Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya. Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti dan tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu. Dalam satu insiden yang tidak disengajakan, rahsia yang cuba dikuburkan terbongkar jua. Khairul Amir tekad, biar hilang segalanya di dunia ini, setitis kasih Darmia terus di nanti. 
Last edited by ladydolph on 19-9-2014 09:09 AM
|