CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11084|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jangan musnah kepercayaan bila diberi peluang kedua

[Copy link]
Post time 14-4-2024 02:01 PM | Show all posts |Read mode

Shahmirul (tengah), bersama rakan sekerja kini sudah kembali kepada masyarakat selepas bergelar banduan. ZUHAINY ZULKIFFLI

Georgetown: Gelaran bekas banduan akibat kesilapan lalu membuatkan seorang lelaki bimbang berdepan hari-hari yang sukar apabila dibebaskan dari penjara.

Bagaimanapun, episod 'perit' dilaluinya berjaya ditangani dan kini bersemangat menjalani hidup apabila diterima dengan baik selepas kembali ke pangkuan masyarakat.

Mohd Shahmirul Emy Rohizan, 27, berkata dia menjalani hukuman penjara selama 16 bulan di Penjara Pokok Sena, Kedah akibat terbabit dengan najis dadah.

Menurutnya, sejurus dibebaskan pada 2022, dia bekerja di sebuah restoran nasi kandar di negeri ini dan kepercayaan majikan serta peluang yang diberi turut menjadi pemangkin semangatnya.


"Pada mulanya saya rasa malu apabila bertemu dengan rakan dan orang kampung yang datang makan di restoran ini.

"Namun, prasangka saya berubah apabila mereka langsung tidak mengungkit kisah silam, malah memberi sokongan dan kata semangat selain menyatakan gembira melihat perubahan saya," katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, majikannya turut menawarkan pelbagai peluang termasuk melanjutkan pelajaran selain beberapa rakan bekas banduan juga diambil bekerja di restoran berkenaan.

Katanya, jika tiada 'masyarakat' seperti majikannya, bekas banduan pasti tidak mendapat peluang untuk memulakan hidup baru.

"Kepada golongan senasib, persepsi masyarakat kini terhadap bekas banduan tidak lagi seperti dulu yang mana mereka akan beri sokongan jika kita benar-benar mahu berubah.

"Jangan musnahkan kepercayaan mereka apabila sudah diberi peluang. Paling penting dengan siapa kita bergaul, berkawanlah dengan 'orang baik-baik', insya-Allah kita juga akan jadi baik," katanya.

Katanya, banyak yang dipelajari ketika menjalani hukuman antaranya kembali mengenal tikar sembahyang dan mengikuti pengajian agama di penjara.

"Ketika berada dalam tahanan, memang terasa sunyi dan saya pernah menangis semahu-mahunya kerana kesal dengan kesilapan lalu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iberi-peluang-kedua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.778254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list