CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 0

[Borneo] Tak sampai 5 jam selepas rompak pasar mini, sudah kena tangkap

[Copy link]
Post time 8-12-2021 06:07 AM | Show all posts |Read mode

Suspek yang memakai topi, pelitup muka dan cermin mata hitam menyerbu dalam ruangan kaunter untuk mengambil wang tunai. - Foto PDRM

Tidak sampai lima jam melarikan wang tunai RM300 selepas merompak sebuah pasar mini di Kampung Baru, Sungai Tiang, seorang lelaki akhirnya ditahan polis pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, dalam kejadian itu sekitar jam 7.15 malam, suspek datang bersendirian masuk ke dalam pasar mini berkenaan.

“Suspek memakai topi, pelitup muka dan cermin mata hitam itu kemudian meminta seorang lelaki yang menjaga kaunter menyerahkan lesen dan MyKad miliknya.

"Mangsa enggan menyerahkannya menyebabkan suspek bertindak membuka laci kaunter dan mengambil wang tunai RM300.

"Suspek terus melarikan diri sejurus selepas itu dengan menaiki sebuah kereta," katanya ketika dihubungi Astro Awani hari ini.

Arriz Sham berkata, mangsa berusia 20-an kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kubur Panjang.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di pasar mini berkenaan, pihaknya berjaya mengesan suspek.

"Berikutan itu, pegawai dan anggota menyerbu sebuah rumah di Kampung Baru dan menangkap suspek di dalam rumah berkenaan pada jam 11.30 malam tadi.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055444 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list