CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8535|Reply: 27

RUNNING MAN SPARTA ~ KIM JONG KOOK SINGAPORE FAN MEET 2013

[Copy link]
Post time 15-3-2013 11:17 AM | Show all posts |Read mode
RUNNING MAN SPARTA ~ KIM JONG KOOK SINGAPORE FAN MEET 2013



Singapura. 22 Februari 2013 ~ SPARTAAAAAAAAA laungan yang begitu sinonim dengan Kim Jong Kook buat peminat rancangan variety Running Man.  Walaupun beliau adalah seorang penyanyi tapi nama beliau tiba-tiba melonjat naik dan hanya dikenali ramai peminat melalui rancangan populariti ini.

Buat julung kalinya Kim Jong Kook diundang ke acara fan meet bertemakan Running Man Sparta ~ Kim Jong Kook Singapore Fan Meet 2013 yang dibawakan khas oleh Mode Entertaiment dan JK Entertainment dengan kerjasama Korea Tourism Organization (Singapore) serta ditaja oleh Royal Caribbean International.

Tepat jam 8.35 malam Kim Jong Kook membuka tirai persembahan dengan lagu yang bertajuk Today More Than Yesterday dari album Here I Am diiringi oleh 3 penari latar mengegarkan Kallang Theatre Singapore dengan sorakan kegembiraan peminat.

“Hi Singapore!  Saya ingin mengucapkan terima kasih  kepada anda yang hadir pada malam ini.  Semoga anda terhibur”

antara kata-kata awal beliau kepada peminat.  Kemampuan bertutur dalam bahasa inggeris dengan baik tanpa bantuan penterjemah bahasa sedikit sebanyak memudahkan interaksi beliau bersama pengacara Kenneth dari UFM pada malam tersebut.

Acara fan meet diselang selikan dengan wawancara, klip video dan games bersama peminat. Kim Jong Kook yang bertubuh sasa sangat ramah dan mesra melayan peminat.  Beliau pandai berinteraksi dan gemar berjenaka membuat peminat tidak kering gusi mendengar celoteh beliau. Setiap pemenang acara games bersama akan diberi cenderahati dan penghargaan bergambar bersama beliau di atas pentas sudah pastinya mengundang rasa cemburu pada peminat yang lain. (ok, x nak tipu termasuklah diri saya ini yang cuma jadi pemerhati dibawah...sob..sob..)

Secara berseloroh Kim Jong Kook berkata

“Saya tidak pasti jika anda semua tahu yang saya sebenarnya adalah seorang penyanyi”

peminat berteriak mengiyakan lalu disambut dengan gelak tawa.  Memulakan karier beliau sebagai artis rakaman sejak 1995 Kim Jong Kook telah menghasilkan 7 buah album bersama kumpulan duo Turbo sehinggalah beliau bergerak secara solo pada 2001.  Beliau juga aktif dalam rancangan variety seperti X-Man, Family Outing dan Running Man.

Kim Jong Kook mengakhiri acara fan meet dengan mendendangkan lagu hit beliau iaitu 'Loveable'.  Terasa masa berlalu dengan pantas berlalu, ramai peminat seperti tidak mahu berpisah lagi dengan beliau sehingga dewan dipenuhi dengan laungan encore tanpa henti.   

Persembahan penuh karisma dan berjaya serta penuh dengan suasana mesra menawan hati peminat-peminat beliau.  Ucapan berterima kasih tanpa pengakhiran terus meniti dibibir beliau di atas sokongan tanpa sempadan dari semua peminat.  Beliau berkata berharap dia akan dapat kembali ke Singapura sekali lagi tapi untuk kali ini dia ingin datang bersama-sama dengan rakan-rakan Running Man yang lain. Kenyataan beliau tersebut sudah pastinya membuatkan peminat rasa teruja dan terharu.  

Untuk menoktahkan tanda akhirnya fanmeet beliau. Sebuah lagu balada dari album terbaru beliau iaitu 'One Man' dinyanyikan.

Sebelum semua berpisah, acara yang lebih dinanti-nantikan adalah acara bergambar secara berkumpulan bersama beliau kepada peminat yang telah membeli tiket tambahan khas untuk sesi ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur Mode Entertainment dan pihak pengurusan JK Entertainment kerana sudi mengundang CARI Malaysia untuk menyaksikan dan merasai sendiri suasana bersama Kim Jong Kook Singapore Fan Meet 2013. Harapan terutamanya kesemua peminat Running Man Singapura semoga impian mereka untuk menyaksikan Kim Jong Kook datang bersama Running Man teamnya akan terlaksana. Baik la mari kita tunggu bersama-sama ya.

Semoga kita berjumpa lagi Kim Jong Kook.


