CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 27-4-2024 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang

27 April 2024 05:37pm








Chow Kon Yeow




GEORGE TOWN - Tiga syarikat semikonduktor baharu berminat untuk melabur di Pulau Pinang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak AS$100 juta (AS$1=RM4.76), kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).



Kon Yeow berkata, pelaburan AS$100 juta itu sebagaimana dinyatakan oleh Blue Chip Venture Capital (BCVC), berperanan penting dalam menarik pelaburan strategik ke Pulau Pinang dan dijangka merancakkan segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) negeri itu yang kian berkembang dengan ekosistem pembungkusan serba maju.

"WLCSP merevolusikan industri semikonduktor dengan bertindak membangunkan teknologi inovatif selain membantu pelanggan melaksanakan pembuatan pakej semikonduktor dengan volum tinggi.



"SJE pula berpengalaman luas dalam bahan, peralatan serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan hebat manakala AMTE adalah penyedia utama radas pembuatan semikonduktor dihasilkan di China dengan produk utama tertumpu kepada peralatan ‘etching’ atau pengetsaan dan pemproses filem yang digunakan di bahagian hadapan pemprosesan semikonduktor,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Kon Yeow berkata, pemeteraian memorandum persefahaman dengan syarikat semikonduktor itu dilaksanakan sewaktu berlangsungnya Sidang Kemuncak KL20 pada minggu lepas yang menjadi asas bagi hasrat itu.

Selain itu, menjawab gesaan bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya negeri itu menjalankan pascanilai bagi meneliti bagaimana Pulau Pinang terlepas peluang hab atau taman reka bentuk IC kepada Selangor, Kon Yeow menegaskan bahawa Pulau Pinang masih kekal menarik kepada pelabur.

Malah, beliau juga menyambut baik sebarang pertemuan dengan Lim untuk membincangkan perkara itu.




Dalam pada itu, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Blue Chip VC, Tim Chen menyifatkan kerjasama dengan Pulau Pinang sebagai satu perkembangan penting dalam industri semikonduktor negeri itu dan akan memakan masa beberapa bulan sebelum dapat dilaksanakan.

"Usaha bersama ini dapat mewujudkan ratusan peluang pekerjaan,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan Oriza PE Yao Hua, Pengasas Gallizul Capital Steven Hsieh dan Ketua Pegawai Eksekutif Rigol Technologies Wang Ning.- Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157861 Replies : 3865
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187945 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4232 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19095 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 3434 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 3535 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3838 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.447257 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list