CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2308|Reply: 0

[Pulau Pinang] Operasi pembenihan awan hari dan esok di Pulau Pinang, Perak

[Copy link]
Post time 27-2-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Operasi pembenihan awan hari ini dan esok di Pulau Pinang, Perak


Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Februari 27, 2024 @ 2:16pm   yusri.muzamir@bh.com.my




Empangan Air Itam di Georgetown yang kini merekodkan kadar takungan 37 peratus antara sasaran operasi pembenihan awan di dua negeri pada hari ini dan esok.




KUALA LUMPUR: Operasi pembenihan awam akan dilaksanakan pada hari ini dan esok menyasarkan kawasan sekitar beberapa empangan di Pulau Pinang dan Perak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata operasi itu berdasarkan permohonan kerajaan negeri yang menyasarkan kawasan sekitar Empangan Teluk Bahang di Balik Pulau dan Empangan Air Itam di Georgetown masing-masing di Pulau Pinang, selain Empangan Bukit Merah di Perak.

"Ia sebahagian tindakan awal bagi mengatasi penyusutan air di tiga empangan berkenaan dengan peratus kapasiti masing-masing di Empangan Teluk Bahang adalah 80 peratus; Empangan Air Itam (37 peratus) dan Empangan Bukit Merah (80 peratus)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai persediaan atau langkah kerajaan berdepan cuaca panas dan kering di Dewan Rakyat, hari ini.

Nancy berkata, operasi pembenihan awan itu dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi cuaca panas dan kering susulan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) dan ia bertujuan menjamin bekalan air dengan pelaksanaannya menyasarkan lokaliti berhampiran kawasan tadahan hujan.

Langkah itu, katanya, lanjutan daripada ketetapan Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Bencana berkaitan Kemarau bagi memperkasa kesiapsiagaan impak cuaca panas dan kering yang dijangka berlarutan hingga akhir Mac ini.

Pelaksanaan operasi pembenihan awan itu akan diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia, berpandukan permohonan kerajaan negeri.

Sementara itu, Nancy berkata, kenyataan media METMalaysia pada 13 Februari lalu melaporkan taburan hujan akan berkurangan di kebanyakan tempat terutama di utara Semenanjung, termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri yang memerlukan bantuan untuk melakukan operasi pembenihan awan boleh mengemukakan cadangan kepada NADMA.

"Ia bagi membolehkan penilaian kesesuaian lokasi dan atmosfera di kawasan cadangan dilakukan METMalaysia terlebih dahulu bagi menjamin kejayaan operasi berkenaan.

"Kejayaan operasi pembenihan awan bergantung keadaan atmosfera yang sesuai seperti kelembapan tinggi, kehadiran awan kumulus dan kelajuan angin yang lemah.

"Faktor sedemikian akan membolehkan penghasilan hujan yang tepat di kawasan disasarkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Santubong.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71589 Replies : 2932
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 161471 Replies : 3924
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19524 Replies : 76
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26186 Replies : 195
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4132 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4532 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14008 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 8212 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 1.058318 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list