CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

CaHaYa CiNtA ~TaMat~

[Copy link]
Post time 24-9-2013 08:02 AM | Show all posts
tq dear... tapi aaron ni memang sangap sangatlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 08:58 AM | Show all posts
redsentra posted on 24-9-2013 08:02 AM
tq dear... tapi aaron ni memang sangap sangatlah

hikhikhik
kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:13 AM | Show all posts
adui aiiii...sakit jantung tau ngan perangai aaron nie

bila TT nak wat aaron menyesal tahap langit ke 7????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 09:31 AM | Show all posts
Adi merebahkan tubuhnya di kerusi sofa lalu menonton Berita TV3. Sambil mengunyah kacang, sambil itu juga fikirannya melanyang terfikir akan Damia dan Aaron. Tiba-tiba pintu rumahnya diketuk menyebabkan lamunannya terhenti.

"Siapa pula yang datang malam-malam ni?" Adi bangun lalu membuka pintu tanpa memeriksa terlebih dahulu.

Muncul wajah Aaron yang agak sugul itu.

"Adi.."

Mimpi apa Aaron datang ke rumah Adi?

"Kau nak apa lagi? Datang nak belasah aku?" kata Adi sambil menolak badan Aaron.

Aaron tidak melawan. Malah airmatanya jatuh membasahi pipi. Adi terkejut. Aaron cuba memeluk Adi namun Adi menolak pelukan itu.

"Tak payah nak berlakon la, Aaron. Aku kenal kau!"

"Maafkan aku.."

"Pergi balik laa.."

"Maafkan aku.. Aku sedar salah aku."

"Habis tu? Boleh ke kau kembalikan maruah Damia? Boleh ke?!!!" jerkah Adi lalu menolak tubuh badan Aaron sehingga Aaron jatuh terduduk.

Aaron tidak melawan malah terus menangis.

"Aku sayang kau sebagai sahabat aku yang paling akrab. Aku ada masa susah dan senang kau.."

Aaron diam mendengar luahan hati Adi.

"Aku bukannya rampas Damia dari kau tapi dari cara kau buat pada Damia membuatkan aku simpati dengan apa yang berlaku pada Damia. Kau pula sikap acuh tak acuh dan main tarik tali dengan Damia membuatkan aku lagi kuat dan rapat dengan Damia. Kalau kau nak tahu, aku dah jatuh hati dengan Damia. Begitu juga dengan Damia.."

"Aku tahu.."

"Apa yang kau tahu? Yang kau tahu kau nak rogol je Damia tu supaya Damia dapat kahwin dengan kau kan? Kan?!!!"

"Maafkan aku.."

"Kau patut minta maaf pada Damia bukannya aku.." Adi sebak menahan airmatanya dari mengalir.

Aaron menggagahkan dirinya bangun lalu berdiri berhadapan dengan Adi. Mereka berdua bertentangan mata.

"Pergi balik la, Aaron.." kata Adi dengan nada yang tersekat.

Aaron melangkah lemah menuju ke keretanya. Adi terus masuk ke dalam rumah lalu menghempas kuat pintu rumahnya itu.

                                          
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 09:33 AM | Show all posts
kenapaaku posted on 24-9-2013 09:13 AM
adui aiiii...sakit jantung tau ngan perangai aaron nie

bila TT nak wat aaron menyesal taha ...

dh hampir smpai ke penghujungnya dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 10:09 AM | Show all posts
Damia agak lewat pergi ke pejabat pada hari itu. Terlewat bangun! Sebaik sahaja dia membuka pintu biliknya, terdapat sejambak bunga ros yang segar. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Fazira tersenyum sambil mengangkat bahunya.

"Cik Damia boleh tengok nama pengirim tu pada kad kat bunga tuu.." kata Fazira sambil tersenyum.

"Thanks.." Damia membalas senyuman itu dan terus menutup pintu.

Damia merebahkan punggungnya lalu mengambil sejambak bunga ros itu lalu dikucupnya. Segar dan wangi! Kemudian dia mengambil kad yang terselit di antara bunga itu. Harap bukan dari Aaron!

