CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2746|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Akauntan rugi RM6,300 selepas dihubungi Inspektor Firdaus dan Sarjan Azri

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR Hiasan

Jempol: Seorang akauntan kerugian RM6,300 selepas terpedaya dengan panggilan palsu dari Kementerian Komunikasi dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata mangsa seorang wanita berusia 24 tahun sebelum itu menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 4.24 petang semalam mendakwa dari Kementerian Komunikasi.

Katanya lelaki itu memaklumkan kepada mangsa bahawa nombor telefon milik mangsa mempunyai 27 aduan atas kesalahan mengiklan judi dalam talian dan pelaburan tidak sah di sekitar kawasan Melaka.

"Tidak lama selepas itu, mangsa menerima panggilan telefon daripada Sarjan Azri dari IPD Melaka Tengah dan panggilan kemudian disambung kepada Inspektor Firdaus dari IPD sama.


"Mangsa dimaklumkan mengenai pembabitan dalam penyelewengan wang dan penyalahgunaan dadah.

"Polis palsu itu turut menghantar dokumen dalam bentuk PDF dan menyatakan dokumen itu adalah waran tangkap ke atas mangsa, "katanya.

Hoo berkata suspek memberi dua pilihan kepada mangsa untuk menyelesaikan masalah sama ada mengaku salah atau membuat membuat pembayaran secara pindahan dalam talian.

Katanya mangsa kemudian terus membuat pemindahan wang ke akaun atas nama individu lain sebanyak RM6,300 kononnya untuk semakan Jabatan Audit Negara.

"Mangsa bagaimanapun menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis pada jam 9.34 malam dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sebelum menyedari menjadi mangsa penipuan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aus-dan-sarjan-azri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054661 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list