CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8521|Reply: 55

Kilauan Emas 2 -9 malam di Astro Prima

 Close [Copy link]
Post time 5-7-2012 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pentas akhir Kilauan Emas 2 akan berlangsung malam ini tepat jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134. Siapakah di antara 6 finalis di bawah yang akan berjaya menjadi juara?

Hanya seorang sahaja peserta wanita yang berjaya ke final. Adakah Salina akan berjaya membuat kejutan sekaligus menewaskan 5 peserta lelaki lain? Daripada lagu yang dipilih, memang ada kemungkinan kejutan tersebut berlaku.

1. AZRI – Teratai
2. FADZIL – Di Alam Fana Cinta
3. FUAD – My Baby You
4. JULAINI – Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan
5. JUMAT – To Love Somebody
6. SALINA – Bing

Tak sabar rasanya nak mengadap TV malam ini. Kalau anda tak pernah tengok Kilauan Emas 2, inilah masa terbaik untuk melihat kehebatan pakcik-pakcik dan makcik-makcik ini menyanyi di atas pentas. Ikhlas cakap, ada sesetengah mereka yang lebih hebat daripada penyanyi muda kita. So jangan lupa saksikan final Kilauan Emas 2 malam ini tepat jam 9 malam di Astro Prima 105 dan Astro Mustika HD 134.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 01:00 PM | Show all posts
bukan smlm ke final ni.. yg menang pun dh tau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:03 PM | Show all posts
Fuad Zahrul dh lama menyanyi, selalu bertanding dulu2.. tp x sure dia pernah rakam lagu ke tak...sorang lagi Iwan Hj Dasri dulu ikat kontrak dgn Ambang Klasik TV3, rasa2nya dia pernah buat album, patut x layak masuk pertandingan ni, nasib baik dia x berjaya ke final...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:44 PM | Show all posts
Azri tu kalo x tgk dia menyanyi, just dgr suara jer sah2 ingat jamal yg tgh menyanyi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:51 PM | Show all posts
sumer tak best!!!

hetty koes endang & jac je yg best




Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 01:56 PM | Show all posts
yang tua2 tu elok la g bezanji jek....sggh menyiksa tgk org lame2 ni mnyanyi...xphm aku...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2012 02:05 PM | Show all posts
oh semalam ke final? sapa jorenya?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:10 PM | Show all posts
koser la dah basi baru nak buat thread ker?

kan dah tunjuk malam tadi kan? si fuad yg menang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 02:26 PM | Show all posts
suka tgk masa juri Siti Pairuz nyanyi jer aritu....bila Rohana Jalil ngn Kilapary start nyanyi plak, trus tukar cenel
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:34 PM | Show all posts
yang tua2 tu elok la g bezanji jek....sggh menyiksa tgk org lame2 ni mnyanyi...xphm aku...
JOONIE Post at 5-7-2012 13:56


Dah agak mesti ada komen2 mcm ni.


dah minat. salah ke? agaknya menyanyi 24 jam ke? Ko tau apa dia buat kat rumah? entah2 lebih alim dari ko. just sayin.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:43 PM | Show all posts
Reply 1# Marie


    TT.... Final mlm semalam la...
aku gigih je tgk smpai abis...
ko neh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 02:56 PM | Show all posts
Azri tu kalo x tgk dia menyanyi, just dgr suara jer sah2 ingat jamal yg tgh menyanyi...
Eura Post at 5-7-2012 13:44



    aku tgk dr jauh smlm (tak pakai spek) ingatkan jamal tgh duet dgn jac.
dah habis nyanyi aku dtg dekat rupanya org lain haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:20 PM | Show all posts
Khamis Julai 5, 2012

'Syair Laila Majnun' Bawa Tuah Kepada Fuad

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Fuad merangkul gelaran juara program Kilauan Emas
musim kedua yang berlangsung di Dewan Sri Putra,
Bukit Jalil pada malam Sabtu. Foto SHAARI CHE MAT.

KUALA LUMPUR: Juara program Kilauan Emas musim kedua iaitu Ahmad Fuad Zaharullai atau Fuad mengakui lagu Syair Laila Majnun telah memberi tuah kepadanya sehingga layak merangkul gelaran itu.

Fuad, 45, berkata, lagu asal nyanyian Ramli Sarip dan Jamal Abdillah itu yang berjaya disampaikan dengan baik telah menambat hati juri dan pengundi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Alhamdulillahlah rezeki berpihak kepada saya walaupun bukan peserta pilihan sebelum ini.

