CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14142|Reply: 89

Hanez Suraya - Sebaris pelakon hebat dibayar tinggi

[Copy link]
Post time 9-4-2013 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Hampir 10 tahun berusaha menempa nama dalam dunia seni, baru sekarang Hanez Suraya, 28, mengecapi populariti bagi membolehkan dia meneruskan kelangsungan kerjaya sebagai pelakon.
Bermula dengan drama bersiri Suri, bakat Hanez semakin mendapat perhatian penerbit mahupun pengarah filem dan turut disenaraikan di Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) kategori Artis Baru Wanita Popular yang berlangsung malam ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Membanggakan apabila ada penerbit drama memberitahu, nama Hanez kini tersenarai dalam barisan pelakon A-List, yang dinilai menerusi bayaran tinggi diterima apabila terbabit dalam pembikinan drama bersiri 26 episod.

Maknanya, Hanez kini sebaris dengan pelakon popular dan berbakat besar sedia ada seperti Umie Aida, Erra Fazira, Aaron Aziz, Adi Putra, Rita Rudaini, Fasha Sandha, Fazura, Shahiezy Sam, Rozita Che Wan, Nora Danish, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah (sekadar menyebut beberapa nama).

Pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Bicara Hati itu bersyukur dengan perubahan berlaku dalam hidupnya.


Katanya, sepanjang 10 tahun membabitkan diri dalam seni, lapan tahun hidupnya dikenali de-ngan pelbagai kontroversi dan hanya dua tahun kebelakangan ini, baru orang nampak bakat lakonannya.

“Mungkin juga ini berkat kesungguhan dan tidak kenal erti putus asa. Ibarat-nya, saya kini hidup dalam dunia baru. Sebelum ini apabila orang lebih banyak bercerita mengenai kontroversi, saya seperti mahu meninggalkan dunia lakonan.

“Begitupun, selepas saya buang semua perkara yang boleh menjejaskan tumpuan dalam kerjaya, perjalanan seni saya mula menunjukkan sinar.

“Saya tidak salahkan pihak yang cuba menggembar-gemburkan cerita buruk saya sebelum ini kerana ia datang dari diri sendiri. Maklumlah waktu itu saya muda dan darah tengah panas.

“Apabila usia mencecah 28, saya mahu lebih serius membangunkan kerjaya seni. Saya tidak mahu main-main,” katanya.

Jelas Hanez, sepanjang tempoh dua tahun ini juga, dia mampu bangun kembali dan mencipta kejayaan seperti mana diperoleh rakan seang-katannya yang turut sama-sama membintangi filem Bicara Hati seperti Fazura dan Sheera Iskandar.

Katanya, kejayaan mereka juga dijadikan pembakar semangat. Perasaan cemburu tidak pernah timbul. Mengimbas kembali apa diraih sekarang membuatkan dia lebih menghargai kepayahan terpaksa dilalui sebelum ini.

“Kepayahan dan dugaan dilalui banyak me-ngajar saya untuk menjadi manusia lebih baik. Saya turut menghargai apa diperoleh sekarang.

“Tidak pernah terlintas di fikiran yang saya ada peminat yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang kerjaya seni saya.

“Mereka bersatu menubuh-kan Hanez Suraya Fan Club (HSFC) dan saya sangat menghargai dan menyayangi mereka,” katanya.

Mengenai bayaran tinggi diterima, kata Hanez, ia harga yang seharusnya diterima bagi pelakon utama drama bersiri. Apatah lagi tumpuan harus diberi sepanjang penggambaran dijalankan dalam tempoh hampir tiga bulan.

“Jika persetujuan diberi, seseorang pelakon akan terikat dan tidak boleh menerima tawaran lain bagi membolehkan kerja-kerja penggambaran untuk episod panjang dapat diselesaikan mengikut tarikh siaran diberikan stesen televisyen. Dalam erti kata lain, pelakon terpaksa melepaskan rezeki lain yang datang.

“Mungkin orang luar tidak faham apabila terbabit dalam drama bersiri, tempoh kerja terlalu panjang. Bayangkan ada ketika sebagai pelakon, kami harus bekerja dari pagi hingga ke pagi keesokan hari.

“Kalau memegang peranan utama, ada ketika kami terbabit dengan kerja penggambaran 30 babak dalam masa sehari. Pada saya, menilai dari semua sudut, sudah tentu bayaran tinggi diberi adalah sesuai dengan upah kerja dilakukan,” katanya.

Kata Hanez, jika ada yang meletakkan dirinya dalam senarai pelakon kelas A, dia sangat berterima kasih dan menganggapnya sebagai penghargaan besar terhadap bakatnya.

Hanez kini mempertaruhkan drama Sedetik Cinta yang disiarkan melalui slot Akasia di TV3 sejak 3 April lalu. Drama 24 Episod ini diterbitkan Enuja Production Sdn Bhd dan turut dijayakan Awal Ashaari, Zarynn Min, Tunku Hanis, Fizz Fairuz, Puteri Fatin, Redzuan Hashim, Kathy Azean, Rosnah Johari dan Sofian Bujang.


Hanez kini lebih berhati-hati

Selain bakat lakonan yang ditunjukkan dalam setiap drama bersiri dibintangi, Hanez Suraya menjadi perhatian media gara-gara hubungan cintanya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael.

Sebagai pelakon yang berdepan situasi di mana hal peribadinya menjadi perhatian dan paparan media, bagaimana Hanez menghadapinya? Adakah dia selesa dengan perkara itu atau sebaliknya?

Apatah lagi dia juga kini menjadi jurucakap produk kecantikan Aura White. Sebagai duta, pasti Hanez harus lebih berhati-hati apabila menangani isu berkaitan gosip dan hal peribadi.

