CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: simuma216

Gempakstarz Home - Kipas Susah Mati

[Copy link]
Post time 23-1-2009 08:24 PM | Show all posts
Rapsodi 18 x besh sgt r...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2010 12:54 PM | Show all posts
sorry up thread lama.

aku just nak tau, sape2 tahu laman web ben?

please. aku lupa nak bookmark hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2010 12:34 AM | Show all posts
142# kiwibenz
X tau la plak... Puyuh pny tau la aku...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 09:47 AM | Show all posts
Warisi bakat melukis bapa



Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


Sebagai pelukis komik Yeng Tee tahu dia perlu menghasilkan karakter yang disukai oleh para peminatnya.




YEE Teng kini telah menghasilkan sebanyak enam buah buku komik.



KEBIASAANNYA kanak-kanak sekolah rendah cukup teruja apabila tiba waktu pendidikan seni. Ketika itulah, mereka boleh melukis, mewarna dan sebagainya.

Tetapi, berbeza pula dengan Liew Yee Teng. Dia tidak gemar melukis. Pendidikan seni adalah subjek yang paling dibencinya. Setiap kali guru memberi kerja rumah pendidikan seni, bapanya Liew Koo Hong, 55, yang akan tolong selesaikan kerja-kerja tersebut.





KEBANYAKAN komik Yee Teng bertemakan cinta.


Baginya, cukuplah sekadar Yee Teng mempunyai minat dalam bidang sukan olahraga. Namun bak kata pepatah, langit tidak selalunya cerah, sehinggalah pada suatu hari sedang Koo Hong memotong kayu, kapak yang dihayun terkena salah satu jarinya dan terputus.

Sejak bapa kehilangan jari, dia tidak dapat membantu saya selesaikan kerja-kerja lukisan. Dari situ, saya terpaksa menyiapkannya sendiri.

Sejak itu, kebencian saya terhadap subjek lukisan mula berubah. Saya semakin menunjukkan minat lebih-lebih lagi apabila menerima banyak pujian daripada guru-guru, katanya ketika ditemui di tempat Art Square Sdn. Bhd., Cheras, Kuala Lumpur.




YEE mula melukis komik sejak berusia 15 tahun.



Yee Teng yang pada mulanya meluahkan bakat melukis komik sekadar suka-suka, akhirnya mula serius terhadap seni melukis komik.

Saya mula menghasilkan komik sendiri berjudul Feng De Hai Zi atau dalam bahasa Melayu Lelaki Dingin Seperti Angin sebanyak 32 muka surat semasa menuntut di tingkatan tiga, katanya yang menjadikan hobinya itu sebagai satu kerjaya.

Walaupun saya dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam, saya tolak sebab jiwa saya lebih ter arah menjadi pelukis komik.

Kebetulan semasa membaca akhbar, saya dapat tahu majalah Gempak (komik pelbagai bersiri) memerlukan seorang pembantu pelukis komik.

Saya memohon jawatan tersebut dan akhirnya bekerja di Syarikat Art Square Sdn. Bhd., katanya yang mendapat sokongan keluarga.


Cabaran

Yee Teng kini lebih dikenali dalam peminatnya dengan nama Kaoru. Banyak hasil lukisan komiknya berdasarkan cinta dan fantasi.

Antara lakaran popularnya ialah Helios Eclipse Prologue Siri 1 hingga 8, Kaoru's Cake House, Daiduki, 143 Siri Maskeret Cinta, Colour dan terkini Maid Maiden.






Yee Teng membentuk satu kelompok insan seni yang mempunyai keistimewaan tersendiri berdasarkan ikutan remaja masa kini.

Apakah cabaran beliau sepanjang bekerja sebagai pelukis komik? Jelas Yee Teng, tanggungjawabnya sebagai pelukis komik bukan hanya untuk menghasilkan karakter yang dia sendiri suka tetapi apa yang peminat suka.

Saya tidak boleh syok sendiri ketika berkarya sebaliknya saya perlu melukis karakter yang disukai pembaca. Saya kena tengok apa yang pembaca minat melalui komen yang diterima.

Bukan mudah hendak melukis karakter yang banyak. Saya perlu peka pada setiap watak yang dilukis agar ia sama pada setiap helaian muka surat.

Malah, jalan ceritanya juga kena rasional dan bukan dibuat sesuka hati, akui Yee Teng yang adakalanya tertekan dan kekeringan idea semasa berkarya.

