CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5767|Reply: 0

[Pulau Pinang] 10 bot ditahan ceroboh zon penangkapan ikan

[Copy link]
Post time 13-5-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-5-2024 05:42 PM

10 bot ditahan ceroboh zon penangkapan ikan
OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

13 Mei 2024 04:31pm








Wan Muhammad Aznan (kiri) menunjukkan peralatan menangkap ikan yang dirampas.




BAYAN LEPAS - Jabatan Perikanan Malaysia menyita 10 buah bot pukat tunda yang menceroboh zon larangan penangkapan ikan bagi vesel komersial iaitu di Perairan Taman Laut Pulau Payar dan Perairan Mukahead hingga ke Perairan Gertak Sanggul di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, tangkapan dibuat melalui Ops Rentas di perairan Kedah dan Pulau Pinang melalui Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (PKOPP) Langkawi



Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bot-bot berkenaan telah melakukan kesalahan menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan Taman Laut.
"Antara kesalahan lain yang turut dikesan adalah beroperasi kurang dari 15 batu nautika dari daratan terhampir, menghalang tugas pegawai berkuasa dan melindungi nombor pendaftaran dari dilihat oleh pegawai berkuasa.


" Prosedur penyitaan telah dilaksanakan setelah mendapati bot-bot tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu Perenggan 8(b), Perenggan 43(1)(a), Seksyen 53 dan Sub-peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) (Pelesenan Vesel Penangkapan Ikan) 1985,"katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Sumber, Batu Maung di sini, pada Isnin.


Antara bot yang disita melalui Ops Rentas yang dilakukan Jabatan Perikanan Malaysia pada Sabtu.





Wan Muhammad Aznan berkata, kesemua bot termasuk kelengkapan peralatan menangkap ikan yang dirampas bernailai RM3 juta dan pihaknya turut merampas 3,000 kilogram (kg) ikan dan lelongan ikan berjumlah RM 10,000.


Katanya, seramai 34 nelayan yang terdiri empat warga tempatan, 28 orang Warganegara Thailand dan masing-masing seorang dari Kemboja dan Laos berusia antara 23 tahun hingga 65 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.



10 bot ditahan ceroboh zon penangkapan ikan - Sinar Harian



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.150387 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list