CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2116|Reply: 0

[Pulau Pinang] "Pulau Pinang perlu tegas tangani pencemaran Sungai Air Merah, Sungai Kulim'

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode

Gambar fail - Air sisa kumbahan ternakan itik dilepaskan ke dalam anak sungai yang mengalir ke sungai ketika pemeriksaan di sebuah ladang ternakan itik di perkampungan Sungai Lembu. NSTP/DANIAL SAAD

BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang digesa mengambil tindakan lebih tegas untuk menyelesaikan isu pencemaran di Sungai Air Merah dan Sungai Kulim susulan pelepasan sisa itik yang dilaporkan baru-baru ini.

Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), Muhammad Fauzi Yusoff, berkata sikap golongan penternak yang tidak bertimbang rasa dan berleluasa mencemarkan sungai menyebabkan hidup rakyat semakin sengsara.

Beliau berkata, perkara itu amat bercanggah dengan tema kerajaan negeri yang dinaungi oleh DAP iaitu 'Cleaner Greener Penang'.

"DAP yang dahulunya sangat mengagungkan tema ini sehingga menjadi satu dasar kebersihan kerajaan negeri, kini diam menikus apabila berhadapan dengan isu pencemaran ini.



"Justeru, saya mendesak agar kerajaan negeri mengambil tindakan yang lebih tegas untuk menyelesaikan isu ini.

"Rakyat sedang memerhati dan menilai setiap tindakan kerajaan. Kesejahteraan rakyat perlu dijadikan keutamaan oleh pihak kerajaan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Fauzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, berkata isu pencemaran sungai sudah berlaku sekian lama termasuk di Pulau Pinang.

"Contohnya, isu Sungai Kreh yang sehingga sekarang masih lagi tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

"Pihak berkuasa yang berhak mengambil tindakan berikutan masalah ini ialah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berada di bawah kerajaan negeri.

"Enakmen undang-undang juga telah lama wujud, namun tindakan dan penguatkuasaan kepada masalah (pencemaran) adalah sangat lemah.

"Adakah kerajaan negeri lemah dalam menguatkuasakan undang-undang atau terdapat 'sesuatu' di belakang tabir hingga tiada penyelesaian tuntas dibuat sehingga sekarang?," soalnya.

Terdahulu, media melaporkan JAS Kedah mengesan berlakunya kegiatan melepaskan sisa ternakan babi disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.

Pengarahnya, Sharifah Zakiah Syed Sahab, dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu sebelum pegawai penyiasat JAS Cawangan Kulim digerakkan bagi mengesan punca kejadian.

Katanya, pemeriksaan lapangan yang dilakukan pegawai penyiasat meliputi kawasan hulu sungai berjaya mengesan aliran air hitam dari Sungai Air Merah mengalir masuk ke Sungai Kulim.

Bagaimanapun, dalam lawatan yang diadakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang bersama JAS dan Majlis Bandaraya Seberang Perai ( MBSP) mendapati pencemaran yang berlaku sebenarnya bukan berpunca dari ladang babi terbabit, sebaliknya adalah disebabkan ternakan itik yang terletak bersebelahan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ai-air-merah-sungai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.078333 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list