CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4919|Reply: 13

Penulis Novel Perlu Ada Tanggungjawab

[Copy link]
Post time 14-11-2005 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Banyak penulis novel masa nie tiada tanggungjawab dan etika ketika menulis. Mereka hanya menulis apa yang mereka inginkan, hidup dialam fantasi dan enggan melihat dari sudut yang berbeza.

Tulislah novel cinta, tapi pastikan ilmu ada didalamnya. Aku admit ada sesetengah novel yang buat macam nie, tapi majoriti penulis, hanya menulis tanpa rujukan, maka terpeleot lah pemikiran pembaca. Tak perlulah masukkan ilmu yang complicated kalau keupayaan otak terhad, tapi pastikan ada kelainan didalam setiap novel yg ditulis.

Tak silap aku, novel roots mengambil masa selama 11 tahun untuk penulis dia membuat kajian, sebelum dia mula menulis, sedangkan penulis kita menulis 11 novel setahun dengan isi yang konon kononnya macam besh, tapi hampeh.

Bincangkan secara berhemah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2005 07:16 AM | Show all posts
Roots tu...dier berdasarkan cerita benar...memangla 11 tahun...nak cari fakta2....
Reply

Use magic Report

husz This user has been deleted
Post time 17-11-2005 09:47 AM | Show all posts
Hmm..ilmu tu mmg perlu...tp jgnla rumit2 sgt...nanti bengong plak lps baca....sbb kdg2 kita membaca utk rehatkan minda dan lapangkan fikiran...cth mcm bdk2 sekolah, dah penat baca buku sekolah..tiba2 diberinya novel yg ada fakta yg rumit2 tu..maunya terpeleot kepala hotak diorang...apepun ..penulis ni jgnla tulis ikut main cincai..kalu nak berfantatsi biar tulis betul2 crite fantasi mcm Harry Potter tu...itu pun mesti ada logiknya jugak...jgn main hentam aje...ini pendpt aku la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 08:58 PM | Show all posts
Originally posted by husz at 17-11-2005 09:47 AM
Hmm..ilmu tu mmg perlu...tp jgnla rumit2 sgt...nanti bengong plak lps baca....sbb kdg2 kita membaca utk rehatkan minda dan lapangkan fikiran...cth mcm bdk2 sekolah, dah penat baca buku sekolah..tib ...

totally agree with u, husz.
agree 120%.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 09:02 PM | Show all posts
emmm.....btl gak remy...
tapi aku sokong gak c husz jgn rumit sangat cam guna bahasa ala2 sasterwan tak phm kang....

cume jgn le terlalu nampak tak logik terlalu fantasi dan tak menyentuh realiti hidup...menyampah lak nak bace...
Reply

Use magic Report

husz This user has been deleted
Post time 18-11-2005 12:45 PM | Show all posts
aku rasa penulis blh ikut tips aku....

1. kalo nak wat cerita kehidupan, real word --
kenela kaji betul2... kalo psl prg kaya/miskin ke apa ke kena la study dulu lifestyle diornag....kalo pasal org kaya tu tahap mana kekayaannya..ini kdg sampai gila2 punye kaya

2. kalo nak buat kisah benar...
pastikan penuli dah betul2 paham psl kisah tu baru tulis...fakta kene tepat...kalo tak tepat dah jatuh menipu org beb...

3. Kalau nak buat fantasi story ala2 mcm Harry Potter ke, Lord of the Ring ke....
Tang sini baru le bleh merapu sket..yela dah namanya fantasi...tp kena la ada logiknya jugak...mentangla blh merapu...dia pun tibai merapu habih....

4. kalo nak wat citer zaman dulu2...
kena le study suasana zaman dulu...jgn le plak benda yg awak mention tu tak wujud zaman tu tp awak wujudkan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2005 02:16 PM | Show all posts
tanggungjawab

tanggungjawab ni byk bg aku
yg penting bg aku ...

penulis mesti bertanggungjawab menghiburkan aku
membuatkan aku rasa tak menyesal beli buku
membuatkan aku rasa bangga nak bgtahu org aku bc buku tuh

ckp pasal hary potter ni
aku rasa penulis dia betul2 bertanggungjwb
walaupun citer pasal magic2(ada parent mmg taboo bg anak depa baca ni..pelik haku)
aku rasa dia telah menggalakkan ramai kanak2 membaca
mulanya dgn niat nak tumpang glemer
tapi mmglah..lepas baca rasa cam nak ulang2 (tapi aku taklah obses sgt nak beli )

dah la tu.dapat pulak improve english bebudak
aku tgk..ari potter ni dah ditranslate dlm bm ngan mandarin

hmm..tatau la nak setuju ke tak
bg aku tak payahla
kalau mcm tu..mesti ada je yg nak beli..

aku dulu memula baca english mmg lansung tak paham
pastu bila amek kamus
carik sendiri

aku rs puas sgt

rasa sedih kalau ada budak2 yg takkan dpt nikmati kepuasan yg aku alami
sbb baca dlm bahse len

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2005 02:11 PM | Show all posts
Hari ni Ahadiat Akashah dalam slot Resensi di Selamat Pagi Malaysia.

