CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5512|Reply: 2

[Pulau Pinang] Polis buru pencuri seluar dalam wanita

[Copy link]
Post time 15-5-2024 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Polis buru pencuri seluar dalam wanita


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan




Bayan Lepas: Polis mengesan lelaki dipercayai mencuri pakaian dalam wanita di sebuah rumah di Taman Titi Heights, Balik Pulau, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, ia susulan laporan diterima daripada kerani berusia 32 tahun.

Menurutnya, pengadu mendakwa pakaian dalam miliknya yang dijemur berhampiran pagar belakang rumah disedari hilang kira-kira 10.30 pagi.

"Pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya mendapati lelaki tidak dikenali mengambil penyangkut baju jemuran pakaian dalam wanita itu pada 4.47 pagi.

"Suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran tidak jelas dan mangsa kerugian RM100 kerana hilang baju dalam, seluar dalam serta stoking sekolah anaknya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ini adalah kejadian kedua berlaku selepas Mac tahun lalu menyebabkan wanita itu memasang CCTV di rumahnya.

"Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8664122 atau balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 59 saat memaparkan perbuatan suspek yang memakai topi keledar berhenti di pintu pagar rumah mangsa sebelum mengambil pakaian dalam terbabit.



Disiarkan pada: Mei 15, 2024 @ 4:56pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2024 06:44 PM | Show all posts
Polis buru pencuri seluar dalam wanita.
kredit - Hmetro
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah berlaku semasa saya mula bekerja. Pencuri seluar dalam sanggup panjat ruang belakang rumah yg berdinding,di mana kami anak2 dara duduk, utk curi seluar2 dalam. 2 minggu kemudian dipulangkan di hadapan rumah ( dlm beg) dgn nota minta maaf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.172270 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list