CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43549|Reply: 188

Gerai dalam lebuh raya waktu malam

  [Copy link]
Post time 21-4-2011 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Salam, 2 minggu lepas saya dan bini saya ke utara, temankan sepupu dia bertunang di Perlis. Jadi, malam itu kami berdua balik malam, saudara yang lain semua dah berlepas dahulu termasuk mak mentua saya. Jadi malam itu, kami berdua meredah sunyi malam dalam pukul 12 pagi, isteri saya yang bawak, saya jadi pembantu tengok simpang dan tukang hilangkan ngantuk bini.

Jadi, sampai satu tempat , dia nampak macam satu gerai terang benderang. Dia pun nak berhenti, tetiba saya terdetik hati kata, berhenti dekat pusat rehat yang besar la, ini perhentian sebelah je, kecik. Dia pun tak jadi, masa lalu tu, tempat itu memang terang, nampak mcm ramai org berhenti makan. Bini saya kata "b, ramainya orang stop kat situ, kenapa b tak nak stop, badan i dah kejang ni, penat la drive 2 hari ".

Dia pun mula pecut, dalam 5 minit kita orang jalan, tetiba saya tercakap, "u perasan tak syg, kita mana ada jumpa sign board kata ada hentian sebelah kan? Lagi pun i ingat siang semalam kan area tu sawah padi, mana dtg gerai makan tetengah area sawah." Bini saya tetiba tengok kiri kana, memang betul kawasan sawah.


Jadi, gerai apa yang kami jumpa itu? Adakah gerai makan yang menghidangkan "mee halus" yang sangat sedap sehingga nak bungkus balik, "nasi goreng" mana kita muntah balik pasal 'nasi " itu hidup.

Kalau lah kami singgah, mungkin kami terbabas masuk sawah, pecah lah honda city bini saya

Ada sesiapa mengalami cerita lebih kurang serupa?

Sebenarnya, banyak lagi benda kami jumpa masa bini tengah bawak kereta, nanti la cerita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 10:08 AM | Show all posts
Reply 1# sauffie

penah dah dulu ada tred yg cite pasal gerai/kedai/soping kompleks yg ujud memalam nih..
tp x ingat la tajuk apa kat mana...

cepat la cite yg lain2 tu... eksaited kekdahnya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:11 AM | Show all posts
TT... cengitha lagik..... we want more
bukan biskut chipsmore......hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:20 AM | Show all posts
kat area mna tu tt?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:20 AM | Show all posts
uioo.. so scareeeeyyyy....  
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:38 AM | Show all posts
nasib baik TT perasan...kalo jenis yg xpikir panjang men masuk jer...bhya tuuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2011 10:38 AM | Show all posts
nak lagik
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:39 AM | Show all posts
Reply 2# halimi78

yang soping kompleks tu kat johor kan...org singapore rasanya selalu kena...tgk2 bawak balik daun kering jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2011 10:43 AM | Show all posts
Reply 8# kikuri


    yg kat jb tu kemayan city kot..? ntah.. x ingat la.. x silap ada tred kemayan city tuh..

tp yg cite gerai/kedai mkn/hypermarket pong ada gak.. kalo x silap..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by cloudy_83 at 21-4-2011 10:49
Reply  halimi78

yang soping kompleks tu kat johor kan...org singapore rasanya selalu kena...tgk2 ...
kikuri Post at 21-4-2011 10:39


yang ni kompleks kemayan city yg dh terbengkalai tu..  kalo jalan2 dari arah air hitam menghala ke jb akan jumpa bangunan terbengkalai ni kat belah kiri jalan, area tampoi..


sorry off topik mod...{:1_125:}

aku pun penah naik bas sampai perlis..  tpi takde pape la masa tu..

cer cter cer cter lagi...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 10:52 AM | Show all posts
Reply 4# nuyon_8601

Dlm kawasan kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 10:53 AM | Show all posts
perghh. slalu gak dengar cite camni. nak lagi storyy!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2011 10:59 AM | Show all posts
Reply 6# BiancoFisso


2 benda terjadi, sama ada kami makan "mee goreng" itu atau kami terbabas masuk sawah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:01 AM | Show all posts
Reply 10# cloudy_83


sape ade gambo kompleks tu..agaknya aku kalo tataw la kompleks tu tak siap mau masuk gak bersoping tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:10 AM | Show all posts
rasanya dulu pun ada gak forumner yg bercerita pasal nampak pasaraya Giant,  yg ni berlaku kat kedah gak......bila check esoknya rupanya sawah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:15 AM | Show all posts
Reply  sauffie

penah dah dulu ada tred yg cite pasal gerai/kedai/soping kompleks yg ujud memalam ...
halimi78 Post at 21-4-2011 10:08


sokmo excited nak taw apa kata uols pon sama gak citer, iols nak tahu gak nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2011 11:15 AM | Show all posts
Satu yang saya pelik, bini saya tak suka ikut lebuh raya, kalau terdesak baru dia nak masuk. Katanya kalau masuk lebuh raya, kaki letih dan tangan tak bergerak . Ikut sahaja, pasal dia yang bawak.

Yang ini kita orang ikut jalan lama, antara Seri Medan dan Yong Peng, kira kawasan kelapa sawit. Terserempak dengan bas kilang, normal la pasal malam orang balik kerja kilang. Tapi yang peliknya, bas ini tak pasang lampu belakang, hampir-hampir  nak "bercium", bini saya kalau bawak kereta, agak laju di jalan biasa walaupun malam.

Dia pun brek secara mengejut, mana datang tah tetiba ada bas kilang. Bila dah selamat nak potong, baru dia potong, masa potong, sempatlah dia bunyikan horn kereta, kira macam "sound the driver".  Masa tu tak terfikir, pasal saya hanya pandang sekali imbas pasal nak jaga dia potong bas tu, bahaya betul.

Dah lepas, baru saya terlepas cakap,"syg, u notice tak? bas itu gelap" Tapi dia diam je, cuma dia kata, jangan cerita lagi. Mungkin dia jugak ternampak.

Bas itu benar atau hanya "lakonan  semula" tempat kejadian? Pasal pernah terbaca, sesetengah tempat ada "lakonan semula " setiap tarikh tertentu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:18 AM | Show all posts
Reply 16# fatehana

ooo.. dah penah cite kat tred lama tu.... so xleh la nak cite kat sini..
ulang tayang kang kene marah laks ngan momod...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:19 AM | Show all posts
Reply  fatehana

ooo.. dah penah cite kat tred lama tu.... so xleh la nak cite kat sini..
ulang  ...
halimi78 Post at 21-4-2011 11:18


alah iols kena jenguk thread sana pulak ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2011 11:20 AM | Show all posts
Reply 17# sauffie

lakonan semula.. ada jah yg x perlukan tarikh.. dlakonkan bila2 masa perlu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.073731 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list