CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 2

[Borneo] [ Edisi Macau ] Pegawai bank rugi RM605,000

[Copy link]
Post time 23-3-2022 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai bank rugi RM605,000 terpedaya sindiket Macau Scam

Seorang pegawai bank terjerat dengan modus operandi licik Macau Scam apabila menyerahkan wang RM605,000 kepada sindiket berkenaan.

Difahamkan, wanita berusia 53 tahun pada mulanya mendapat panggilan daripada seorang individu mendakwa ejen insurans yang memaklumkan namanya digunakan untuk membuat tuntutan pampasan satu kes kemalangan, penghujung Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani, berkata mangsa disambungkan ke beberapa individu sehingga namanya didakwa terbabit dengan pengubahan wang haram.

"Wanita itu mendapat panggilan kononnya daripada ibu pejabat satu syarikat insurans pada 26 Januari lalu yang memperkenalkan diri sebagai 'Suraya Sani' dan mendakwa ada individu membuat tuntutan pampasan kemalangan RM68,800 menggunakan nama mangsa.

"Mangsa memaklumkan tidak mempunyai sebarang insurans sebelum disambungkan kononnya ke Balai Polis Pudu dan bercakap dengan 'Sarjan Hairul Mohd Musa' menggunakan talian 03-92850222," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lelaki mendakwa sarjan itu mengaku daripada Bahagian Siasatan Jenayah, memberitahu mangsa bahawa maklumatnya sudah terdedah dan berkait dengan satu kes jenayah komersial di Sabah.

"Lelaki itu kemudian menyambungkan panggilan kepada 'Inspektor Azrai' yang memaklumkan mangsa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang. Mangsa selepas itu disambungkan pula kepada seorang individu, kononnya penolong pendakwa raya bernama 'Mastura' di talian 011-39462446 dan ditunjukkan waran tangkap," katanya.

Aibee berkata, mangsa membuat laporan polis semalam dan hasil siasatan awal mendapati dia mengeluarkan wang daripada akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebanyak RM425,000 dan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM180,000 yang dimasukkan ke dalam satu akaun bank.

"Mangsa yang terpedaya dengan sindiket sudah mendedahkan maklumat akaun itu kepada suspek menyebabkan semua wang lesap. Berikutan itu, siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2022 09:13 PM | Show all posts
yang kerja dengan bank pun tertipu ... apalagi kita2 ni...
hati-hati lah ...
sentiasa ingatkan orang keliling kita ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 12:14 PM | Show all posts
Betul tu FC.
Yang kerja bank pun boleh terkena.
Sentiasa berhati2 lah kita semua.
Terima kasih Ingatkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.125255 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list