CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15952|Reply: 0

[Kedah] Kakak maut, adik cedera parah, motosikal langgar lori

[Copy link]
Post time 19-2-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Kakak maut, adik cedera parah, motosikal langgar lori


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Gadis berusia 19 tahun yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Parit Buaya, Jalan Gunung Keriang, di sini manakala adik lelakinya cedera parah di kepala dihantar ke HSB untuk rawatan. FOTO IHSAN Pembaca




Alor Setar: Seorang gadis berusia 19 tahun maut manakala adik lelakinya parah di kepala selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar lori di simpang Kampung Parit Buaya, Jalan Gunung Keriang, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 2.10 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM Sport itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya yang berusia lima tahun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua beradik itu beralamat di Kampung Semarang, Mukim Gunung, Alor Janggus, di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki dua beradik itu datang dari arah lampu isyarat Alor Janggus menuju ke arah lampu isyarat Gunung Keriang manakala lori berkenaan dari simpang jalan mini tar sebelah kanan ke kiri jalan.
"Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal terbabit sedang bergerak lurus sebelum lori itu melintas dari simpang di hadapan laluan motosikal berkenaan.




"Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian sisi kiri belakang lori berkenaan," katanya.

Ahmad Shukri berkata, penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, adik lelaki mangsa yang mengalami pendarahan di kepala sedang dirawat di HSB.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Setakat ini pemandu lori berusia 59 tahun itu sudah menyerah diri di balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.



Disiarkan pada: Februari 19, 2024 @ 9:05pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048907 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list