CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8390|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dakwa tidak dilayan kakitangan pejabat agama tidak benar

[Copy link]
Post time 8-3-2024 05:31 PM | Show all posts |Read mode
Dakwa tidak dilayan kakitangan pejabat agama tidak benar

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 Mac 2024 04:41pm








Tangkap layar hantaran Facebook lelaki mualaf mengenai sijil perkahwinannya.




GEORGE TOWN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) menafikan dakwaan seorang lelaki yang tidak diberi layanan sepatutnya ketika berurusan berhubung sijil perkahwinan beberapa hari lalu.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Barat Daya berkata, dakwaan yang mengatakan dia tidak diberi layanan oleh kakitangan pejabat agama adalah tidak benar sama sekali.



Menurutnya, dakwaan lelaki mualaf bahawa dia perlu berulang-alik sehingga sembilan kali ke Pejabat Agama Daerah Barat Daya di sini bagi mendapatkan sijil perkahwinannya adalah berpunca daripada kegagalan lelaki itu melengkapkan dokumen yang diperlukan.

"Sebenarnya, lelaki itu telah berkahwin di Indonesia yang mana, isterinya juga warganegara negara itu. Oleh kerana mereka berkahwin di luar negara, maka ada beberapa dokumen yang diperlukan tidak dilengkapkan.



"Kakitangan pejabat agama kemudiannya meminta lelaki berkenaan melengkapkan semua dokumen kerana ia merupakan prosedur sedia ada.
"Jika dia tidak melengkapkan dokumen seperti yang ditetapkan, maka sijil perkahwinan mereka tidak akan diluluskan oleh pejabat agama," katanya selepas melancarkan Kempen Respek Ramadan dan Program Operasi Bersepadu Bulan Ramadan 2024 di Masjid Kampung Rawa di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan seorang pemuda yang menyatakan dia terpaksa berulang-alik sebanyak sembilan kali dengan jarak keseluruhan perjalanan sebanyak 700 kilometer bagi mendapatkan sijil perkahwinannya daripada pejabat agama.

Lelaki itu mendakwa pejabat agama seharusnya memudahkan proses untuk pasangan yang baharu berkahwin mendapatkan sijil perkahwinan masing-masing dan bukannya menyusahkan mereka.




Dalam pada itu, kata jurucakap itu lagi, permohonan lelaki tersebut diproses sama seperti permohonan pasangan lain yang berkahwin di luar negara.

"Prosesnya adalah sama dengan pasangan lain yang bernikah di luar negara, ia adalah sama. Isu ini telah selesai sebenarnya, kita sudah mengeluarkan sijil perkahwinan lelaki itu selepas dia melengkapkan kesemua dokumen yang diperlukan.




"Isu ini telah selesai, pihak pejabat agama juga telah menghantar mesej di aplikasi WhatsApp kepada lelaki tersebut bagi memaklumkan bahawa sijil perkahwinannya telah diluluskan. Dia juga boleh mengambil sijil perkahwinan tersebut pada bila-bila masa di pejabat agama," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.890741 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list