CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13903|Reply: 82

Fizz Fairuz jelaskan kontroversi dituduh curang

[Copy link]
Post time 3-7-2012 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by teky at 4-7-2012 08:05

Pelakon Fizz Fairuz menjelaskan kontroversi kononnya dia curangAlmy Nadia, membuatkan keluarganya turut terkena tempias apabila mempercayai khabar angin tersebut.

Fizz yang turut dikaitkan denganLiyana Jasmay dan Izreen Azminda itu berkata, keluarganya mula bertanya kesahihan berita itu apabila ia semakin hangat dibicarakan dalam media-media tempatan.

"Ibu saya dah mula tanya adakah gosip yang dikatakan itu benar? Alhamdulillah, saya sudah menjelaskan hal sebenar di mana Liyana hanyalah rakan kerja saya di set penggambaran filem “Papadom 2” dan Izreen pula, kami pernah berlakon untuk sebuah drama pada tahun 2004.

"Saya pun pelik mengapa hubungan percintaan kami sering dikontroversikansedangkan saya dan Almy masih lagi baik dan kami masih lagi berhubung dan berjumpa jikaada kelapangan,” kata Fizz yang ditemui pada majlis memperkenalkan Koleksi Rantaian Kasih 2011 Habib Jewels, di sini, Rabu.

Tambah Fizz, hal tersebut sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon dan perhubungannya dengan peminat.

"Saya faham, mungkin bila orang industri hiburan membaca artikel mengenai keretakan hubungan saya dan Almy, mereka menganggap ia hanyalah sebuah gosip tetapi lain pula pandangan daripada pihak keluarga dan masyarakat luar di mana mereka yang tidak tahu apa-apa akan percaya dengan khabar angin itu," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem “Nirajim”, di bawah produksi Grand Brilliance.

Sebelum ini, Fizz pernah dikaitkan dengan Liyana kerana mereka saling berbalas mesej berbau sayang menerusi akaun Twitter masing-masing.

Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang.

Bagaimanapun, Fizz mengakui, kontroversi perhubungan mereka mungkin sering menjadi bualan ramai kerana dia dan Almy belum membuat sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan.

Kata pelakon “Nur Kasih” itu, dia bukannya belum bersedia untuk berkahwin, tetapi ingin memberi peluang kepada Almy membina dan mengukuhkan kerjaya lakonan sebelum bergelar suami isteri.

"Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 10:50 PM | Show all posts
Fizz Faizal tu pelakon baru ke..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 10:51 PM | Show all posts
aku masuk sini semata2 nak tau sape fizz faizal
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:01 PM | Show all posts
Fizz Faizal ni pelakon baru mana?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:01 PM | Show all posts
Hahahahahahahahaaha!! pis pezal sape weh? Tungkik punya TT
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:01 PM | Show all posts
Almy..... lembutkanlah hatimu... terima Fizz seadanya semula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2012 11:02 PM | Show all posts
Motip iols yang lelebih
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:03 PM | Show all posts

Fizz Faizal jelaskan kontroversi dituduh curang

belum jodoh... mcm mana nak kawin..


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 11:05 PM | Show all posts
aku masuk sini semata2 nak tau sape fizz faizal
tabasco Post at 3-7-2012 22:51


tuhlah...sebab utama aku nak msuk bebenang nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:12 PM | Show all posts
ingatkan retis baru
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:13 PM | Show all posts
Muahahahhaha! Fizz faizal wadehek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:17 PM | Show all posts
"Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya.

kalau ada REZEKI pun tapi takde JODOH... tah sampai bila...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:17 PM | Show all posts
fizz faizal tengkorak kamu
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:21 PM | Show all posts
fizz faizallll pon bolehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:21 PM | Show all posts
Fizz Faizal?? artis ke?? xpernah tahu lak iolsss artis nama Fizz Faizal
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:25 PM | Show all posts
Fizz faizal la sgttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 11:27 PM | Show all posts
adehhh... sapo fizz faizal ni? pic please!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:33 PM | Show all posts
Fizz Faizal laaa pulakkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:42 PM | Show all posts
Hahahahah... Gigih akak pikir Fizz Faizal ni saper la kekdahnya sbb tak koser nak click bukak thread..tapi tak tahan punya pasal sbb tak leh figure out who the heck Fizz Faizal is, akak gigihkan jugak bukak benang nih..fizz faizal la sgttttt! Sanehhhhhhhhhhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 11:42 PM | Show all posts
mana gambo pelakon baru fizz faizal!!!!!! iolss nak tengok..adik fizz fairuz kah weh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.275245 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list