CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4798|Reply: 0

Parkour bentuk keyakinan Hazlami

[Copy link]
Post time 6-10-2021 10:37 PM | Show all posts |Read mode

AZLAMI mula terlibat dalam sukan parkour sejak tahun 2016.

Parkour bentuk keyakinan Hazlami

KUALA LUMPUR – Bagi sesete-ngah orang, sukan ekstrem parkour terlalu menakutkan untuk diceburi namun seorang pemuda, Hazlami Zharif, 27, berpendapat sebaliknya.

Menurut jejaka dari Ipoh, Pe-rak itu, parkour merupakan sukan yang mampu menerapkan disiplin dalam diri, bahkan mampu meningkatkan keyakinan diri.

Katanya, persediaan rapi perlu dilakukan oleh peminat sukan tersebut sebelum melakukan sebarang aksi kerana parkour memerlukan atlet sentiasa berada dalam keadaan fizikal terbaik.

“Sebelum berjinak-jinak dengan parkour pada 2016, saya aktif melakukan senaman jalanan Ca-listhenics (senaman kecergasan tubuh), namun kecederaan bahu membuatkan saya bertukar ke sukan ekstrem tersebut.

“Antara sebab saya memilih sukan parkour adalah ia banyak menggunakan kekuatan kaki terutamanya menerusi aksi seperti lompatan dan larian,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Hazlami berkata, dia banyak mempelajari teknik-teknik lompatan sukan tersebut menerusi penggiat sukan parkour tempatan, selain menjadikan v-ideo luar negara sebagai rujukan.

Katanya, antara teknik lompatan adalah lompatan belakang (back flip), lompatan hadapan (front flip), lompatan tepat (precision jump) dan lari langkah panjang (striding).

“Tidak mustahil bagi seseorang untuk melakukan lompatan-lompatan tersebut, namun ia memerlukan persediaan, latihan dan keyakinan diri,” katanya yang meminati pakar parkour dari Ireland, George McGowan.

Bagaimanapun katanya, kecederaan tidak dapat dielakkan dalam sukan tersebut dan risiko tersebut boleh dikurangkan de-ngan latihan yang konsisten.

“Adalah biasa untuk mendapat kecederaan pada lutut atau buku lali kerana sukan ini melibatkan lompatan. Paling tidak pun akan mengalami kecederaan luar iaitu di kulit.

“Sebab itulah mereka yang baru berjinak dengan sukan ini perlu mendapatkan bimbingan pelatih mahir serta menggunakan gimnasium dengan permukaan lantai lembut untuk latihan peringkat awal,” ujarnya.

Setelah mahir teknik lompatan asas, katanya, barulah seseorang digalakkan untuk bertukar lokasi latihan ke kawasan yang permukaannya lebih keras se-perti di lantai konkrit bangunan-bangunan tinggi.

SumbeR:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193951 Replies : 4486
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4977 Replies : 42
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23576 Replies : 151
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8371 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 30082 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 10022 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1983 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061768 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list