Hanez akui, sebelum ini ada juga pihak mahu melamarnya menjadi jurucakap produk kecantikan tetapi tawaran dibatalkan gara-gara gosip atau kontroversi yang pernah ditimbulkan sebelum ini.

Katanya, dia faham tugas media dan sebaik mungkin memberi kerjasama atas apa saja soalan diajukan. Malah, prinsipnya sejak dulu tidak mahu berahsia dengan peminat dan berkongsi hal peribadi.

“Maknanya, antara saya dan peminat tidak ada tembok penghalang untuk menjadikan hubungan lebih akrab. Ibaratnya, saya melayani peminat seperti kawan yang boleh berkongsi apa saja cerita.

“Begitupun, setakat ini saya tidak bercerita 100 peratus, luar dan dalam. Lagipun, mengapa perlu berahsia kerana bimbang jika saya mengamalkan sikap begitu nanti, pelbagai lagi cerita tidak sedap disiarkan. Itu jauh lebih buruk,” katanya.

Kata Hanez, sebagai pelakon, ada ketika dia turut berhati-hati dalam memberi kenyataan dan selalunya perkara itu dibicarakan jika soalan berkaitan kerjaya seni terlebih dulu diajukan.

“Saya faham kerja orang media. Wartawan tentu mahu memberikan cerita menarik kepada pembaca. Mereka juga menjadi penghubung antara saya dan peminat. Apa saja perkembangan membabitkan kerjaya seni dan peribadi akan dilaporkan.

“Saya pula selalunya tidak kisah jika dalam temubual itu ada yang menyelitkan soalan peribadi, sekadar untuk mengetahui perkembangan apa yang berlaku selain kerjaya lakonan.

“Namun, kalau ada yang datang bertanya soal cinta semata-mata, pada saya ia kurang manis kerana bimbang pandangan peminat. Nanti saya dituduh sengaja menjaja cerita dalam kain untuk meraih populariti.

“Kalau boleh, saya tidak mahu perkara seperti itu berlaku. Apa pun, biarlah hal peribadi dan kerjaya seni dilaporkan secara seimbang,” katanya.


PROFIL:

Nama sebenar: Hanez Suraya Abd Aziz
Lahir: 22 Ogos 1985 di Subang, Selangor
Keluarga: Anak sulung daripada tiga beradik
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia
Kerjaya: Pelakon dan model.

Drama bersiri Suri menjadi permulaan kerjaya seni Hanez.
Filem pertama Hanez ialah Bicara Hati.
Menetap bersama keluarga di Subang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2013 09:51 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 09:53 AM | Show all posts
dia ni cantik, tapi bila mekap tebal jadi buruk. tak rasa pun dia ni dah setaraf pelakon2 A list. tang mana entah fofularnya. perasan je kot
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:08 AM | Show all posts
belum layak lagi dia setaraf A list...wartawan sdg gigih promote...

dia mmg cantik..tp tang hidung dia dah bikin tu..cuba carik gambo lama dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:08 AM | Show all posts
teringat dia belakon cite exora rasenye jd bimbo
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:12 AM | Show all posts
nth mane nth lawa nyer pompuan nie..
harap putih je laa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2013 10:13 AM | Show all posts
dh tarap A ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:15 AM | Show all posts
celah mana A-listnyer.. C list pn x lepas

yg aku ingt die belakon dlm Bonni & Bimbi..tu pn watak sheols sendu jah..

eskpresi muka cam payah nak senyum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 10:20 AM | Show all posts
aku 1st time tgk dia berlakon cite apa tah tajuknya yg dia kawin dgn arwah m. rajoli .. jd mak tiri muda .. ms tu dia mmg br abis sek kot .. tp aku tgk cntknya dia ni .. lbh 10 thn br femes ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:32 AM | Show all posts
babyridz posted on 9-4-2013 09:51 AM



dia ni lawa
tp kalau mekap trus hancur

A list?? belum lagi kot//
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:47 AM | Show all posts
dia ni .. walaupun pada mata aku nampak macam bitchy sikit ... tp cantik sgt. hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:47 AM | Show all posts
aku xpernak kenal die nie... kekekek
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:53 AM | Show all posts
Imel posted on 9-4-2013 10:08 AM
belum layak lagi dia setaraf A list...wartawan sdg gigih promote...

dia mmg cantik..tp tang hidun ...

beto lh...idung dia dh mancung skrg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:55 AM | Show all posts
dia ni sbb putih je..tu psl nampak cantik..muka dia biasa2 je pada mata iolss...

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:06 AM | Show all posts
dah sepuluih tahun baru disenaraikan sbg artis baru popular??  10 tahun tu bukan barular..nasib baik wawa zainal yg menang..

kdg2 nih barisan org yg mencalonkan calon2 artis baru nih tah hapa
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:19 AM | Show all posts
wirazam posted on 9-4-2013 11:06 AM
dah sepuluih tahun baru disenaraikan sbg artis baru popular??  10 tahun tu bukan barular..nasib baik ...

kan..patut tuka jadi award: artis,baru nak popular.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 11:20 AM | Show all posts
oh..aku ingat dia ni org singapore
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:21 AM | Show all posts
Pernah terserempak kat the curve dlm hujung tahun lepas.
Kulit putih flawless....mekap nipis. cantik gak la....
Tapi seriau tgk muka dia....riak muka nampak garang. Bila senyum pun nampak cam tak iklas.
Cantik tapi tak manis la kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:30 AM | Show all posts
skang berlakon kat tb3 ..sedetik cinta
tp  x berapa pandai sangat aaa brlakon
x da aura aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:39 AM | Show all posts
gelpren Awi Rafael
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074288 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list