CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3532|Reply: 0

[Selangor] Satu kematian direkod setiap 2 minit di Malaysia

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:15 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 47,964 kematian direkodkan pada suku tahun pertama 2024 iaitu penurunan sebanyak 1.5 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 sebanyak 48,693 kematian.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, secara purata satu kematian direkodkan pada setiap dua minit, manakala 22 kematian direkodkan setiap jam dan 533 kematian sehari.

“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,434, manakala 20,530 kematian bagi perempuan. Pada tempoh masa yang sama, Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,730 kematian (16.1 peratus).

“Putrajaya pula mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 68 kematian (0.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau mengulas laporan Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan Perangkaan Demografi yang memaparkan data penduduk,kelahiran hidup dan kematian bagi suku tahun pertama 2024.

Mohd. Uzir berkata, kumpulan umur lebih 60 tahun merekodkan bilangan tertinggi iaitu 34,0672 kematian (71 peratus) diikuti oleh umur 41 hingga 59 tahun (19.8 peratus), umur 15 hingga 40 tahun (tujuh peratus) dan umur bawah 14 tahun (2.2 peratus).

Menurut beliau, Melayu menyumbang sebanyak 51.4 peratus atau 24,667 kematian berbanding 51.9 peratus pada suku tahun pertama 2023, manakala Cina meningkat kepada 27.0 peratus berbanding 26.1 peratus pada suku tahun pertama 2023.

“Sementara itu, jumlah kematian bagi India kekal tidak berubah pada 8.5 peratus, manakala kematian bagi Bumiputera lain menurun kepada 10.4 peratus pada suku tahun pertama 2024,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -minit-di-malaysia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.048827 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list