CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8970|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki tak sempat jual sepatu merah berjenama yang dicuri

[Copy link]
Post time 12-3-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK ditahan di sini, kerana disyaki mencuri sepatu berjenama. FOTO Ihsan PDRM

Bayan Lepas: Lelaki tidak sempat jual sepatu merah berjenama bernilai RM600 yang dicurinya di sebuah kondominium di Lengkok Kelicap di sini, apabila dia diberkas polis, kelmarin.

Perbuatan lelaki berusia 22 tahun itu dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum pengadu bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berjaya diberkas di rumahnya di Batu Uban di sini, pada 11.20 malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemukan barang yang curi iaitu sepasang sepatu berjenama berwarna merah di lantai pada ruang tamu.


"Terdahulu, tindakan suspek itu dikesan pengadu menerusi CCTV di lokasi.

"Sepatu berkenaan bernilai RM600 sepasang dan suspek mendakwa mencuri kasut itu bagi dijual," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Kamarul lagi, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif daripada pengambilan dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Sek 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai boleh menyalur maklumat kegiatan atau kejadian jenayah dengan menghubungi bilik gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122, 019-2238169 (Aplikasi Whatsapp) atau laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menerusi Messenger.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rjenama-yang-dicuri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071412 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list