CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10195|Reply: 49

[Lagenda Yang Dilupakan] Siapa Masih Ingat Ooi Eow Jin?

[Copy link]
Post time 1-7-2015 01:16 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pemuzik veteran, Ooi Eow Jin mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang muzik dan persembahannya di Colonial Cafe, Hotel Majestic pada malam Isnin lalu.

Ooi mungkin sudah dilupakan oleh penggemar muzik tempatan namun dia yang berusia 77 tahun itu adalah konduktor muzik, komposer, penerbit album terkenal pada zaman kegemilangannya.

Biarpun namanya tidak segah dahulu, namun Ooi tidak pernah melupakan bidang muzik malah persembahannya di Hotel Majestic masih memukau dan digemari oleh tetamu.

Bukan sahaja mahir dalam mengalunkan lagu jazz, Ooi juga terkenal dengan muzik bossa nova, Melayu dan hit terkini.

"Bakat menulis dan menggubah lagu sentiasa ada dalam dirinya sejak kecil lagi dan muziknya menceritakan siapa dia yang sebenarnya.

"Beliau sering menjadi inspirasi kepada ramai artis baharu yang ingin memulakan kerjaya dalam bidang ini, " kata Paul Augustin, penulis bersama buku bertajuk Just for the Love of It: Popular Music in Penang, 1930s-1960s.



Ooi kini berusia 77 tahun.


Bermula di kelab sehingga ke E & O Hotel di Pulau Pinang, Ooi pernah memenangi pertandingan penulisan lagu yang dianjurkan oleh Radio Malaya iaitu Rusohan Kalbu pada 1962.

"Saya adalah satu-satunya bangsa Cina yang menyerahkan lagu Melayu dalam pertandingan berkenaan dan bergelar juara," kata Ooi dalam buku berkenaan.

Ooi pernah berkongsi pentas dengan Tan Sri P.Ramlee, isterinya, Puan Sri Saloma, Tan Sri SM Salim, Kamariah Noor dan banyak lagi.

Pernah bersama dengan orkestra Radio Malaya , Ooi juga pernah bekerjasama dengan Datuk Sudirman Arshad menerusi lagu medley Cabaret dan Big Spender untuk penyanyi itu ketika bertanding pada peringkat akhir Bintag RTM 1976.

Antara lagu ciptaan Ooi yang popular adalah Lagu Untuk Mu nyanyian Dahlan Zainuddin dan Gerimis di Lautan (Sudirman).

Ooi juga pernah mencipta sejarah apabila bergelar pensyarah muzik yang pertama di Malaysia untuk mengajar bidang berkenaan di peringkat ijazah dan bakal dianugerahkan pada Anugerah Seni Negara menerusi kepakarannya dalam bidang susunan lagu.

Beliau juga pernah berkhidmat di TV3 sebagai penyelia muzik.

p/s: Dulu2 selalu ada muka dia ni jadi juri time Sinaran TV3. Tak sangka ini pengakhiran karier beliau. Bertabahlah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu.bkn org lupekan dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sinaran pasport kegemilangan. Time senario menang dulu buat lawak pasal jin2 termasuk la oii eoww jin ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dpt award ke dia? Mmg lagend!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Knape pengakhiran yg menyedihkan??


Ingt dia ni slalu jadik juri dedulu, ala2 ramli ms la skrang ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 02:07 AM | Show all posts
Tengok? Anak seniman tempatan yang taraf legend tak dihargai, anak seniman Hong Kong dan Bollywood pulak yang dikurniakan pingat Datuk. Dunia ini sungguh tak adil!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2015 02:25 AM | Show all posts
antara lagu ciptaan beliau

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 02:26 AM | Show all posts
tak de title datuk / tan sri bestow kt dia ker?

prof muzik pertama kt malaysia tu

kaka @sepitsiput sila tmbh info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 02:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tobobon at 1-7-2015 03:14 AM

iols ingat dulu2 kalau heols jadi juri anugerah juara lagu, kalau dato ct bertanding mesti sheol menang something ... sampai iols slalu fikir heols ni mesti peminat ct
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 03:13 AM | Show all posts
Oh terer dia..lagu untuk mu dan gerimis di lautan tu power gak... ni penulis nye rupa nya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu beliau pakai spek dan berisi kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 1-7-2015 02:26 AM
tak de title datuk / tan sri bestow kt dia ker?

prof muzik pertama kt malaysia tu

Datukship for ooi eow jin? Eh hello? Langkah jirat mendiang Peter Lim dulu okeh!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tobobon replied at 1-7-2015 03:12 AM
iols ingat dulu2 kalau heols jadi juri anugerah juara lagu, kalau dato ct bertanding mesti sheol men ...

Meols pernah baca... 4 retis wanita yg dia salute ialah Aishah, sheila, kak melah dan tok t.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 05:50 AM | Show all posts
lagu2 montaj program tv3 macam nona, melodi, malaysia hari ini, muzik-muzik semua dia yang original compose kan?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2015 06:05 AM | Show all posts
beta_carotene replied at 1-7-2015 05:50 AM
lagu2 montaj program tv3 macam nona, melodi, malaysia hari ini, muzik-muzik semua dia yang original  ...

Itu mendiang Peter Lim sis. Ooi Eow Jin ala2 Ramli MS tahun 80an 90an gitu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2015 06:12 AM | Show all posts
I remember him
slalu jd juriiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat bersara buat Mr. Ooi..
Antara pemuzik yg disegani time zaman2 akak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 06:59 AM | Show all posts
ai minat dia ..memang legend...

semoga dia sihat hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2015 07:04 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 1-7-2015 02:07 AM
Tengok? Anak seniman tempatan yang taraf legend tak dihargai, anak seniman Hong Kong dan Bollywood p ...

sokong... x phm aku apa sumbangan artis hongkong dan bollywood tu... x bagi manafaat pon kat kita bg Dato' kat diorg...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3778 Replies : 22
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9122 Replies : 178
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29416 Replies : 212
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 188749 Replies : 4305
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6165 Replies : 34
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3996 Replies : 32
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 90518 Replies : 632
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40560 Replies : 248

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.075862 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list