Yee Teng gemar menghasilkan komik cinta berbanding komik fantasi kerana jalan ceritanya lebih pendek dan tidak memerlukan kesinambungan seperti fantasi.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2010 09:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:31 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2012 09:23 PM | Show all posts
assalam..sy ad beberapa koleksi utk dijual..

Kyo Samurai Deeper
#1-36
tiada #18, 37


GEMPAK STARZ
the fabulous cockroach boy - zkop
gengkey absolute - c2v
gengkey xtants - c2v
k.o king - zint
k.o king conquest - zint
cheap shot - zint
detektif niva - oga
let'z gempak - apoh
jinggo replay - kenny chua
jinggo concluded - kenny
jangka atribut - clay
drak - slaium
monggo!wanted - slaium
utopia high - slaium
helios eclipse - kaoru


lawak cambest - slaium
daisuki - kaoru
lawak kampus rebound - keith
zaman gemilang - hang sembilan
under 18 no fear - zint
komixklusif - pelbagai kartunis
fatal chaos - ben
balistix [ gerbang impesto] - kenny
5elemen - kash
shadow quest - clay
bakat baru komik malaysia 2004
dari alam angker [mamai] - oga
meant for each other [m.f.e.o] - zint
velositi - puppeteer
jackie perang pit - taufan
lawak seleb - keith & zelo


GEMPAK STARZ - EDISI KHAS

-naruto - dari konoha
-naruto - ribut naruto
-naruto - shinobi kohonagure

UMBRA - EDISI ANIMASI


UMBRA
#1-53
*tiada #5, 7, 8
#30, 32, 34
#39, 40, 41
#43, 44, 45
#48, 49, 52
*tiada poster..

BINTANG MALAM
#1 - 4 [tamat]


THE KING
#1 - 41 [tamat]
*tiada poster

starz - gempak
#1-40
*tiada #31starz - gempak

#41-80
*tiada #78
*tiada poster

JUARA NAGA
Jilid 1-3

WISELY
Jilid 2-5[akhir]

THE ROCK SPIRIT
jilid 1-6[akhir]


sila ke akaun fb saya 'laiter biru' utk melihat kondisi asal buku..tq

http://www.facebook.com/media/se ... 05778361&type=3
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2015 07:15 PM | Show all posts
Kadokawa pilih Malaysia sebagai hab



Fauzi Jaafar  |  11 Disember 2015 12:45 AM





Dari kiri, Susumu Tsukamoto, Yoshinori Kodama, Tsuguhiko Kadokawa, Michael Yam, Idris Jala dan Zainal Amanshah selepas majlis menandatangani memoandum persefahaman antara Kadokawa Corporation dan InvestKL di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kadokawa Corporation, pembekal kandungan hiburan terkemuka Jepun memilih Kuala Lumpur sebagai hab serantau strategik untuk pasaran Asia Tenggara dan Asia Barat bagi merebut bahagian pasaran industri global yang bernilai AS$10.1 (RM43.13) trilion sehingga 2019.



Ini dilakukan melalui pengambilalihan 80 peratus dalam syarikat Malaysia, Art Square Group (ASG) yang merupakan penerbit jenama Gempak Starz melalui anak syarikatnya di Hong Kong, Kadokawa Holdings Asia Ltd. (KHA), yang akan menubuhkan entiti baharu iaitu Kadokawa Gempak Starz pada Januari 2016.

Pengarah Eksekutif Art Square Creation Sdn. Bhd., Yew Chen Han berkata, pengambilalihan itu menyaksikan pendapatan untuk penerbitan akan meningkat sebanyak tiga kali ganda berbanding RM30 juta pada waktu sekarang.

“ Pelan perniagaan kami untuk lima tahun menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan dan sinergi yang dilakukan pada hari ini membolehkan 40 peratus daripada pendapatan datangnya dari luar negara, ’’ kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kadokawa Corporation dan InvestKL. MoU itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Turut hadir Menteri dan Timbalan Ketua Misi Kedutaan Jepun, Yoshinori Kodama; Pengerusi InvestKL, Datuk Seri Michael Yam; Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Datuk Zainal Amanshah; Pengerusi Kadokawa Corporation, Tsuguhiko Kadokawa dan Ketua Pegawai Eksekutif KHA, Susumu Tsukamoto.

Sementara itu, Kadokawa berkata, pemilihan Malaysia sebagai hab disebabkan keunikan negara ini sebagai sebuah negara Islam dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

Sehubungan itu katanya, matlamat Kadokawa adalah untuk menjadikan jenama Kadokawa Gempak Starz sebagai pangkalan pembangunan di Asia Tenggara dan Asia Barat.



- Utusan Malaysia -





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2015 07:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.410976 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list