Ahadiat semua tahu lah... still pemegang dalam Malaysia Book of Records... paling banyak buat kluar novel.
Tapi... pandangan peribadi saya sendiri... (dan saya tak berapa mahir nak bagi pandangat sgt sebenarnya)
Ahadiat buat research before dia buat novel dia. Bukan main hentam sukati.

So... kepada sesapa yg rasa nak kluarkan novel 2-3 belas setahun...
its okay... tapi jangan pakai taram ajeee...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2005 06:09 PM | Show all posts
Aku belum pernah baca novel budak tu, tapi kalau plot masih sama, boleh ke bangga kalau keluar sejuta novel setahun? Kadang2 aku tengok, tukar nama watak, alter jalan jalan cerita sesikit, zuppp novel baru keluar.

Aku suka seorang penulis Creative, lupa pulak nama dia, ada novel dia macam ada persamaan nama watak dan seolah olah kesinambungan dari previous novel dia, tapi still attractive, sebab jalan cerita dia berbeza, walaupun ko akan perasan, nama nama watak tu seolah olah dah wujud sebelum nie
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 06:07 AM | Show all posts
Amende tanggungjawab ngan etika ko cakap nih Remy?

Plato kata sejak dari beratus tahun dulu, penulis (penyair) patut dihalau dari republik kerna depa nih, basically, penipu. Tanya Plato, kalau kau nak pergi perang, kau nak suruh General yang berpengalaman ketuai tentera kau atau kau nak penulis yang pernah menulis buku tentang perang?

Hakikatnya (kata Plato) idea penulis tu third hand, dengar dari dengar. Tak kiralah berapa banyak research yang dia buat. (Maksud Plato first hand idea, dari 'syurga'. Second hand idea dari pengamal. Third hand idea, penulis)

Tapi kalau kau mula dengan axiom yang penulis itu satu keperluan, soalan yang lebih pertinen untuk ditanya bukan tentang penulis, tapi tentang buku - apakah logika buku itu kukuh. Dunia yang dicipta oleh buku (seperti kata Nabakov) apakah ia berfungsi mengikut satu sistem yang membenarkan kita mempercayainya? Contoh, dalam kisah fantasi, di awal bab, sang hero boleh terbang, di tengah-tengah tanpa sebarang penjelasan, dia terpaksa naik kuda. Apa kejadahnya?

Lalu apa yang perlu kita kata di sini, setiap buku meminta dinilai sendiri dari konteksnya sebagai (i) buku (ii) genrenya (iii) jalan ceritanya.

Pergi mampus dengan penulis, bak kata Roland Barthes. Dia tak penting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 06:35 AM | Show all posts
apa yg hang merepek nie marquez? pi jahanam ngan Plato tu kekeke, logika sebuah buku tu bergantung kepada penulis dia ler hehehe....

Penulis boleh wujud tanpa buku, tapi buku tak wujud tanpa penulis. Even Al Quran pun kita tahu dari mana asal usul diakan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 06:47 PM | Show all posts
Engkau pikir literal sangat.

Engkau nak persoal penulis, engkau boleh ukur ke jumlah research dia buat, jumlah ilmu dia ada, etc?

Engkau cuma boleh nilaikan buku mengikut kepintaran/citarasa diri engkau sendiri.

Jadi lebih tepat kata logika sesebuah buku bergantung kepada pembaca. Fiksyen ada undang-undang dan konsistensinya sendiri, dan ia khusus untuk setiap buku. Dan ini semua hanya boleh dipuaskan bila dilihat individually, dari kes ke kes. Logik untuk pembaca A tak semestinya logik untuk pembaca B.

Macam ko makan kek, tak kiralah ilmu apa pembikin kek tu ada, kalau dilidah engkau tak ada ekstasinya, ia gagal secara peribadi bagi diri engkau. Tapi kau tak boleh kata secara universal yang kek itu tak sedap, sebab kau tak ada hak nak mewakili keseluruhan umat manusia. Ia cuma tak sedap untuk engkau.

Samalah macam buku.

The proof of the pudding is in its taste, bak kata omputeh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2005 07:23 PM | Show all posts
Kita bicara tentang tanggungjawab penulis dalam menyediakan sesuatu yang logika dan berpijak dialam realiti & bukannya menilai hasil karya mereka.

Engkau nie mabuk oren kot marquez hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2005 03:56 AM | Show all posts

salam..

Ya Rabbi - this topic started with such an interesting discussion until tiba mabuk oren pulak-
tapi bukan nak kata apa lah - genre sama , plot dioap un sama yg ditukar venue, characters, internal response- tapi yg dikatakn ilmu tu , apa pulak ? Remy - you cakap ilmu yg ada tu ilmu apa yg you dapati depa dah tulis? ilmu apa yg belum - ni susah jugak ni-
tapi yg pasti penulis tempatan masih berkisar soal soal lehidupan yg mmg familiar , persoalan depa pun sama etc tapi  ada jugak elemn elemen yg kita patut fikir yg memp[engaruhi minda penulis  cthnya - negara mana, geopolitic - tak mungkin Frederyck forsth menulis buku cinta , kan?atau menulsi tajuk Pokok Rumia dan Nyoq sebatang - well...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.083947 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list