CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4448|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiba masa lahirkan lebih ramai pelajar dalam bidang STEM

[Copy link]
Post time 28-3-2024 04:24 PM | Show all posts |Read mode
Tiba masa lahirkan lebih ramai pelajar dalam bidang STEM

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

28 Mac 2024 03:37pm




Kon Yeow (berdiri lima dari kiri) menyaksikan pemberian sumbangan sebanyak RM50,000 oleh Kilang Jabil Pulau Pinang kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir untuk mewakili Malaysia ke FTC World Championship di Houston, Amerika Syarikat nanti.




BAYAN LEPAS - Malaysia memerlukan lebih ramai pelajar yang menceburkan diri dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berikutan negara kini menjadi tumpuan dunia sebagai lokasi pelaburan teknologi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, di peringkat Pulau Pinang, untuk melahirkan lebih ramai pelajar dalam bidang STEM telah dipertanggungjawabkan kepada Penang Science Cluster.



Menurutnya, selain menganjurkan pelbagai program menarik, Penang Science Cluster juga berperanan ke sekolah-sekolah seluruh negeri termasuk sekolah rendah untuk menarik minat bukan sahaja pelajar malah dalam kalangan tenaga pengajar.
"Penang Science Cluster telah memulakan usaha ini sejak beberapa tahun sebelum ini. Bagaimanapun, kolaborasi antara kerajaan, ahli akademik dan industri untuk sama-sama mencungkil bakat dalam kalangan rakyat bagi mewujudkan modal insan yang sesuai dan dapat memenuhi kehendak industri bukannya mudah.


"Proses untuk (mewujudkan) modal insan bukan boleh sekelip mata, ia mengambil masa 10 hingga 15 tahun sebelum pelajar itu dapat menyumbang kepada industri di negara kita.

"Ia memerlukan satu perancangan yang panjang, masa yang lama iaitu bermula daripada peringkat sekolah rendah. Ini lah yang Pulau Pinang lakukan sekarang di bawah Penang Science Cluster," katanya selepas menghadiri Majlis Journey To First Tech Challenge (FTC) World Championships di Kilang Jabil Penang P1 di sini pada Khamis.

Sebelum itu, Kon Yeow menyaksikan pemberian sumbangan sebanyak RM50,000 oleh Kilang Jabil Pulau Pinang kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir untuk mewakili Malaysia ke FTC World Championship di Houston, Amerika Syarikat nanti.

Menurut Kon Yeow, sekiranya tiada usaha yang berpanjangan, Malaysia termasuk Pulau Pinang akan jauh ketinggalan.




"Bukan senang untuk menarik minat murid dan pelajar sekolah untuk meminati sains kerana ia bukan subjek yang mudah. Bukan semua pelajar mahu lalui proses yang begitu mencabar tetapi negara amat memerlukan (golongan ini).

"Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, sebelum ini terlalu banyak opsyen untuk pelajar memilih, jika jurusan sains sukar, mereka boleh memilih jurusan lain.

"Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan, kita kena pastikan bilangan pelajar (dalam bidang sains) yang mencukupi. Bukan sahaja pelajar malah dalam kalangan tenaga pengajar serta kemudahan lain, ia perlu dirancang untuk mencapai matlamat ini," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang optimis dengan Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Ke-31 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Kata Kon Yeow, sasaran kerajaan terhadap Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) untuk mencatatkan RM367.8 bilion pelaburan direalisasi menjelang 2030 dan menjadi hab ekonomi dan teknologi bertaraf dunia menerusi tiga bidang tumpuan baharu adalah berasas.

"Ini sasaran yang dijangka oleh NCIA dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Jadi memandangkan anggaran ini berasas dengan usaha yang dilakukan.

"Bagaimanapun, apa yang dianggarkan oleh NCIA selalunya rendah daripada pencapaian yang sebenar.

"Kita optimistik dan mesyuarat semalam penuh dengan 'optimism' bahawa kita ada peluang tetapi perlu menghadapi cabaran. Peluang hanya akan datang kepada mereka yang bersedia, bukan kepada mereka yang tidak bersedia," katanya.

Pada Rabu, Anwar berkata, tiga bidang tumpuan baharu tersebut adalah Perkhidmatan Termaju, Pembuatan Bernilai Tinggi dan Pertanian Moden.

Beliau berkata, dua pemacu perubahan yang akan menyokong perancangan tersebut adalah amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan pelaksanaan penggunaan digital.

Anwar berkata Mesyuarat NCIA Ke-31 yang itu telah meneliti beberapa perkara utama berkaitan dengan Pelan Pembangunan Strategik NCER 2024-2030.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.037023 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list