobiliti penduduk di dalam negara akan meningkat dan lebih banyak aktiviti sosial atau perkumpulan keluarga akan berlaku, memandangkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

“Sehubungan itu, KKM amat mengalakkan semua penduduk di Malaysia yang layak, untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti,” tambahnya.

Sehingga Khamis, seramai 11,531,403 atau 49.3 peratus penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

Sementara itu, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dalam satu kenyataan menyatakan kesemua PPV yang dioperasikan oleh GP dan NGO di bawah ProtectHealth akan melaksanakan vaksinasi secara jumpa terus di seluruh negara.

“Individu yang ingin mendapatkan vaksinasi secara jumpa terus, perlu memastikan bahawa sijil vaksinasi digital mereka di MySejahtera adalah lengkap.

“Mereka dengan janji temu menerusi MySejahtera akan diberikan keutamaan dan pemberian dos penggalak akan diberikan atas dasar secara siapa cepat dia dapat dahulu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan ProtectHealth juga menyatakan bahawa orang ramai akan terus mendapat janji temu menerusi aplkasi MySejahtera kerana janji temu vaksinasi masih lagi berterusan dan disahkan. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.074634 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list