CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2396|Reply: 12

adik tak nak sekolah...

[Copy link]
Post time 12-12-2006 12:20 PM | Show all posts |Read mode
nak tanya kengkawan yang ada d isini... cam na nak buat adik gi sekolah semula. dia patutnya dah habis pmr but dia tak amik pmr sebab dah malas nak terus sekolah.. cherrie baru je amik dia dari kampung sebab hampir2 nak terlibat dengan geng-geng sampah masyarakat. risau la sebab dia sebuk nak keje (ingat best la keje tu). cherrie nie tak dapat nak nasihat sangat dia sebab bukan adik sendiri (ipar je). dah cadang kat husband sekolahkan dia kat kl je. kat kampung bergaul dengan orang yang tak sekolah juga mungkin menyebabkan dia tiada motivasi untuk terus sekolah.

but camne prosedur nak tukar sekolah dia. pmr tak amik kene ulang form 3 baliklah kan? plz anyone here ada pandangan cara nak tackle this problem? kalu cherrie cakap pun dia tak bape paham sangat cakap luar ni. husband pun tak dapat nak nasihat sangat. mak bapak dia pun tak kisah dia sekolah ke tak?
tq.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2006 01:40 PM | Show all posts

Reply #1 yong_ayie's post

adeh..tak abih pmr nih payah ler skit...at least biar ada sijil pmr..kalo tak ingin sgt nak blaja dah leh mskkan ke giatmara ke haper.at least ada skill.kalo idak ntah jd haper2 ler.bapak member aku dulu buat gitu ah kat adik dia...ko bwk dia melancong ke lorong2 gelap tuh ngk drug addict yg mcm sampah tepi jln tuh.tanya dia..mau kecik besok2 dia jdk gitu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2006 01:58 PM | Show all posts
kalu masuk giat mara tu kene ada pmr minima ya?

nak bawa dia melancong ke lorong gelap? den pun takut nak gi lorong gelap .. camne nak bawa dia?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 02:20 PM | Show all posts
interview la dia dulu..tanya apa dia nak buat. keje macam mana. kalu keje kilang, tunjuk contoh orang ada sijil dengan tak ada sijil... tak ada sijil mungkin nak dapat position yang lebih selesa tu makan masa atau kena kerja 3x lebih dari orang lain, kalu ada sijil, mungkin jangkamasa tu bole di pendekkan

tak ada la kata kalu ada sijil tu tiket untuk dapat keje...sekolah pon kira2 macam keje gak..keje nyer belajor...so kalu majikan tengok sijil PMR, ohhh...3 tahun "keje" kat sekolah menengah..kira bagus la tu..tahan cubaan...kalu bole sambung sampai SPM..uit..lagi baguih...kalu sambung STPM..amat baguih...kalu sambung lagi sijil ke diploma ke..hah..tu aje la..

bukan kata tak perlu cemerlang dalam pelajaran, tapi kadang2 apa kita belajar tu kita takkan gunakan masa exam..tapi insyallah..akan di gunakan masa di alam pekerjaan nanti..

logik tak nasihat aku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 02:25 PM | Show all posts
Originally posted by yong_ayie at 12-12-2006 01:58 PM
kalu masuk giat mara tu kene ada pmr minima ya?

nak bawa dia melancong ke lorong gelap? den pun takut nak gi lorong gelap .. camne nak bawa dia?


ada gak orang yang otak pintar belajar tinggi...tapi terjebak gak kat lorong gelap...alhamdulillah la hubby engko prihatin lagi ngan adik dia...ada sesetengah orang..tak peduli dah..maklumla..dah mak pak tak kisah..napa adik beradik nak kisah pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 08:23 AM | Show all posts
mmmm..... emak ayah tak kisah, hubby dah tak dapat nasihatkan..... cherry sebagai kakak ipar yang beriya2......

Mac salutela kat cherrie. Tapi mac heran parents yang macam ni..... Arwah atok mac pun orang kampung, harta yg ada hanya motor buruk, tapi dalam tahun 1940s tu pun dia tau betapa pentingnya pelajaran.

Hubby cherry pulak pada mac pun lepas tangan.... sebagai abang dia patut buat lebih dari setakat nasihat aje..... sepatutnya sebagai abang dia yg take the lead. Bukan cherry sebagai kakak ipar yang take the lead.

