CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20145|Reply: 0

[Pulau Pinang] Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 30-3-2024 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Kon Yeow

30 Mac 2024 03:17pm




Kon Yeow bersama penduduk setempat memasak bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk bersama Ketua Menteri Pulau Pinang di Masjid Jamiul Sharif Pokok Machang pada Sabtu. Foto Bernama




BUTTERWORTH - Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Bagaimanapun, beliau berkata, hal itu tertakluk kepada keputusan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana projek tersebut di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya kerajaan negeri.



"Projek (teksi air) ini adalah merupakan inisiatif oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebab itu perkhidmatannya hanya disediakan di bahagian pulau.

"Tambahan projek ini baru di peringkat percubaan dan belum mula lagi, jadi, kita tak tahu bagaimana maklum balas daripada pengguna, tetapi, sekiranya terbukti ada sambutan mungkin boleh dipertimbangkan namun ia bergantung kepada MBSP yang bertanggungjawab di bahagian Seberang Perai,” katanya kepada pemberita.



Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Memasak Bubur Lambuk di Masjid Jamek Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini pada Sabtu.

Kon Yeow mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mencadangkan supaya perkhidmatan feri air turut diperluaskan ke Seberang Perai kerana kawasan itu juga berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

Media pada Disember lepas melaporkan perkhidmatan teksi air yang pertama dan lengkap di negeri ini dijangka memulakan perkhidmatan tahun ini sebagai alternatif perkhidmatan pengangkutan yang mudah dicapai orang awam di kawasan pulau.

Perkhidmatan teksi air merupakan sebahagian daripada rancangan yang dikemukakan dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 162621 Replies : 3932
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19733 Replies : 79
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 26465 Replies : 197
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4763 Replies : 69
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5281 Replies : 41
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71690 Replies : 2932
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5003 Replies : 4
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 4233 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102603 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4633 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.637543 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list