CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4936|Reply: 0

[Tempatan] Kerajaan timbang cadangan Unicef naikkan gaji minimum RM2,102, kata Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan timbang cadangan Unicef naikkan gaji minimum RM2,102

https://www.freemalaysiatoday.co ... aji-minimum-rm2102/

Mohamad Fadli
15 May 2024, 08:15 PM


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Majlis Perundingan Gaji Negara dipertanggungjawabkan untuk menilai kadar gaji minimum dan proses itu sedang berjalan. (Gambar Bernama)

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pendekatan kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup ialah memfokuskan pendapatan rakyat.

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM2,102 sebulan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Cadangan itu dibuat oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef).

Beliau berkata pendekatan kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup ialah memfokuskan pendapatan rakyat dan Majlis Perundingan Gaji Negara dipertanggungjawabkan untuk menilai kadar gaji minimum.

“Prosesnya sedang berjalan dan bila sampai masanya, Kementerian Sumber Manusia sudah tentu bertanggungjawab membawanya kepada pertimbangan kerajaan mengikut proses yang memang ada di dalam akta.

“Tetapi, ini perlu disusun dengan membabitkan semua pemegang taruh, termasuklah dari segi pekerja, majikan, kemampuan kerajaan dan sama pentingnya dari segi kemampuan ekonomi kita untuk menyerap sebarang keputusan berkaitan gaji,” katanya selepas perasmian program realiti Innovathon musim kedua di sini.

Minggu lalu, Unicef dalam laporan “The Living on the Edge Key Findings” menyarankan penetapan kadar gaji lebih adil dengan mengambil kira faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan dan produktiviti.

Berhubung perkembangan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, Rafizi meminta semua pihak menunggu pengumuman kerajaan bagi mengelakkan spekulasi kenaikan inflasi.

“Kalau segala jadual kerajaan, keputusan kerajaan itu sampai dengan cara tidak tepat mengikut perancangan kerajaan…itu boleh diambil kesempatan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang menaikkan harga.

“Cara terbaik adalah apabila kerajaan rasa mekanisme yang ingin dilaksanakan itu dalam tempoh sesuai untuk diputuskan dan ia akan dilaksanakan.”

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.452412 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list