Sorryla cherry, cuma mac tak paham dgn mentality sebegini di zaman serba canggih ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2006 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by yong_ayie at 12-12-2006 01:58 PM
kalu masuk giat mara tu kene ada pmr minima ya?

nak bawa dia melancong ke lorong gelap? den pun takut nak gi lorong gelap .. camne nak bawa dia?

takyah lorong gelap mana..honey dulu2 penah berjln dr lrt pasar seni ke metro sana..adeh..kat situ ngk mat gian ngan kudis merata tempat..(ntah2 ada aids)..eiii..dlm hati ckp nih le org tak kesiankan diri sendiri neh..org mcm tuh dah takde org amik peduli dah..nsb baik org mcm adik ipar cherry masih ada org peduli...
honey pun tak pasti pusat giat nih min dia pmr..but rsnyer bapak member tuh kamikaze antar anaknyer ke situ..yg lenlain rsnyer mmg nak spm dah...cuba check..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2006 04:53 PM | Show all posts
tq la sume atas pandangan yg prihatin.

mak bapak diorang bukan la tak nak anak diorang tak sekolah cuma mereka ni mungkin kurang pengetahuan. bila anak kata tak mau blaja diorang pun berasa tak pe la asalkan ko boleh keje. tapi mereka tak tahu bahawa zaman skang ni susah nak dapat keje even keje kilang.

cherrie memang tak bcakap sangat ngan adik ipar ni. so nak diskus ngan dia pun payah sebab tak pandai nak cakap. tapi skang ni hubby cherrie dah cuba taktik paksaan di mana dia sound kat adik " kalau nak dok kl kene sekolah. kalau tak nak sekolah dok kampung balik." ok ke kalau cakap cam tu ? harap berkesan la. tapi dia pun cam layan tak layan je. tapi cherie pasti dia taknak balik kampung punya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2006 05:23 PM | Show all posts
kalu kat KL ni pon ko kena pantau gak cherrie...dugaan duduk kat kotaraya ni macam2. bersedia la fizikal dan mental. ko duduk area mana ekk?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 11:49 PM | Show all posts
suruh dia masuk pusat kemahiran....tapi sbb takde sijil SPM mungkin susah nak masuk...kena la masuk yg kena bayar punye n swasta...cuba kemahiran automotif..kete/moto
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 01:45 AM | Show all posts
Bg dia wat kemahiran.. at least bole support utk masa dpn.. klu org mcm ni susah sket nk trima pelajaran..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 02:35 AM | Show all posts
yup...but watever pn the most important thing is..english die mesti power.. die xnak blaja xpe, but dgn english die bole dpt bnyk peluang.. but at least settlekn smpai spm la..tu pn ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2006 04:58 PM | Show all posts
well tq again for kawan punye advice

cherrie tinggal kat kota damansara. sekolah kat depan mata je. tak tau la kalu aduk akan pandai merewang. stakat ni adik tak penah kuar jalan-jalan lagi.

adik saya tu tak pandai cakap bi. bahasa melayu pun hancus bercambur dialek kelantan. tapi setelah beberapa dirumah cherrie... rasanya dia tu jenis kurang keyakinan. dia kata nak keje. so cherrie suruh dia tolong jiran kat umah meniaga. but dia tak jawab nak ketak. mungkin malu le ngan org lain. trhen cherrie suruh dia tolong jual burger samangan cherrie. suruh la dia masak burger utk customer. then biala customer datang dia lari jauh-jauh. bila cherrie tanya kenapa lari? malu ke? dia jawap pun cam tak jawab slow giler but cherrie bole denganr..dia kata malu apa. cherrie dah cuba memesrakan diri but dia still kaku dan tak banyak berkomunikasi. hi camana nak keje. spm pun tak habis. org nak tolong pun tak nak cuba membantu diri sendiri.

cherrie macam dah frust nak tolong dia. hubby pun tak dapat nak buat apa. bila hubby cakap kalau taknak sekolah balik kampung dia diam je. bila suruh tolong niaga malu... suasah la. camne nak keje. very low self esteem and tak mahu bantu diri sendiri. geram lah... dah cuba take care untuk dia lebih dari mak bapak di take care. tapi dia ni cam  tak mahu diri didekati je.. nf: :agr:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.130661 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list