CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4835|Reply: 2

[Tempatan] SPRM siasat 10 projek pembinaan telaga jejari lebih RM300 juta - Azam Baki

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:37 AM | Show all posts |Read mode
SPRM siasat 10 projek pembinaan telaga jejari lebih RM300 juta - Azam Baki

https://www.bharian.com.my/berit ... bih-rm300-juta-azam

Oleh Hidayatidayu Razali - Mei 15, 2024 @ 9:28pm
bhnews@bh.com.my


Ibu Pejabat SPRM. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap 28 telaga jejari yang dibina menerusi Projek Pembinaan Telaga Jejari (HCW).

Ia membabitkan 10 projek pembinaan serta membaik pulih loji rawatan air (LRA) dianggarkan berjumlah lebih RM300 juta yang dibina Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kerana gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, projek berkenaan dibina antara 2008 hingga 2015.

Beliau berkata, susulan itu empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan terhadap pembinaan HCW di Kelantan kerana gagal berfungsi bagi membekalkan air kepada penduduk.

"HCW berkenaan sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air mentah kepada LRA sebelum disalurkan kepada pengguna.

"Pembinaan HCW berlainan kapasiti ini adalah alternatif untuk mengatasi masalah air di negeri itu terutama pada musim kemarau.

"Tetapi sebahagian besar telaga yang dibina ini gagal menghasilkan kuantiti sumber air pada tahap optimum," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan dipercayai terdapat pegawai di AKSB yang menerima wang rasuah daripada syarikat konsultan yang dilantik dalam projek pembinaan telaga air terbabit.

"SPRM juga percaya bahawa terdapat manipulasi membabitkan proses kelulusan projek ini pada 2015.

"Oleh kerana telaga air yang dibina ini tidak dapat dimanfaatkan penggunaannya, ia menyebabkan kerugian dan siasatan SPRM juga akan cuba mengenal pasti jumlah sebenar kerugian yang dialami termasuk jumlah wang rasuah yang terbabit," katanya.

Beliau berkata, isu kegagalan telaga jejari untuk membekalkan air kepada LRA itu pernah didedah dan ditegur oleh Ketua Audit Negara menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2015 (LKAN 2015).

"LKAN 2015 mendedahkan bahawa sebanyak lapan LRA yang diaudit pada ketika itu dan hasilnya empat LRA iaitu LRA Pintu Gang, Wakaf Bunut, Wakaf Bharu dan Chica yang mempunyai telaga jejari tidak berfungsi dengan sempurna.

"Walaupun isu itu sudah didedahkan dan ditegur Ketua Audit Negara, masalah ini masih tetap berulang," katanya.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan SPRM juga adalah berdasarkan rungutan selain aduan pengguna di negeri itu berhubung masalah air yang mereka hadapi.

Beliau berkata, siasatan dijalankan juga mendapati terdapat HCW yang gagal berfungsi dan ditutup atas pelbagai faktor sekali gus menyebabkan objektif pembinaannya bagi memastikan pengguna memperoleh bekalan air yang mencukupi terutama pada musim kemarau gagal dicapai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2024 08:43 AM | Show all posts
zaman pemerintahan set mane nie?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Itulah sebab sebenar air tiada. Mengikut maklumat yang sampai kepada saya, kontraktor yang buat taik, bukan kerajaan negeri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.258734 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list