                                            [ Nothing's gonna change my Luv for u.. -ADI-  ]

Damia melipat kembali kad itu lalu terus menangis terharu. Masih kuat cinta Adi pada dirinya walaupun dirinya telah dinodai sahabat baiknya sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Damia cepat mengesat airmatanya.

"Masuk.." panggil Damia sambil meletak jambangan bunga itu di atas meja hiasannya.

"Cik Damia, pagi ni ada mesyuarat unit.." kata Fazira mengingatkan Damia.

"Owh..ok. Thanks."

"Cik Damia ok ke?"

"Ya. Saya ok.. Nape? Nampak tak ok ke?"

"Nampak Cik Damia letih sikit."

"Ya. Memang saya agak letih sikit. Ada apa-apa lagi ke, Ira?"

"Dah tak ada apa-apa... Ermm, saya keluar dulu."

"Ok."

Pintu ditutup semula. Tiba-tiba handphone Damia berdering. Tertera nama Adi skrin itu. Damia tersenyum lalu menjawab panggilan itu.

"Assalammualaikum.."

"Waalaikummussalam."

"Dah makan ke?" tanya Adi lembut.

"Dah. Eh, belum.." Damia tersasul.

"Kalau saya tahu awak belum breakfast, baik saya bagi nasi lemak je kan? Bagi bunga pun bukan boleh makan."

"Eh, saya suka!"

"Hah?"

"Saya suka bunga tu.." Damia malu-malu.

"Hanya untuk awak. Sahaja!"

"Terima kasih."

"Tengah hari ni nak ajak awak keluar lunch sama-sama boleh?"

"Insyaallah.. Eh, saya ada meeting. Nanti tengah hari kita jumpa erk.. bye."

"Ok, bye."

Talian dimatikan. Damia tersenyum lalu mengambil buku notanya lalu bangun berlalu keluar ke bilik meeting.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2013 10:35 AM | Show all posts
momey posted on 24-9-2013 10:09 AM
Damia agak lewat pergi ke pejabat pada hari itu. Terlewat bangun! Sebaik sahaja dia membuka pintu bi ...

tq momey...pagi2 lagi hati cek dah berbunga riang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 10:43 AM | Show all posts
suria74 posted on 24-9-2013 10:35 AM
tq momey...pagi2 lagi hati cek dah berbunga riang....

bgus2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 11:59 AM | Show all posts
next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 12:04 PM | Show all posts
yoozara posted on 24-9-2013 11:59 AM
next

pas lunch momey smbung ye sayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 02:45 PM | Show all posts
Jam menunjukkan hampir pukul 12.30 tengah hari. Hati Damia berbunga riang. Dikemaskan lilitan tudung yang dipakainya. Dicalitkan sedikit gincu. Kemudian dia tersenyum sendirian memandang wajahnya di cermin.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk.." panggil Damia sambil mengemas mejanya.

Pintu dibuka. Damia memandang ke arah pintu. Aaron? Dia terkejut.

"Mia, kita bincang sekejap boleh?" tanya Aaron dengan penuh lembut.

"Please, Aaron! I dah tak nak jumpa U lagi."

"Tolong, Mia. Sekejap saja. I janji I tak akan apa-apa kan U.."

Damia mengambil handbegnya dan terus berlalu keluar dari bilik meninggalkan Aaron. Aaron mengeluh.

"Please, Mia!"

Damia langsung tidak menghiraukan panggilan Aaron itu.



                                                 **************************


Semasa dalam perjalanan ke kedai makan, Damia tidak banyak cakap. Sepatah ditanya, sepatah dijawab.

"Are u ok, Mia?" tanya Adi yang sedang memandu itu.

"Ok.." jawab Damia lemah.

"Aaron ganggu U lagi ke?"

Damia terus memandang Adi. Mata Damia sedikit berkaca. Adi terus memberhentikan keretanya di bahu jalan menyebabkan Damia terkejut.

"Apa yang Aaron dah buat dekat awak? Bagi tahu saya!"

"Saya rasa Aaron dah berubah."

"Berubah? Aaron berubah?" Adi ketawa.

"Kenapa awak ketawa? Tak ada yang lucu pun!"

"Bermimpi di siang hari la kalau dia berubah."

