CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4872|Reply: 0

[Dunia] Pesawat Garuda bawa jemaah haji indon terbakar

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Pesawat bawa jemaah haji Indonesia terbakar

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... indonesia-terbakar/

Oleh KOSMO
15 Mei 2024, 8:17 pm


Sayap kanan pesawat Garuda Indonesia terbakar. - HO

JAKARTA – Sebuah pesawat dipercayai membawa jemaah haji Indonesia dilihat terbang rendah di ruang udara kota Makassar hari ini, lapor portal berita makasar.info.

Beberapa saksi yang enggan nama mereka didedahkan berkata, mereka melihat asap keluar daripada sayap kanan pesawat berkenaan dalam kejadian antara pukul 3.30 hingga 3.40 petang (waktu tempatan).

“Pemandangan yang menyeramkan. Saya melihat sebuah  pesawat Garuda (milik syarikat penerbangan Indonesia) terbang rendah dengan enjin pada sayap kanannya terbakar.

“Semoga pesawat berkenaan mendarat dengan selamat,” kata seorang saksi kejadian.

Seorang saksi lain melihat kapal terbang berwarna putih biru itu melintas dengan sayap kanannya terbakar selepas berlepas dari Lapangan Terbang  Antarabangsa Sultan Hasanuddin di bandar Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.

Tidak lama kemudian,  tersebar gambar pesawat Garuda mendarat di lapangan terbang dengan sayap kanannya  terbakar. Pesawat sama dilaporkan selamat kembali dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin. – AGENSI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.414350 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list