CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6739|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang warta ajaran Qadiani atau Ahmadiah sesat sejak 2017

[Copy link]
Post time 12-5-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

GEORGETOWN: Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang mewartakan ajaran Qadiani atau Ahmadiah sesat sejak 2017.

Sehubungan itu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata masyarakat Islam di negeri ini dilarang mengamalkan ajaran berkenaan.

Beliau berkata larangan membabitkan segala usaha mengedar, membeli, memiliki atau menyampaikan ceramah mengenai sebarang publisiti dan siaran yang menonjolkan kefahaman itu.

Katanya, beliau juga mengharapkan kerjasama agensi kerajaan lain terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya turut serta memainkan peranan bagi memastikan ajaran itu tidak tersebar dalam masyarakat Islam di negara ini.


"Semoga kesucian agama Islam di negara ini sentiasa terpelihara daripada dicemari oleh segala ajaran sesat dan fahaman yang menyeleweng," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Salim berkata, terdapat beberapa kesalahan dan dakwaan palsu di dalam video tular antaranya Imam Mahadi akan mengubah syariat termasuk ibadat solat.

"Sedangkan menurut kepercayaan Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan hadis mutawatir, Imam Mahadi tidak akan membawa sebarang ajaran baharu yang bercanggah dengan syariat yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

"Begitu juga dakwaan bahawa Kaabah yang asal bukan terletak di Tanah Suci Makkah tetapi di Petra Jurdan adalah bercanggah dengan fakta sejarah, malah dengan Sirah atau biografi Nabi Muhammad SAW sendiri yang dirakam dengan rapi dan teliti oleh ahli sejarah seperti Abu Ishak, At-Tabari, Ibnu Kathir dan ramai lagi," katanya.

Menerusi kenyataan itu juga beliau menyokong arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) supaya semua jabatan dan agensi Islam termasuk Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) bergabung tenaga membanteras ajaran Ahmadiah dan ajaran seumpamanya.

Ia susulan ajaran Ahmadiah yang cuba ditularkan kembali menerusi media sosial walaupun sudah sekian lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat persekutuan dan negeri.

Terdahulu, sebuah video tular memaparkan perbualan telefon antara seorang individu dalam ajaran Ahmadi yang berperanan sebagai pendeta, mendakwa Imam Mahadi membawa kaedah ibadah dan ritual yang baharu 'seperti dijanjikan dalam hadis'.
https://www.bharian.com.my/berit ... ah-sesat-sejak-2017
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157861 Replies : 3865
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187945 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4232 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19095 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 3434 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 3535 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3838 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.067496 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list