Damia terdiam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 03:03 PM | Show all posts
Semakin hari Adi akan cuba mengelak bertemu dengan Aaron. Aaron perasan akan tingkah laku Adi itu. Setiap kali Aaron cuba untuk berborak dengan Adi, Adi akan memberi pelbagai alasan. Begitu juga dengan Damia. Dia tidak akan jawab setiap kali panggilan dari Aaron.

Sehingga suatu hari, Aaron terserempak dengan Adi dan Damia di sebuah pasaraya terkemuka di Petaling Jaya itu. Adi dan Damia perasan akan kehadiran Aaron, namun mereka berjalan seolah tiada apa yang berlaku.

"Adi!" panggil Aaron.

"Apa lagi yang kau nak?" tanya Adi agak sedikit kasar yang berdiri bersebelahan dengan Damia.

Aaron memandang Damia. Kemudian dia berlalu pergi begitu sahaja. Damia memandang Aaron sehingga hilang dari pandangan matanya. Adi perasan!

"Saya rasa awak tak patut bercakap kasar dengan dia.." Damia bersuara.

"Ha? Awak dah lupa ke apa yang dia dah buat dekat awak? Dekat kita?"

Damia diam. Dia dapat merasakan Aaron sudah berubah!



                                                            ********************


Pada lewat petang hari minggu itu, Aaron datang ke pejabat untuk mengemas kesemua barangnya. Dia sudah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan sambung belajar di UK. Syukur tawarannya diterima. Adi tidak tahu lagi akan keputusannya ini.

Aaron lemah. Dia terpandang akan suatu sudut gambar dia bersama Adi ketika zaman mula bekerja buat pertama kali beberapa tahun dahulu. Ya, mereka cukup akrab!

"Maafkan aku, Adi.. Aku harap keputusan aku ini dapat membuat kau bahagia bersama Damia." kata Aaron sendirian.

Aaron memandang sekeliling biliknya yang sudah kosong itu. Kemudian dia tersenyum sendirian sambil mengesat airmatanya.
                                                        
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 03:11 PM | Show all posts
Adi menghantar Damia pulang agak lewat petang pada hari itu. Damia agak sedikit muram dan diam sahaja selepas bertemu dengan Aaron sebentar tadi.

"Terima kasih.." ucap Damia sambil membuka tali pinggang keledar.

"Sama-sama."

Damia keluar dari kereta lalu menutup pintu semula.

"Apa-apa call saya!" Adi bersuara sambil memandang Damia masuk ke dalam rumah.

Damia hanya mengangguk lalu masuk ke dalam rumah dan terus mengunci pintu.

"Adakah Damia sudah berubah hati?" bisik hati Adi.



                                                                *****************


Selepas mandi, seperti biasa Damia akan mengeringkan rambutnya di ruang tamu sambil menonton televisyen. Dia ketawa sendirian apabila menonton rancangan Raja Lawak di Astro itu. Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama Aaron. Perlukah dia menjawab panggilan itu? Damia tekad tidak mahu jawab! Aaron sekali lagi menghubunginya dan Damia masih tidak jawab. Sehinggalah Damia mendapat 1 mesej.


                       [ Mia, Aaron kat depan rumah Mia ni.. Jumpa kejap boleh? Please..]

Damia terus mengendap di jendelanya. Ya! Aaron sedang menyandarkan tubuhnya di kereta sambil memandang ke arah rumahnya. Apa perlu dia buat? Damia menghubungi Aaron.

"Balik la, Aaron.. Saya tak nak jumpa dengan awak!"

"Please, Mia. Please.. kejap je! Lepas ni saya tak akan ganggu awak lagi."

Damia diam. Dia mematikan talian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 03:14 PM | Show all posts
dh nak smpai ujung ni blur la plak hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 03:21 PM | Show all posts
momey posted on 24-9-2013 03:03 PM
Semakin hari Adi akan cuba mengelak bertemu dengan Aaron. Aaron perasan akan tingkah laku Adi itu. S ...

oooohhh sudah berubah aaron yeee...boleh caya ke...lelaki baran gitu leh berubah sebab pompuan....mcm x menyesal dengan apa yg dia buat kat damia tuh...hhhmm pegi la oversea tuh andai itu membahagiakn damia dan adi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 03:31 PM | Show all posts
Damia mengenakan tudung lalu keluar dari rumah. Dia berjalan ke arah Aaron.