"Namun saya yakin telah menambat hati juri profesional dan pengundi menerusi lagu Syair Laila Majnun yang jarang dinyanyikan dalam pertandingan," katanya semasa sidang media selepas selesai program itu di Dewan Sri Putra di sini, malam Rabu.

Fuad berjaya menewaskan lima peserta lain apabila muncul juara dengan jumlah peratusan sebanyak 47.55 peratus.

Peserta berasal dari Selangor itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Manakala tempat kedua menjadi milik peserta dari zon tengah iaitu Nor Azri Zainuddin, 43, yang mendapat 44.81 peratus.

Nor Azri membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi serta turut menggondol Anugerah Khas Polident yang membolehkannya mendapat wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.


Fuad (tengah) bersama dua pemenang lain iaitu Azri (kiri) dan Jumat (kanan)
bergambar kenang-kenangan.

Bagi tempat ketiga jatuh kepada Jumat Ramle, 48, yang (42.77 peratus) mewakili zon Sabah dengan hadiah berupa RM15,000 dan trofi.

Tiga lagi peserta yang berentap malam itu adalah Salanan Saleh, 47, Muhammad Norjulaini Kalil, 45 dan Mohd Fadzil Borhan, 45.

Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Ahmad Nawab dan penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang.

Manakala komposer Adnan Abu Hassan dan penyanyi, Juliza Adlizan bertindak sebagai guru vokal kepada para peserta.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan masa depannya, Fuad berkata dia masih belum membuat apa-apa keputusan tetapi berhasrat untuk merakamkan sebuah album single.

Fuad bagaimanapun memberitahu, dia bercadang untuk berkongsi wang kemenangannya itu bersama keluarga tersayang.

"Apa salahnya rezeki ini turut dirasai oleh keluarga saya dan berhasrat untuk mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangan ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Hiburan Astro, Azlin Reza berkata, pihaknya gembira apabila Kilauan Emas musim kedua mendapat sambutan begitu menggalakkan daripada peminat dan tidak menolak kemungkinan ia akan diteruskan untuk musim ketiga tahun hadapan.

Ujar Azlin, pertambahan bilangan peserta yang hadir untuk uji bakat juga meningkat mendadak selain sokongan penonton menjadikan program itu sentiasa mendapat perhatian.

"Tidak mustahil akan ada musim ketiga dengan sambutan menggalakkan musim ini dan pelbagai penambahbaikan boleh dibuat pada masa akan datang," ujarnya.

Tambah Azlin, pihaknya juga sedang dalam peringkat perbincangan untuk menghasilkan album single untuk Fuad sebagai kesinambungan kepada kemenangannya pada malam itu.

"Insya-Allah ia masih dalam peringkat perbincangan, ujarnya.

Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Fredo dan Othman Hamzah.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:24 PM | Show all posts
lumayan jugak imbuhan utk pemenang..
Anugerah Juara Lagu jugak la yg ciput adiah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:32 PM | Show all posts
mlm nisfu syaaban la pulak finale rancangan ni. macam tak sesuai tau. cari la mlm lain. tak kisah la tua2 pun if nak try pertandingan nyanyian. tp bukan org2 tua ni patut jd contoh org2 muda. tak la salahkan peserta melalak mlm2 nisfu syaaban. astro tu yg tak peka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:35 PM | Show all posts
azri tu dulu pernah masuk sinaran pasport kegemilangan kan dgn grup trio hayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2012 03:41 PM | Show all posts
azri tu dulu pernah masuk sinaran pasport kegemilangan kan dgn grup trio hayat
melonmadu Post at 5-7-2012 15:35


ingat lagi kau. dah berzaman SPK tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:50 PM | Show all posts
dengan tidak semena-mena terus final..gituh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 03:54 PM | Show all posts
Ok la grand jugak final... dr drpd lg satu rancangan tu..... final pun buat senyap2.... Nk tgk ulangan pun x da.... Musykil sgt2 la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 04:21 PM | Show all posts
Dah agak mesti ada komen2 mcm ni.


dah minat. salah ke? agaknya menyanyi 24 jam ke? Ko tau a ...
takeshi_anwar Post at 5-7-2012 14:34



    kalu tak salah hat juara tahun lepas tu bilal kan..pacik apatah nama beliau suara cam abang jamal gak..set2 suara jantan..fuad ni penah masuk pertandingan ke ye?aku cuma terperasan iwan hj dasri je sbb dulu minat dia kat sinaran passport kegemilangan kan..pastu selalu nampak dia kat tb1.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.416656 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list