Senarai lagu:

  • Today More Than Yesterday
  • Men are all Like That
  • Don’t be Good to Me
  • Letter
  • Saying I Love You
  • Loveable
  • One Man (Encore)


Artikel oleh:  se7enstarz (Nurul)
Editor:  Isabel
Photo oleh : Mode Entertainment


Last edited by isabel on 15-3-2013 11:17 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2013 11:17 AM | Show all posts







untuk gambar2 selanjutnya sila layari Asian Celebrities facebook ya : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151573151357533.1073741825.161802472532&type=1 Last edited by isabel on 15-3-2013 11:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 01:57 PM | Show all posts
Inteview dia mix. ada yg dia jawab sendiri in English dan ada yg guna translator.
Check it out.
http://www.youtube.com/watch?v=r20dzEwooI4
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 01:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 06:34 PM | Show all posts
waahhhh koookiieee oppaaa! lovable!
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2013 09:58 PM | Show all posts
cute sparta.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2013 11:07 AM | Show all posts
sparta kook............ sarang surowo....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 11:16 AM | Show all posts
sparta oppaaaaaaa ..harap2 datang malaysia plak dgn geng2 running man
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2013 10:05 AM | Show all posts
suara mcm x kena ngn fizikal badan. pape pun i adore him
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 12:07 PM | Show all posts
kimmm joooongggg kookkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 01:05 PM | Show all posts
annyeong!  check in!

kjk pesan jangan pandang serong pada dia.  apa yang korg sume tgk kat running man tuh bkn perwatakan dia yang sebenar.  i am not a bad guy katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 08:54 PM | Show all posts
se7enstarz posted on 18-3-2013 01:05 PM
annyeong!  check in!

kjk pesan jangan pandang serong pada dia.  apa yang korg sume tgk kat runnin ...

yup.. sgt stuju.. apa yg kta lht kat RM tu  sy rasa gak dia nk build watak sparta/commander je. tp sy yakin dia bkn jenis jahat. cuma dia mmg sdikit baran je la..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2013 10:33 PM | Show all posts
KOOOOOooooKIeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:12 AM | Show all posts
aku peminat kim jongkook oppaa..hehe
one man..lagu dia yg plg aku suka..."Han namjaga-isso nol nomu saranghan..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2013 11:28 AM | Show all posts
klu Running Man team dtg Malaysia....

apa yg ko org akan lakukan...???
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 03:47 PM | Show all posts
isabel posted on 20-3-2013 12:28 PM
klu Running Man team dtg Malaysia....

apa yg ko org akan lakukan...???

follow ke mana depa main game. kasi support menunjukkan ada fan mereka di sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2013 03:03 PM | Show all posts
Kookie ni kekawan dia kutuk dia suara nyamuk...badan tough suara klakar...i love Kookie and RM
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 03:04 PM | Show all posts
isabel posted on 20-3-2013 11:28 AM
klu Running Man team dtg Malaysia....

apa yg ko org akan lakukan...???

Haruslah mengekor ke lokasi diorang main game...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 02:53 PM | Show all posts

hai semuaa!
aku salah sorang fans Kookie!
tp terlambat kenal beliau ...lepas tgk RM baru tau Kookie sorang penyanyi...
bagi aku suara dia sgt2 best dan unik...walaupun suara dia agak pelik berbanding badan dia...
tp itu yg membuatkn kebanyakkn lagu2 dia sedap didengar...dan nyanyian live dia mmg superb!
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 02:30 PM | Show all posts
sparta !!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Penduduk kampung sedih ikan arapaima mati
AbahmungPenduduk kampung sedih ikan arapaima mat
Views : 39326 Replies : 23
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 71743 Replies : 632
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 80709 Replies : 2821
Kanye pun terjebak dalam skandal seks Diddy
maklukpenggodaKanye pun terjebak dalam skandal seks Di
Views : 63584 Replies : 18
[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu, Chae Won Bin, Han Ye Ri ~ 11 October 2024
Rahah[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu,
Views : 43887 Replies : 22
Civil war:Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong kata pelajar Sekolah Cina tidak bijak kerana hanya menguasai Mandarin,timbulkan kemarahan netizen
YgBenarCivil war:Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong
Views : 38561 Replies : 16
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 106009 Replies : 1718
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 108661 Replies : 6429
Hadi ponteng belanjawan tarik perhatian netizen, 'Tak payah lah jadi MP, letak jawatan'
maklukpenggodaHadi ponteng belanjawan tarik perhatian
Views : 10918 Replies : 5
Perkahwinan 'minimalist' pewaris jenama Zaitun
maklukpenggodaPerkahwinan 'minimalist' pewaris
Views : 5276 Replies : 11

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.333774 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list