Baru sahaja Damia hendak membuka pintu pagar, Aaron memberi arahan dengan melambaikan tangannya kiri kanan.

"I rasa better biar pagar ni berkunci. Lagipun boleh aje kan kita cakap macam ni.." kata Aaron dengan nada yang cukup lembut.

Damia hanya mengukir senyuman.

"Maafkan I kerana paksa U keluar dari rumah dan jumpa I.."

"Tak pe.."

"Mia.. I banyak buat dosa kat U. Dosa yang amat berat!"

Damia mula sebak. Adakah Aaron benar-benar berubah?

"U datang nak pujuk I ke?" tanya Damia sedikit kasar.

"Kalau U datang semata-mata nak pujuk I untuk bersama dengan U, baik U balik je! Buang masa! I dengan Adi akan berkahwin tak lama lagi"

Aaron terkejut. Jauh di sudut hatinya dia bersyukur Damia dimiliki lelaki yang baik dan sempurna imannya. Aaron tersenyum.

"Tahniah."

"Tahniah?"

"I datang hanya ingin memohon maaf dari U atas apa yang I dah buat kat U. I tahu, U memang tak akan terima I lagi. Dan I pun sedar I tak layak bersama dengan perempuan sebaik U."

"Pandai betul U berlakon kan?"

"U cakap la apa pun. Yang pasti, I tak akan jumpa dan ganggu U lagi lepas ni. I doakan U berbahagia bersama Adi.."

Damia terkejut! Aaron membuka pintu keretanya. Dia memandang Damia.

"Kirim salam I pada Adi."

"U nak ke mana, Aaron?"

Aaron hanya tersenyum lalu masuk ke dalam kereta.

"Andai dapat I berbakti pada korang berdua buat kali terakhir, I sanggup buat apa sahaja!" kata Aaron sambil memandang Damia yang sudah menangis itu.

"Kirim salam I pada Adi!" pesanan terakhir Aaron lalu pergi meninggalkan Damia yang terdiam tanpa kata-kata itu.

Damia menangis dan memandang Aaron sehingga hilang dari pandangan matanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 03:32 PM | Show all posts
suria74 posted on 24-9-2013 03:21 PM
oooohhh sudah berubah aaron yeee...boleh caya ke...lelaki baran gitu leh berubah sebab pompuan.... ...

kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 04:14 PM | Show all posts
Pada keesokkan harinya, sebaik Adi sampai di pejabat dia terpandang akan bilik Aaron. Selalunya Aaron akan sampai awal darinya. Kali ni bilik Aaron masih gelap! Adi cuba mengintai bilik Aaron.

"Kau cari Aaron ke?" tanya Fizo tiba-tiba muncul yang juga rakan sepejabat mereka itu.

Adi memandang Fizo yang berdiri dibelakangnya itu.

"Dia ada kursus ke?"

"Aku ada benda penting nak bagi tahu kau. Jom sembang dalam bilik aku." ajak Fizo lalu berjalan masuk ke dalam biliknya diikuti Adi.



                                                *************************


Adi duduk bertentangan dengan Fizo. Senyuman mula terukir di bibir Fizo.

"Korang berdua gaduh erk?"

"Apa motif Fizo tanya aku macam tu?" bisik hati Adi.

"Maksud kau?" tanya Adi kembali pada Fizo.

"Kalau kau nak tahu, semenjak kau dengan Aaron gaduh semua benda dia cerita kat aku. Aku lah tempat dia luah perasaan. Adeh.. aku pulak yang terlibat dalam hal korang berdua."

"Siapa suruh kau terlibat? Aku tak suruh pun."

"Aku kesiankan Aaron!"

"Kau tak tahu apa-apa pun so lebih baik kau.."

"Semua benda aku tahu! Termasuk hal Damia."

Adi terkejut.

"Nape? Terkejut? Kau jangan ingat kau sahabat akrab dia, hanya kau sahaja yang tau hal luar dalam dia. kadang-kadang bukan semua benda kita akan cerita pada kawan baik kita."

Adi terdiam.

"Aaron dah banyak berubah selepas kali terakhir kau gaduh dengan dia dekat depan rumah Damia erk yang hampir bertumbuk tu? Ayat yang kau cakap pada dia yang ' kalau kau dapat Damia pun, kau hanya dapat jasad dia sahaja'. Kau ingat tak ayat tu?"

Adi masih lagi diam sambil cuba ingat kembali peristiwa itu.

"Ayat tu memberi kesan pada diri dia. Sebab ayat tu pernah arwah mak dia guna masa bergaduh dengan ayahnya masa ayahnya nak kahwin baru."

Tubuh Adi mula menggeletar. Peristiwa itu Aaron langsung tidak pernah cerita pada dirinya.

"Dia sedar. Cinta tak boleh dipaksa. Dan dia juga menyesal seribu kali menyesal kerana meragut maruah Damia. Dia sangka dengan cara itu Damia akan patuh dan kahwin dengan dia. Namun, hmmmm.."

"Aaron tak pernah cerita kat aku pasal..."

"Macam aku cakap tadi. Bukan semua benda kita boleh kongsi." Fizo bangun lalu duduk bersebelahan dengan Adi.

"Aaron dah anggap kau macam adik dia dah. Dia sendiri yang cakap dekat aku yang dia begitu respect giler dengan kau! Dia puji dia cakap kau memang kuat iman gegiler! Dia juga pernah cerita dekat aku yang kau pernah ikut dia ke disco dan kau dengan iman yang kuat langsung tak sentuh perempuan atau arak dalam disco tu. Lepas tu kau langsung tak pernah desak dia berubah ikut cara hidup kau. Sebab tu dia bergantung hidup dengan kau. Dia selesa dengan kau."

Mata Adi mula berkaca.

"Kau pun tahu kan, Aaron kekurangan kasih sayang dari seorang mak. Dia memang sayang dan cintakan Damia waktu Damia kena rogol buat pertama kali dengan Zizan ke ape ntah nama yang dia sebut ari tu."

"Ya, Zizan.."

"Ha..Zizan kan? Dia memang masih cintakan Damia masa tu tapi dia tak dapat terima apa yang dah berlaku dengan Damia. Yelah, orang yang dia paling sayang di perlakukan begitu siapa yang tak sakit hati kan?"

"Habis tu, kenapa dia macam main tarik tali je dengan Damia?"

"Sebab dia dah rasa dia tak boleh jaga Mia sebaik kau jaga Damia. Lagipun lepas dia balik dari London ari tu dia dah perasan Damia mula rapat dengan kau. Pastu angin baran dia datang dan terus buat keputusan bodoh untuk mengikat Damia dengan cara merogol Damia."

"Sekarang Aaron pergi mana?"

"Dia cakap dekat aku dia dapat tawaran sambung study kat UK."

Adi diam. Apa patut dia buat?



                                                            ******************

Damia mendapat panggilan dari Adi agar berjumpa dengannya pada tengah hari itu di kedai makan berdekatan dengan Kampung Baru itu. Damia hanya mengiyakan sahaja.

Semasa dalam perjalan ke restoran tersebut dalam tengah kusyuk memandu, berlaku satu kemalangan melibatkan lori tanah. Dengan dua kali pandangan ke arah lori tersebut, Damia terperasan akan kereta yang terlibat dengan lori itu. Dia kenal akan kereta itu. Ya, yakin!

"Ya Allah!!!"

Damia terus membuat pusingan 'U' lalu pantas memandu ke tempat kemalangan tersebut. Airmata mula mengalir membasahi pipi. Berdoa moga tiada nyawa yang diragut!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 04:16 PM | Show all posts
penat sudah..
insyaallah momey smbung episod akhir esok hari yaa..
ok
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:00 PM | Show all posts
momey posted on 24-9-2013 04:14 PM
Pada keesokkan harinya, sebaik Adi sampai di pejabat dia terpandang akan bilik Aaron. Selalunya Aaro ...

xkan adi kot....dlm kemalangan tuh...aaron dah g oversea....oooo tidak momey...please nk hepi ending to damia dan adi...

psst...please smbg awal2 pagi yeee...bg bunga2 sikit...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.217737 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list